Menyajikan Kupasan Berita Menafaat Untuk Anda Semua.

Memaparkan catatan dengan label Pengertian Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengertian Islam. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Mac 2017

Masya Allah !!! Inilah 10 Golongan Manusia Yang Solatnya Tidak Diterima Allah SWT.



Didalam beberapa kitab, ada disebutkan bahawa solat adalah amalan yang paling disukai Nabi Muhammad S.A.W. Namun, beringatlah ada 10 golongan yang tiada diterima solatnya. Di bawah merupakan 10 golongan yang tidak diterima solatnya. Semoga kita ambil pedoman dan berdoa agar amalan-amalan baik kita diterima dan dirahmati oleh Allah SWT.

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya.

4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

6. Orang perempuan yg suaminya marah / menegurnya lalu dia memberontak.

7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim

9. Orang-orang yang suka makan riba '.

10. Orang yang solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. "

Adakah anda telah selesai membacanya? Mari kita sama-sama muhasabah diri dan boleh sebarkan kepada semua untuk pelaburan pahala di akhirat kelak.


Sumber :
Share:

Rabu, 15 Februari 2017

Ingin Menjadi Pemimpin Keluarga Yang Diberkati?


Solat subuh berjamaah banyak fadilat dan kelebihannya. Khususnya buat seorang lelaki. Lelaki yang sering gagal untuk bangun subuh dan menghadirkan diri berjamaah di masjid...

Solat subuh berjamaah banyak fadilat dan kelebihannya. Khususnya buat seorang lelaki. Lelaki yang sering gagal untuk bangun subuh dan menghadirkan diri berjamaah di masjid merupakan insan yang sering gagal mencari rahmat dan keberkatan daripada Allah dalam kehidupannya.

Jika dia memimpin keluarga, dia gagal menjadi suami dan bapa yang berusaha mencari rahmat dan sakinah di awal pagi kehidupan. Jika dia pemimpin masyarakat, dia gagal memulakan kehidupannya dengan mempersembahkan diri di hadapan seruan keberkatan di awal-awal lagi.

Bagaimanakah mungkin dia menjadi pemimpin yang diberkati?
Selepas solat subuh, insan hendaklah berusaha berzikir, beristighfar dan memohon kurniaan Allah untuk hari tersebut.

Dalam keadaan ibadah, di masjid sebagai rumah ibadah, di awal hari yang dimulakan dengan ibadah dan dalam hening pagi yang mengkhusyukkan diri untuk menumpukan kepada Allah, maka di sinilah turunnya keberkatan, rahmat dan kemustajaban doa.

Pohonlah segala kebaikan untuk kehidupan ini. Amiin.

Gambar landofnams.com

KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Share:

Selasa, 14 Februari 2017

7 Peranan Kita Terhadap Golongan Mualaf.


Apabila menyebut tentang ‘Mualaf’, selepas Nabi Muhammad SAW diangkat sebagai Rasul, maka seluruh umat Islam yang mengikuti Baginda adalah mualaf, kecuali Saidina Ali Abi Talib yang memeluk Islam ketika masih di bawah umur.

Namun, sehingga kini, perihal Mualaf masih belum diterima secara meluas. Walau berkongsi agama dan seakidah kebanyakan masyarakat masih was-was dan belum terbuka sepenuhnya untuk menerima golongan ini.

Apakah sebenarnya peranan kita sebagai umat Islam untuk membantu saudara baru ini dalam menguatkan keislaman dan tali kepercayaan mereka kepada Allah SWT?

Berikut beberapa cara yang boleh diusahakan untuk membantu mereka:

1# Memberikan Zakat Kepada Golongan Mualaf

Setiap ahli masyarakat boleh mengambil tindakan anisiatif dalam membantu golongan mualaf dengan mengutamakan pemberian zakat harta benda dan zakat fitrah.

Selain itu, mereka juga boleh dibantu dengan pelbagai pertolongan kewangan lain untuk mengukuhkan ekonomi mereka. Ini kerana faktor kemiskinan kadang-kala menyebabkan ada dalam kalangan Mualaf berputus asa dan menyalahkan agama sebagai puncanya.

2# Bimbingan Pendidikan Dan Pengetahuan Tentang Islam

Terdapat ramai dalam golongan mualaf tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang agama Islam, terutamanya bagi golonagn Mualaf yang awal memeluk Islam.

Mereka sangat mengharapkan ada bimbingan kepada mereka agar lebih mudah untuk memahami dan menghayati agama Islam dalam kehidupan mereka.

Jadi,sebaiknya sediakanlah kelas atau kursus bimbingan Islam atau fardhu ain di surau atau masjid untuk golongan ini.

3# Perkahwinan Campur

Perkahwinan campur yang dimaksudkan adalah perkahwinan antara golongan Mualaf dengan penganut Islam yang asal. Ini bagi membawa seseorang Mualaf itu untuk lebih mudah dan cepat mendalami Islam malah dapat memastikannya tidak kembali lagi kepada agamanya yang asal.

4# Dekati, Sokong Dan Berikan Semangat

Jangan menjauhkan diri daripada golongan Mualaf ini, sebaliknya dekati mereka dan berhubung rapat dengan mereka. Dengan itu kita akan lebih memahami permasalahan yang mereka lalui dan mudah untuk membantu mereka.

Berilah sokongan dan dorongan untuk mereka terus kekal dengan Islam. Bahkan berterusan menyatakan kepada mereka akan kebenaran tentang Islam, dan yakinkan mereka bahawa mereka adalah insan terpilih yang diberi hidayah untuk memeluk Islam.
Dengan itu pasti mereka berasakan tidak tersisih dan sentiasa dialukan dalam agama ini.

5# Menyediakan Bantuan Keperluan Asas

Selain memberi bantuan dalam bentuk kewangan dan pinjaman modal untuk perniagaan, golongan ini juga boleh dibantu dengan memberi peluang pekerjaan, bantuan peralatan perniagaan, barangan dan alatan keperluan asas seperti pakaian, rumah atau tempat tinggal dan beberapa keperluan lain.

Ini kerana selepas memeluk Islam, banyak daripada Mualaf yang disisihkan oleh ahli keluarga dan ada kalanya mereka turut dipecat daripada pekerjaan mereka.

6# Menyediakan Badan Khas Untuk Rujukan

Hal ini sangat penting bagi golongan Mualaf yang ternyata tidak mengetahui banyak hal tentang Islam.

Badan rujukan ini sangat diperlukan untuk menjadi tempat rujukan mereka mengenai Islam selain sebagai tempat mengadu serta meminta pertolongan sementara mereka dapat berdikari sendiri.

7# Bawa Masyarakat Mendekati Mualaf

Adakan pelbagai program yang membantu mendekatkan golongan Mualaf dengan penganut asal Islam.
Hal ini bukan sahaja dapat mengeratkan semangat persaudaraan sesama Islam tetapi membuktikan kepada golongan itu bahawa mereka sangat dialukan dan sesekali tidak disisihkan, bahkan kita selalu bersedia menghulurkan apa-apa bantuan untuk mereka jika diperlukan.

Antaranya mengadakan majlis suai kenal setiap kali terdapat suadara baru yang baru memeluk Islam dan pelbagai lagi.

Sesungguhnya Mualaf adalah saudara seislam kita yang tidak dibezakan dengan apa-apa sekalipun, walau mereka adalah seorang dari bangsa berkulit hitam. Mereka juga layak mendapat semua keistimewaan yang penganut Islam lain peroleh.
Bahkan, bagi golongan Mualaf sendiri, usahlah gentar dengan sogokan negatif dari sekeliling terutamanya dari golongan bukan Islam. Yakinlah akan janji-janji Allah tentang kebenaran Islam dan menerima apa-apa jua ujian sebagai hadiah dan permulaan kepada penghujung yang manis.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Share:

Rabu, 28 Disember 2016

Info Menafaat : 5 Janji Allah Bagi Orang Yang Menjaga Solatnya.


Diriwayatkan hadith daripada Ibni Syihab al-Zuhri (r.a)
berkata bahawa telah berkata Said bin Musaiyab (r.a):
‘Sesungguhnya Aba Qatadah bin Rab’ii (r.a)

memberitahunya dengan berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah
(s.a.w), dengan sabdanya (menyampaikan firman Allah
(a.w)): ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Bahawasanya Aku
(Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad
(s.a.w)) lima solat (fardu) dan menjanji Aku (Allah (a.w)) di
sisiKu ‘Bahawasanya barangsiapa menjaga dia atas solat
(yang lima itu) pada waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan
dia ke dalam syurga, dan barangsiapa tidak menjaga (lima
solat itu) maka tidak ada janji Aku (Allah (a.w)) bagi mereka
di sisiKu.’ [Hadith Ibnu Majah][Hadith Qudsi]

Hadith ini adalah hadith qudsi - hadith yg amat kuat
dijadikan sandaran hukum dalam Islam. Hadith qudsi adalah
firman atau perintah Allah (a.w) yg disampaikan melalui lisan
Rasulallah (s.a.w). Rengkasnya, sesiapa yg tidak mengerjakan
solatnya, tiada jaminan dia akan masuk syurga! Malah dalam
segala hal, pasti masuk neraka dan tak mungkin dapat
syurga! Hadith yg sama diriwayatkan oleh Abu Daud, iaitu
berikut:
Diriwayatkan hadith oleh ibnu Syihab az-Zuhri (r.a) berkata:
Berkata Sa’id bin Musayab (r.a) bahawa sesungguhnya aba
Qatadah bin Rabi’i (r.a) menxeritakan kepadakdengan
katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berfirman Allah
(a.w): ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas
umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat dan
menjanjikan Aku di sisiKu suatu janji bahawasanya
barangsiapa datang (kepadaKu, i.e. di akhirat) menjaga
atasnya (solat yang lima itu) pada waktunya, Aku masukkan
mereka ke dalam syurgaKu, dan barangsiapa tidak menjaga
solatnya pada waktunya maka tiadalah janjiKu baginya di
sisiKu.’ [Hadith qudsi, Riwayat Abu Daud] 
Allah tak pernah janji, orang yang kahwin
akan dapat anak.
Allah tak pernah janji, orang yang kerja
siang malam akan jd kaya.

Tapi,
Sesungguhnya Janji Allah Itu Pasti Siapa jaga solat, maka
dia adalah orang
yang BERJAYA
Siapa jaga solat, maka Allah akan angkat
kesempitan hidup d dunia

Siapa jaga solat, Allah akan angkat seksa
kubur Siapa jaga solat, Allah akan beri buku
amal dgn tangan kanan
Siapa jaga solat, dapat lintas titian sirat
sepantas kilat
Siapa jaga solat, akan masuk syurga
tanpa hisab.. Janji Allah itu pasti..
Share:

Selasa, 27 Disember 2016

Mesti Baca : Apa Hukumnya Orang Islam Mengucapkan MERRY CHRISTMAS? Ini Jawapan Mufti.


بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Soalan : Bagaimana hukumnya, Muslim yang mengucapkan “Merry Christmas” kepada kafir?

Jawapan : Panel mengucapkan tahniah kepada anda yang sudi berkongsi maklumat mengenai perkara di atas. Berikut adalah satu Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam.

1. PENDAHULUAN

1.1 Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan majlis-majlis perayaan sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah dan lain-lain. Perayaan tersebut adalah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas. Ia disambut melalui konsep penganjur “rumah terbuka nasional,” bertujuan meningkatkan persefahaman dan sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta fahaman agama di negara ini.

1.2 Persoalan timbul di kalangan masyarakat Islam tentang apakah hukum turut merayakan perayaan agama lain. Ada pendapat yang mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan tersebut boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa pemahaman bahawa semua agama adalah sama.

1.3. Dalam mengatur hubungan antarabangsa, kaum dan agama di negara ini agar tidak timbul kekeliruan dan prasangka dalam pergaulan khususnya bagi umat Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam Muzakarahnya pada 1 dan 2 oktober 1970 yang secara khusus menyentuh mengenai rumah ibadat dan telah memutuskan;

“Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmi pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat dengan mereka.”

1.4 Pada dasarnya terdapat dua pandangan berbeza dari sudut hukum tentang orang Islam turut merayakan hari perayaan orang bukan Islam. Pandangan yang membenarkan orang Islam merayakan hari perayaan orang Islam adalah berdasarkan pandangan berikut;

i. Kekeliruan dari sudut hukum tentang merayakan hari perayaan agama lain atau dalam kinteks masa kini “rumah terbuka nasional” adalah berpunca daripada fahaman yang kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu. Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia maka ia adalah di luar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka ( Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, Dr. Abdul Hayei bin Syukor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).

ii. Menurut Dr. Ahmad al-Syarbashi, seseorang Islam yang turut menyertai hari perayaan orang bukan Islam setelah memastikan majlis yang dihadiri itu tidak mengandungi perbuatan yang bercanggah dengan akidah atau upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti penyajian arak dan sebagainya (Dr. Ahmad al-Syarbashi, Yas’alunaka Fid Din Walhayah, hal 390, jilid 4, Darul Jail, Beirut).

1.5 Hukum yang melarang orang Islam turut merayakan perayaan orang bukan Islam berdasarkan pandangan berikut;

i. Abu al-Qasim Hibbatullah bin Al- Hussain bin Mansur al-Tabari berkata tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka (Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ahkam Ahl al-Zimmah, jilid 1, hal 156, Dar al-kutub al-Ilmiah, Beirut).

ii. Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan orang bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana ia akan melibatkan orang yang melakukannya kepada dosa (al-Syeikh Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lujnah al-Da’imah lil Buhuth al-Ilmiah wal Ifta’, jilid 3, hal 436, Dar al-Muaiyyad, Riyadh).

1.6 Berdasarkan persoalan hukum tersebut maka pihak yang menganjurkan majlis tersebut perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti dalam memastikan sambutan perayaan tersebut tidak menyinggung sensitiviti keagamaan terhadap orang awam yang menyertainya.

2. TAKRIFAN

2.1 Simbul

Maksud simbul dalam garis panduan ini adalah sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang, tanda (Kamus Dewan).

2.2 Ciri

Maksud ciri dalam garis panduan ini adalah sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya dengan yang lain) (Kamus Dewan).

2.3 Tunduk

Maksud tunduk dalam garis panduan ini adalah kepala atau muka condong ke hadapan (Kamus Dewan ).

2.4 Upacara

Maksud upacara dalam garis panduan ini adalah majlis menurut adat (kebiasaan, agama), keramaian atau peralatan (menurut adat) (Kamus Dewan).

2.5 Budaya

Maksud budaya dalam garis panduan ini adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dsb), kemajuan (akal budi), kebudayaan (Kamus Dewan).

2.6 Dakyah

Maksud dakyah dalam garis panduan ini adalah penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat dsb) untuk mendapat sokongan, propaganda (Kamus Dewan).

2.7 Mempersenda

Maksud mempersenda dalam garis panduan ini adalah mempermainkan (dengan gurau senda), memperolok-olokkan, mengejekkan (Kamus Dewan).

2.8 Sensitiviti

Maksud sensitiviti dalam garis panduan ini adalah perihal sifat mudah merasai sesuatu (mudah tersinggung, bergerak balas dsb) (Kamus Dewan).

2.9 Kriteria

Maksud kriteria dalam garis panduan ini adalah beberapa ukuran (asa pertimbangan) untuk menentukan nilai (Kamus Dewan).

3. KRITERIA PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIHADIRI OLEH ORANG ISLAM

3.1 Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam boleh dihadiri oleh orang Islam, beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

3.1.1 Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan,perkataan atau keadaan yang jika dilakukan

menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. Menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. Menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. Meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. Memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. Tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

3.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan

bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian berwarna merah sepertiSanta Claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

3.1.3 Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat

Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menjolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai seni kata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

3.1.4 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

3.1.5 Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Share:

Ahad, 25 Disember 2016

Hukum Doktor Lelaki Menyambut Wanita Bersalin Yang Semua Hospital Kerajaan Ambil Mudah !!


Suatu malam rumah saya didatangi beberapa orang mahasiswa dari kalangan pelajar perubatan Tanta. Memandangkan sebelum ini kami pernah terlibat sama dalam program persatuan, maka saya mengenali mereka.

“Saya pelik, kenapa ramai doktor lelaki terlibat dalam bidang perbidanan (wanita bersalin)?” Saya cuba menduga.

“Tak ramai sebab bidang perbidanan ini sebenarnya risikonya tinggi dan agak susah.. contohnya kalau ada emergency kes tengah-tengah malam ada orang nak beranak susahla doktor perempuan nak tolong..” Jawabnya.

Sudah saya jangkakan jawapannya. Saya cuba berfikir relevan di sebalik jawapan itu sambil tangan mencobek ketulan cucur bawang yang kami sediakan untuk mereka. Sedap juga menjamah cucur panas-panas begini.

“Lagipun doktor lelaki jadi dah biasa dah macam tu (sudah mangli melihat aurat wanita ketika mahu bersalin, tidak bernafsu lagi)..” Sambungnya lagi.

Saya juga telah menulis artikel berkaitan rawatan ke atas pesakit berlainan jantina di sini.

Jawapan di atas pula bakal saya jawab sebentar lagi. Teruskan membaca subtopik di bawah.

ALASANNYA DARURAT

Ada di kalangan mereka yang mengharuskan lelaki terjun ke dalam bidang sakit puan atau obstetrik dan ginekologi (O&G) dengan beralasan darurat. Malah menggunapakai kaedah masyhur qawaid fiqh yang berbunyi:

Maksudnya: “Darurat boleh mengharuskan perkara yang diharamkan dengan syarat darurat tersebut tidak kurang (bukan lebih kecil) berbanding perkara yang diharamkan.”

Perlu diketahui, kaedah di atas bagi darurat doktor lelaki merawat ataupun menjadi bidan kepada wanita bersalin adalah terlalu umum. Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa membuat pengecualian hal ehwal sakit puan.

Justeru, kita tidak boleh mengkiaskan darurat memakan bangkai secara keseluruhannya. Ini kerana darurat memakan bangkai berbeza dari beberapa sudut. Antaranya ialah:

1. Merujuk kepada masalah keharusan memakan bangkai, ianya tidak melibatkan pihak kedua. Maksudnya ia hanya melibatkan individu yang memakan bangkai itu sahaja. Manakala bagi kes bersalin, ianya melibatkan pelbagai pihak bersama iaitu pesakit, suami dan doktor yang menyambut kelahiran itu sendiri.

2. Seterusnya jika berlaku kes bersalin, kesan di sebalik perbidanan itu adalah amat besar samaada terhadap emosi sehinggakan si isteri akan mengalami trauma berpanjangan. Begitu juga suami, pasti akan mengundang rasa ‘lain’ apabila lelaki asing melihat aurat mughallazah isterinya. Doktor juga tidak dapat lari daripada menerima kesan akibat kes perbidanan tersebut seandainya masih bergelar lelaki sejati.

3. Harus memakan bangkai dikategorikan sebagai perkara yang ta’abbud. Oleh itu apabila berlaku pertembungan antara ta’abbud dengan tujuan pensyariatan (maqasid syariah) maka mestilah mendahulukan maqasid syariah. Menjaga aurat adalah salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga maruah), dan berubat juga merupakan salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga nyawa). Ini kerana, ada sesetengah keadaan didahulukan menjaga maruah berbanding menjaga nyawa, dan ada sesetengah keadaan di dahulukan menjaga nyawa berbanding menjaga maruah.

Contoh lain, misalnya terdapat kes seorang wanita dipaksa berzina, jikalau tidak berzina maka akan dibunuh. Oleh itu dalam masalah ini ulama’ mengharamkan wanita berkenaan berzina, jadi hendaklah memilih untuk dibunuh berbanding berzina. Mengapa? Kerana berzina risikonya lebih besar berbanding bunuh. Antara risiko jenayah zina ialah kesan trauma, kesedihan, kemurungan terhadap mangsa dan keluarga. Malah kesan ini akan lebih teruk jika menyebabkan kelahiran anak luar nikah.

ALASAN MEREKA YANG LAIN

Saya merasakan alasan kerana wanita sukar untuk keluar malam jika berlaku kes kecemasan adalah tidak relevan sama sekali. Ini kerana dunia kini bertambah canggih dan mempunyai pelbagai kemudahan perhubungan. Bahkan wanita itu juga boleh ditemani suami ataupun mahram jika keseorangan.

Cuba kita renung sejenak, dahulu ibu-ibu kita melahirkan anak bagaimana? Hanya atas pertolongan mak bidan menggunakan perubatan tradisional. Terdapat juga sesetengah tempat mereka menggunakan khidmat jururawat bergerak. Kesemua mereka adalah wanita. Mereka sanggup berkorban demi membantu kaum sendiri tanpa beralasankan hari sudah larut malam. Dunia bertambah canggih, ini bukan ceritera kisah menunggang basikal tua!

Oh, saya sedikit geli hati mendengar alasan doktor lelaki sudah bosan melihat aurat wanita sehinggakan tidak rasa bersyahwat lagi. Jawapannya mudah, apakah doktor lelaki itu sudah mati pucuk? Atau sudah menjadi tidak normal? Sungguh kasihan jika itu berlaku.

Faktanya, lelaki yang mengubati wanita dan terpaksa melihat aurat lebih berisiko iaitu risiko terdedah kepada perzinaan. Ini bukan bermaksud terdedah kepada berzina dengan pesakit ketika rawatan sahaja, bahkan ianya mendorong kepada perzinaan umum, tidak kira samaada dengan pesakit atau bukan pesakit.

Secara teorinya, melihat aurat terutama bahagian aurat mughallazah (bahagian alat kelamin) boleh merangsang hawa nafsu. Lantas ransangan ini mendorong seseorang ke arah perzinaan walaupun sekadar istimta’ (ringan-ringan).

Teori ini disokong oleh kajian daripada W.H.O yang menyatakan hampir 20% doktor lelaki menjalinkan hubungan seks dengan pesakit wanita. Ini termasuklah kes pegawai perubatan yang merogol pesakit ketika koma sehingga menyebabkan mengandung di barat. Perkara sebegini akan bertambah teruk jika dimonopoli oleh para doktor lelaki yang masih bujang dan tidak berakhlak.

Qatadah meriwayatkan: Telah sampai kepadaku sabda Rasulullah SAW dengan maksudnya: “Tidak harus bagi mana-mana perempuan yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat (memperlihatkan anggota dan mereka) melainkan di bahagian ini, sambil baginda memegang bahagian tengah lengannya.” (Maksud bahagian tengah ialah – bermula dari hujung jari sehingga separuh lengan, bukan pergelangan tangan)

Terdapat riwayat di dalam sebuah hadis yang sahih bahawa Ibnu Abbas r.a berkata kepada Ato’ bin Abi Robah r.a bermaksud:

“Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang perempuan ahli syurga?”

Ato’ menjawab: “Ya.”

Ibnu Abbas berkata: “Perempuan hitam ini telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Aku dirasuk dan auratku tersingkap, maka bolehkah engkau doakan untukku?” Rasulullah SAW bersabda: “Jika engkau mahu bersabar, maka bagimu syurga. Jika engkau mahu aku mendoakan kesejahteraan, (maka aku akan doakan)”. Perempuan itu berkata: “Aku memilih bersabar (menanggung keperitan)”. Ia menambah: “Auratku tersingkap, maka doakanlah untukku supaya ia tidak tersingkap (ketika tidak sedarkan diri). Maka Rasulullah SAW pun mendoakan untuknya.

Perkara begini bukan sesuatu hal yang sangat-sangat ringin persis debunga yang berterbangan ditiup angin. Ini juga bukan masalah menghirup kopi sambil menonton gusti di warung kampung. Ini soal maruah seorang wanita. Hati wanita mana tidak remuk seandainya selama berpuluh tahun elok berhijab menutup aurat, menjaga rambutnya dari terdedah, namun diragut maruah hanya kerana peristiwa beberapa jam saat kelahiran anak. Mungkin wanita yang tidak menutup aurat kurang merasa kesengsaraan jiwa, tetapi bagi yang selalu menjaganya. Pasti ia merupakan detik hitam yang kelam dan hitam.

Pada hemat saya, ini adalah salah satu strategi pihak yahudi dan barat menusukkan jarum-jarum halus mereka. Sengaja meramaikan pelajar lelaki di dalam bidang sakit puan, dan meramaikan pihak wanita di dalam bidang sakit tuan. Natijahnya, soal aurat langsung tidak dititikberatkan lagi sehinggakan mencetuskan kecelaruan fikrah di benak-benak umat Islam.

FARDHU KIFAYAH YANG MENJADI FARDHU AIN

Bidang sakit puan & perbidanan (O&G) akan menjadi fardhu ain jika kekurangan doktor muslimah. Fardhu ain ini terpundak di atas bahu-bahu pelajar perubatan wanita yang kini sedang menuntut di mana sahaja hamparan bumi. Bukan untuk lelaki. Ayuh, sahutlah seruan ini wahai kaum hawa demi masa depan dirimu sendiri. Apakah akan terjadi jika fardhu ain juga diabaikan? Saya yakin kalian juga tahu hukumnya.

Kaedah hukum fiqh mengatakan bahawa:
“Jika sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan melainkan dengan sesuatu (tindakan), maka sesuatu (tindakan) tersebut juga menjadi wajib.”
Share:

Jumaat, 23 Disember 2016

Adakah Kaki Wanita Itu Aurat??


Soalan:
Adakah bahagian kaki wanita itu aurat? Saya sering terlihat perempuan yang tidak memakai sarung kaki, bahkan ada juga yang solat tanpa memakai sarung kaki. Mohon penjelasan.

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Permasalahan mengenai sama ada kaki wanita itu aurat ataupun tidak adalah perkara khilaf yang berlaku dikalangan para ulama. Secara umumnya terdapat dua pendapat di dalam permasalahan ini, iaitu:

Pertama: Kaki wanita itu adalah aurat.
Ini adalah pendapat jumhur para ulama dari mazhab Maliki, Syafi’e dan ianya juga adalah pendapat mazhab Hanbali.

Kedua: Kaki wanita itu bukanlah aurat.
Ini adalah pendapat muktamad dari kalangan mazhab Hanafi dan ianya juga adalah pendapat al-Imam al-Muzani dari mazhab Syafi’e dan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah.

Perbincangan Pendapat
Pandangan jumhur yang mengatakan bahawa kaki wanita itu adalah aurat berdasarkan sebuah hadith riwayat Umm Salamah R.Anha yang mana pernah bertanyakan kepada Rasulullah SAW:
أَتُصَلِّي الْمَرْأَةُ فِي دِرْعٍ وَخِمَارٍ لَيْسَ عَلَيْهَا إِزَارٌ قَالَ ‏ ‏ إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا
Maksudnya: Adakah boleh seorang perempuan itu solat dengan memakai baju dan tutup kepala tanpa memakai izar (kain yang dipakai di bahagian bawah badan). Jawab Nabi SAW: “Boleh, sekiranya baju itu labuh menutupi zahir kedua kaki”.
Riwayat Abu Daud (640)

Al-Imam al-Khattabi Rahimahullah, mengenai hadith di atas menyebutkan:
“Khabar ini menjadi dalil ke atas sahihnya pendapat yang mengatakan tidak sah solat sekiranya terdedah bahagian badan melainkan sekiranya pakaian itu labuh, besar sehingga menutupi bahagian zahir kedua kaki. Ini menjadikan syarat sah solat itu adalah dengan tidak mendedahkan sesuatupun dari tubuh badannya”.
[Lihat Ma’alim al-Sunan. Al-Matba’ah al-‘Ilmiyyah, 1/180]

Seterusnya, al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi menyebutkan di dalam kitabnya al-Mughni:
“dan telah berkata Malik, al-Auza’ie dan al-Syafi’e bahawa keseluruhan wanita itu adalah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangan, dan apa selainnya wajib ditutup di dalam solat”
[Lihat al-Mughni, 1/431]

Adapun pendapat kedua yang mengatakan bahawa kaki wanita itu bukan aurat kerana kedua kaki secara kebiasaannya akan terdedah dalam melakukan sesuatu tugasan dan sebagainya.
Hadith Umm Salamah R.Anha yang menjadi dalil mengatakan bahawa kaki wanita itu aurat dijawab dengan mengatakan bahawa hadith tersebut adalah mauquf semata-mata. Ini dapat difahami melalui komentar al-Imam Abu Daud Rahimahullah sendiri di akhir hadith tersebut yang mengatakan bahawa ramai yang meriwayatkannya tidak menyebut nama Nabi SAW sebaliknya meriwayatkan terus dari Umm Salamah R.Anha. Disebabkan oleh itu, Syeikh Nasiruddin Al-Albaani menghukum hadith tersebut sebagai dhoif (lemah) kerana ianya adalah riwayat yang mauquf (terhenti pada Sahabat).
Pendapat kedua ini juga adalah pendapat muktamad di dalam mazhab Hanafi. Ianya juga adalah pendapat al-Imam al-Muzani dari kalangan Syafi’eyyah dan juga Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dari kalangan Hanabilah.

Ini seperti mana yang dinukilkan oleh al-Imam Ibn ‘Abidin yang mana menyebutkan:
“Sesungguhnya kedua kaki itu bukanlah aurat pada pendapat yang muktamad.”
[Lihat Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/369]

Al-Imam al-Nawawi juga turut menyebutkan juga di dalam kitabnya, al-Majmu’:
“Telah berkata Abu Hanifah, al-Thauri dan al-Muzani bahawa kaki wanita itu juga bukanlah aurat…”
[Lihat al-Majmu’, 3/169]

Begitu juga al-Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya al-Mughni ada menyebutkan:
“dan telah berkata Abu Hanifah, kedua kaki bukanlah aurat kerana keduanya adalah sesuatu yang pada kebiasaannya terzahir (terlihat) seperti muka…”
[Lihat al-Mughni (1/430-431]

Kesimpulan
Mengetahui bahawa permasalahan ini adalah khilaf, kami berpendapat bahawa pendapat yang mengatakan bahawa kaki wanita itu adalah aurat lebih selamat, berhati-hati dan keluar dari khilaf

Oleh itu, tidak sah sekiranya seorang wanita itu solat jika terdedah bahagian kakinya melainkan ditutup dengan kain yang labuh ataupun dengan memakai sarung kaki.
Namun, sekiranya kita ada terlihat wanita yang solat tanpa memakai sarung kaki dan terdedah bahagian kakinya, boleh jadi mereka itu jahil ataupun berpegang dengan pendapat yang mengatakan bahawa kaki wanita itu bukanlah aurat. Tegur dan tanyalah dengan cara yang berhemah agar tidak meninggalkan persepsi yang negatif kepada saudara seislam kita.
Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

11 Oktober 2016 bersamaan 10 Muharram 1438 H.

[1] Bahagian kaki yang menjadi perbincangan di dalam isu ini bukanlah kaki secara keseluruhannya yang melibatkan bahagian peha dan betis. Adapun yang dibincangkan di sini adalah bahagian zahir kaki yang nampak setelah menutup aurat seperti bahagian di bawah buku lali dan juga tapak kaki.

Share:

Ahad, 13 November 2016

Kehidupan Di Dunia Ini Hanyalah Ujian & Penjara Bagi Orang Beriman. Apakah Maksudnya? Inilah Jawapannya.


Dunia ini  Hanyalah penjara bagi orang beriman. Apa maksudnya?

عن أبى هريرة قال قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- «الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر»Dari Abu Hurairah, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir." (HR. Muslim no. 2392)


Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Shahih Muslim menerangkan, "Orang mukmin terpenjara di dunia kerana mesti menahan diri dari berbagai syahwat yang diharamkan dan dimakruhkan. Orang mukmin juga diperintah untuk melakukan ketaatan. Ketika ia mati, barulah ia rehat dari hal itu. Kemudian ia akan memperoleh apa yang telah Allah janjikan dengan kenikmatan dunia yang kekal, mendapati peristirahatan yang jauh dari sifat kurang.


Adapun orang kafir, dunia yang ia peroleh sedikit atau pun banyak, ketika ia meninggal dunia, ia akan mendapatkan azab (siksa) yang kekal abadi. "Al-Munawi rahimahullah dalam Mirqah Al-Mafatih menjelaskan, "Dikatakan dalam penjara kerana orang mukmin terhalang untuk melakukan syahwat yang diharamkan. Sedangkan keadaan orang kafir adalah sebaliknya sehingga seakan-akan ia berada di syurga. "


Jadi bersabarlah dari maksiat dengan menahan diri. Kerana dunia ini adalah penjara bagi kita di dunia. Di akhirat kita akan peroleh balasannya.
Share:

Khamis, 3 November 2016

Makna Hadith Nabi : "Semua Masuk Neraka Kecuali Satu"


Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :

"Semua masuk neraka kecuali satu"
Apakah mereka yang masuk neraka itu akan kekal di dalamnya ataukah masuk neraka terlebih dahulu kemudian dikeluarkan..?

Apabila kita berpendapat bahawa mereka akan kekal dalam neraka maka pendapat ini hanya berlaku untuk orang-orang kafir yang belum tersentuh hatinya dengan iman kerana yang kekal dalam neraka itu hanyalah orang-orang musyrik sesuai dengan ijmak berdasarkan firman ALlah subahanahu wa ta'ala :

إن الله لا يغفر أن شرك به و يغفر ما دون ذالك لمن يشاء ومن يشرك بالله فقد افتر إثما عظيما

Ertinya : "Sesungguhnya ALlah tidak akan mengampuni dosa berbuat syirik tetapi mengampuni dosa selain yang demikian. Barangsiapa yang berbuat syirik terhadap ALlah, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar"
(Surah An Nisa' : 48)

Sekiranya kenyataan seperti ini maka bagaimana mungkin kita boleh mengutamakan dari tubuh umat Islam yang besar ini satu kelompok yang mengaku dengan Firqah Najiah di mana kelompok itu sahaja yang selamat dari kekal di dalam neraka sedangkan kaum Muslimin yang lain - sesuai dengan pengakuan mereka akan kekal semuanya dalam neraka? Padahal mereka itu adalah orang-orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam telah menghukumkan mereka sebagai ahlul jannah dan termasuk orang-orang yang selamat (dari kekal dalam neraka) ? Di dalam sahih Bukhari pada hadith no 44, Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda :

يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن شعيرة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله و في قلبه وزن برة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن ذرة من خير

Ertinya : "Akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah, sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat satu helai rambut dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarrah "

Tersebut dalam Sahih Bukhari juga pada hadith no 7072 :

يقول الله تعالى : وعزتي وجلالي وكبريائي وعظمتي لأخرجن منها (أي من النار) من قال لا إله إلا الله

Ertinya : ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman : Demi kemuliaan, ketinggian, kebesaran dan keagunganKu sesungguhnya Aku akan mengeluarkan dari dalam neraka siapa sahaja yang telah mengucapkan La ilaha illaLLah"

Tersebut dalam sahih Ibnu Khuzaimah pada hadith no 1231 bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

من قال لا إله إلا الله دخل الجنة

Ertinya : "Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLLah maka dia pasti masuk syurga"

Dalam sahih Ibnu Hibban hadith no 169 dari Abi Dzar radiyaLlahu 'anhu, dia berkata : Bersabda RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam :
Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLlah maka dia pasti masuk syurga". Aku bertanya: "Wahai RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam walaupun dia telah berzina dan mencuri?" RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam menjawab: "Walaupun dia telah berzina dan mencuri".

Dalam Mustadrak al Hakim hadith no 7638 disebutkan bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

من قال لا إله إلا الله دخل الجنة ووجبت له الجنة

Ertinya : "Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLLah maka dia pasti masuk syurga dan itu adalah pasti".

Ibnu Hibban mengeluarkan dalam sahihnya hadith no 3004 bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

لقنوا موتاكم لا إله إلا الله فإنه من كان اخر كلمته لا إله إلا الله عند الموت دخل الجنة وإن أصابه قبل ذالك ما أصابه

Ertinya : "Ajarilah orang-orang yang akan mati di antaramu kalimah La ilaha illaLlah kerana barangsiapa yang akhir ucapannya di ketika mati adalah La ilaha illaLlah maka dia pasti masuk syurga walaupun sebelumnya dia banyak melakukan dosa kesalahan"

Hadith yang seperti ini juga dikeluarkan oleh al Hakiim dalam al Mustadrak pada hadith 1299, Abu Daud dalam sunannya pada hadith no 3116 dan at Turmuzi dalam sunannya hadith no 977.

Sesudah memerhatikan beberapa hadith di atas maka bagaimana mungkin mereka yang telah mengucapkan La ilaha illaLLah Muhammad RasuluLlah itu kita hukumkan sebagai orang-orang yang kekal dalam neraka kerana beranggapan bahawa mereka itu bukan termasuk Firqah Najiah - menurut persangkaan mereka?

SubhanaLlah, ini adalah kebohongan yang nyata dan penolakan terhadap hadith-hadith sahih serta satu kebohongan terhadap riwayat-riwayat yang mutawattir.

Jika mereka berpendapat bahawa makna dari : "Semua mereka masuk neraka kecuali satu (golongan) sahaja" adalah masuk neraka terlebih dahulu kemudian dikeluarkan darinya maka saya bertanya: "Dari mana mereka yang mengaku dirinya sebagai Firqah Najiah itu mengetahui bahawa kelompok mereka tidak akan diazab oleh ALlah dan bahawa mereka akan masuk syurga tanpa hisab padahal ketetapan perkara ini harus menggunakan wahyu dan wahyu sudah terputus..?

ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman :

قل هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين

Ertinya : "Katakan (wahai Muhammad): "Datangkanlah bukti-bukti kamu jika memang kamu orang-orang yang benar
(Surah al Baqarah : 111)

ALlah subahanahu wa ta'ala juga berfirman :

وقالو لن تمسنا النار إلا أياما معدودة قل أتخذتم عند الله عهدا فلن يخلف الله عهده أم تقولون على الله ما لا تعلمون

Ertinya : "Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka kecuali selama beberapa hari sahaja". Katakanlah : "Sudahkah kamu menerima janji dari ALlah sehingga ALlah tidak akan memungkiri janjiNya ataukah kamu hanya mengatakan terhadap ALlah apa yang kamu tidak ketahui?"
(Surah al Baqarah: 80)

Jika ucapan ALlah subahanahu wa ta'ala terhadap orang-orang Yahudi sedemikian kerasnya padahal mereka tidak pernah menghukum keadaan ummat lain di akhirat nanti - melainkan kesalahan terbesar mereka terletak pada keyakinan bahawa diri mereka akan dikeluarkan dari neraka sesudah melewati beberapa hari sahaja tanpa ada pemberitahuan kepada mereka dari ALlah subahanahu wa ta'ala - lalu bagaimana dengan keadaan satu kelompok yang meyakini bahawa diri mereka pasti akan masuk syurga sedangkan kelompok lain yang juga bertauhid dan beriman serta mengucapkan dua kalimah syahadah adalah penghuni neraka lantaran dosa-dosa yang mereka perbuat.. ?

Padahal kita semua mengetahui bahawa dosa itu bagaimana besar dan banyaknya tetap sahaja urusannya itu kembali kepada Allah subahanahu wa ta'ala.
Share:

Selasa, 18 Oktober 2016

SubhanAllah !!! Inilah Gunung Yang Akan Kita Lihat Di Alam Akhirat,Iaitu Gunung Uhud.


Tahukah anda bahawa ternyata ada gunung di dunia yang nantinya boleh ditemui di syurga? Dari sekian banyak gunung yang ada di bumi, gunung yang satu ini memang sangat istimewa.

Salah satu makhluk Allah tersebut menjadi saksi bisu terjadinya perang hebat yang pernah dilalui kaum muslimin. Di dalamnya terdapat gua yang menjadi tempat persembunyian Rasulullah SAW dan tiga rakannya saat dicari oleh pihak lawan.


Gunung ini menjadi salah satu gunung yang dicintai oleh Rasulullah. Bagi yang sudah melihatnya di dunia, mungkin saja boleh kembali melihatnya di syurga. Gunung apakah yang dimaksudkan? Berikut ringkasannya.


Gunung bumi yang juga akan ditemui di syurga adalah gunung Uhud. Gunung yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Kota Madinah ini mempunyai ketinggian sekitar 1.077 meter dengan panjang bukit hingga 6 kilometer. Umat ​​Islam yang melaksanakan Haji dan Umrah dapat menyempatkan diri untuk datang ke gunung ini. Rasulullah SAW bersabda:"Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga." (H.R. Bukhari)


Rasulullah SAW juga menyatakan kecintaan terhadap gunung ini dalam sebuah hadistnya. Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya." 


(HR Bukhari dan Muslim).Gunung Uhud berwarna coklat tua di mana gunung ini berdiri sendiri dan tidak bersambungan dengan gunung lain seperti gunung pada umumnya. Sehingga jika ada gunung di sekitarnya mengalami gangguan, maka tidak akan berpengaruh terhadap gunung Uhud. Itulah sebabnya 

masyarakat Madinah yang menyifatkan Uhud dengan sebutan Jabal Uhud yang bermaksud "gunung menyendiri '.Gunung Uhud atau Jabal Uhud mempunyai nilai sejarah yang sangat besar bagi umat Islam. Gunung ini menjadi saksi bisu perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dalam pertempuran Uhud melawan kafir Quraisy.

Perang Uhud terjadi pada 23 Mac 625 Masehi atau pada 15 Syawal 3 H. Perang ini adalah pertempuran spiritual dan politik yang sebenarnya. Di lembah bukit ini kaum muslimin sebanyak 700 orang melawan kaum musyrikin Makkah sebanyak 3000 orang.Pada perang ini, pasukan diberi pilihan antara kesetiaan pada agama dan kecintaan harta dunia. Jika melihat keadaan gunung tersebut, tidak dapat dibayangkan bagaimana sukarnya pertempuran yang terjadi.


Perang Uhud meninggalkan kisah pilu. Di mana beratus-ratus sahabat Nabi banyak gugur. Bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Hamzah bin Abdul Mutalib juga meninggal dunia dalam peperangan tersebut.


Para syuhada kemudian dimakankan di Bukit ini. Nabi berkata, meski pasukan Rasul banyak yang gugur, namun jasad mereka akan tetap mendapat perlindungan dari Allah."Mereka yang dimakamkan di Uhud tak memperoleh tempat lain kecuali ruhnya berada di dalam burung hijau yang melintasi sungai syurga. Burung itu memakan makanan dari taman syurga, dan tak pernah kehabisan makanan. Pada syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan keadaan kami kepada saudara kami bahawa kami sudah berada di syurga. "


Allah SWT kemudian menurunkan ayat yang bermaksud: Dan janganlah mengira bahawa orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati (QS 3: 169).


Benar saja, setelah 40 perang berlalu, terjadi banjir besar yang membuat makam dua syuhada yakni Hamzah dan Abdullah bin Jahsyin porak-peranda kerana banjir ini. Namun ternyata, jasad keduanya masih utuh dan kelihatan seperti baru meninggal dunia. Mereka kemudian dikuburkan di tempat lain tetapi masih dalam kawasan Uhud.


Pada masa ini, Gunung Uhud banyak dikunjungi oleh para jemaah yang sedang Umrah atau haji.
Share:

Selasa, 11 Oktober 2016

SubhanAllah !!! Inilah Tanda-tanda Kemunculan Imam Mahdi.


Para ulama membahagikan Tanda-tanda Akhir Zaman menjadi dua. Ada Tanda-tanda kecil dan ada Tanda-tanda Besar Akhir Zaman. Tanda-tanda kecil jumlahnya sangat banyak dan datang terlebih dahulu. Sedangkan Tanda-tanda Besar datang kemudian jumlahnya ada sepuluh.

Alhamdulillah, Allah sayang sama umat manusia. Sehingga Allah datangkan tanda-tanda kecil dalam jumlah banyak sebelum datangnya tanda-tanda besar. Dengan demikian manusia diberi kesempatan cukup lama untuk merenung dan bertaubat sebelum tanda-tanda besar berdatangan.


Tanda-tanda KiamatBanyak pendapat mengatakan bahawa keadaan dunia dewasa ini berada di ambang datangnya tanda-tanda besar Kiamat. Kerana di masa kita hidup dewasa ini sudah sedemikian banyak tanda-tanda kecil yang muncul.Praktikal hampir seluruh tanda-tanda kecil kiamat yang disebutkan oleh Nabishollallahu 'alaih wa sallamsudah muncul semua di zaman kita. Maka kedatangan tanda-tanda besar tersebut hanya masalah waktu.


Tanda besar pertama yang bakal datang ialah keluarnya Dajjal. Namun sebahagian ulama berpendapat bahawa sebelum munculnya Dajjal harus datang terlebih dahulu Tanda Penghubung antara tanda-tanda kecil kiamat dengan tanda-tanda besarnya. Tanda Penghubung dimaksudkan ialah diutusnya Imam Mahdi ke muka bumi.


Kedatangan Imam MahdiDalam sebuah hadis Nabi shollallahu 'alaih wa sallam mengisyaratkan bahawa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin ummat Islam keluar dari kegelapan kezaliman dan kesewenang-wenangan menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya.


Ia akan menghantarkan kita meninggalkan babak keempat era para penguasa diktator yang memaksakan kehendak dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya dewasa ini menuju babak kelima yaitu tegaknya kembali kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj, sistem atau kaedah Kenabian.


لو لم يبق من الدنيا إلا يوم لطول الله ذلك اليوم حتى يبعث فيهرجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي واسم أبيه اسم أبييملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملئت ظلما وجورا"Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari itu sehingga diutuskan kepadanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya sama nama ayah saya. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan. "(HR abu Dawud 9435)


Lelaki keturunan Nabi Muhammad shollallahu 'alaih wa sallam tersebut adalah Imam Mahdi. Ia akan diizinkan Allah untuk merubah keadaan dunia yang penuh kezaliman dan penganiayaan menjadi penuh kejujuran dan keadilan. Subhanallah ...!


Beliau tentunya tidak akan mengajak ummat Islam berpindah babak melalui perjalanan tenang dan senang laksana melewati taman-taman bunga indah atau melalui meja perundingan dengan penguasa zalim dewasa ini apalagi dengan mengandalkan sekedar "permainan kotak suara" ..!Imam Mahdi akan mengantarkan ummat Islam menuju babak Khilafatun 'ala Minhaj An-Nubuwwah melalui jalan yang telah ditempuh Nabi Muhammadshollallahu' alaih wa sallamdan para sahabatnya, yaitu melalui al-jihad fi sabilillah.


Imam Mahdi akan berperanan sebagai panglima perang ummat Islam di akhir zaman. Beliau akan mengajak ummat Islam untuk memerangi para Mulkan Jabriyyan (Para Penguasa Diktator) yang telah lama bercokol di berbagai negeri-negeri di dunia menjalankan kekuasaan dengan ideologi penghambaan manusia kepada sesama manusia.


Bila Allah mengizinkan Imam Mahdi untuk menang dalam berbagai perang yang dipimpinnya, maka pada akhirnya ia akan memimpin dengan pola kepemimpinan berideologi aqidah Tauhid, yaitu penghambaan manusia kepada Allah semata. Banyak ghazawat (perang) akan dipimpin Imam Mahdi. Dan -subhaanallah- Allah akan senantiasa menjanjikan kemenangan baginya.


تغزون جزيرة العرب فيفتحها الله ثم فارس فيفتحها اللهثم تغزون الروم فيفتحها الله ثم تغزون الدجال فيفتحه الله"Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Parsi (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan. "(HR Muslim 5161)Tanda Kedatangan Imam MahdiLalu apa sajakah indikasi kedatangan Imam Mahdi? Dalam sebuah hadis Nabi shollallahu 'alaih wa sallam memberikan gambaran umum indikasi kedatangan Imam Mahdi. Ia akan diutus ke muka bumi bilamana perselisihan antar-manusia telah menggejala hebat dan banyak gempa-gempa terjadi. Dan kedua-dua fenomena sosial dan fenomena alam ini telah menjadi semarak di berbagai negeri dewasa ini.


أبشركم بالمهدي يبعث في أمتي على اختلاف من الناسوزلازل فيملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملئت جورا وظلما"Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antar-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman. "(HR Ahmad 10898)


Hadits berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahawa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting.Pertama, perselisihan berkepanjangan sesudah kematian seorang pemimpin.Kedua, dibai'atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Kaabah.Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai'at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.


يكون اختلاف عند موت خليفة فيخرج رجل من أهل المدينة هاربا إلى مكة فيأتيهناس من أهل مكة فيخرجونه وهو كاره فيبايعونه بين الركن والمقامويبعث إليه بعث من أهل الشام فيخسف بهم بالبيداء بين مكة والمدينة"Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai'at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai'at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah. "(HR Abu Dawud 3737)

analisa PemerhatiSaudaraku, sebagian pengamat tanda-tanda akhir zaman beranggapan bahwa indikasi yang pertama telah terjadi, yaitu perselisihan dan kekacauan yang timbul sesudah wafatnya seorang pemimpin. Siapakah pemimpin yang telah meninggal dunia itu?


Sebahagian spekulasi bahawa yang dimaksudkan adalah Saddam Husein (atau Raja Abdullah?). Kerana semenjak kematiannya, negeri Iraq berada dalam kekacauan berpanjangan. Wallahua'lam bish-showwab.


Bila analisa ini benar bermakna dewasa ini kita sudah harus bersiap-siap untuk berlangsungnya pembai'atan paksa Imam Mahdi di depan Kaabah.Saudaraku, bila ketiga peristiwa di atas telah berlaku, bermakna Ummat Islam di seluruh penjuru dunia menjadi tahu bahawa Imam Mahdi telah datang diutus ke muka bumi. Panglima ummat Islam di Akhir Zaman telah hadir .. Dan bila ini telah menjadi jelas kita pun terikat dengan pesan Nabi shollallahu 'alaih wa sallam sebagai berikut:


فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله المهدي"Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai'at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi." (HR Abu Dawud 4074)


Ya Allah, izinkanlah kami bergabung dengan pasukan Imam Mahdi. Ya Allah anugerahkanlah kami rezeki untuk berjihad di jalanMu bersama Imam Mahdi lalu memperoleh salah satu dari dua kebaikan: 'isy kariman (hidup mulia di bawah naungan syariat Allah) atau mut syahidan (mati syahid). Aamiin ...
Share:

Follow Us OnFacebook

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog