Menyajikan Kupasan Berita Menafaat Untuk Anda Semua.

Rabu, 2 November 2016

Info Menafaat : Tatacara Mandi Wajib Atau Junub Yang Betul.


Mandi wajib ini perlu dipandang serius kerana ini bukanlah sesuatu perkara yang patut dipandang remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Mandi wajib yang betul perlu tahu bagi setiap umat Islam. Walaupun kita sudah belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan. Semoga perkongsian ini memberi seribu manfaat kepada anda

Sebab Perlu Mandi Wajib
Setiap apa yang terjadi mesti ada sebabnya. Begitu juga dengan mandi wajib ini, mandi wajib bukanlah kena buat selalu tetapi ada sebab yang memaksa kita untuk melakukannya.
Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
Keluar mani walaupun sedikit.
Mati melainkan mati syahid.
Keluar haid bagi perempuan.
Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
Wiladah atau melahirkan anak.

Rukun Mandi Wajib
Terdapat tiga mandi wajib. Cukup tiga rukun ini mandi wajib anda sah
Niat
Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib 


1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.



Sunat Ketika Mandi Wajib
Sunat adalah perkara yang dituntut. Jika anda melakukannya anda mendapat pahala. Tetapi jika anda tidak melakukannya anda tidak mendapat apa-apa.
mengadap kiblat
membaca basmalah
membasuh dua tapak tangan
mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
membasuh sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib
Cara mandi wajib ini sepatutnya anda memberi sedikit tumpuan agar akan memudahkan anda untuk faham. Jadi fokus jangan tak fokus.

Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.


Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.


Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.


Niat dahulu sebelum mandi. (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.


Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.


Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.


Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. 
Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
Share:

MasyaAllah Kenapa Wajah Baginda Nabi Muhammad SAW Tidak Boleh Dilukis @ Digambarkan? Inilah Sebabnya. .


Bagi penganut agama Islam, tidak ada yang tahu bagiamana rupa Allah SWT dan Nabinya Muhammad SAW. Kadang-kadang kedua-duanya ini hanya dilukiskan dalam sebuah kaligrafi. 

Namun banyak alasan yang mengatakan kenapa wajah Nabi Muhammad tidak boleh dilukis atau digambarkan? sejumlah alasan tersebut pun hanya menjadi kepercayaan masing masing. Tanpa adanya wajah dan bentuk lukisan Nabi Muhammad pun umat Islam harus meyakini tentang kewujudan mereka.Beberapa alasan kenapa Nabi Muhammad tidak boleh dilukis atau digambarkan?

Jawapannya kerana pada masa itu belum ditemuinya sebuah kamera dan tidak ada satu orang pun yang melukis wajahnya. Jadi tidak mungkin seseorang boleh menggambar wajah Nabi Muhammad SAW yang sebenarnya belum ada gambar nyata dar wajah Nabi Muhammad SAW.


Walaupun setakat ini ada sebuah pengakuan jika menggambar wajah Nabi Muhammad pun dianggap suatu perkara yang haram. Disamping itu, keaslian ajaran Islam sangat dijaga oleh Islam sendiri dan inilah bukti yang sahih. Selain itu, menggambar wajah nabi Muhammad SAW dianggap mengabaikan kemurnian aqidah kaum muslimin haruslah dijaga. Penyembahan berhala bermula daripada lukisan-lukisan orang-orang shalih meliputi Nasr, Yauq, Yaguts, Suwa dan Wadd oleh kaum Nabi Nuh.


Tak hanya itu saja, alasan kenapa wajah nabi Muhammad SAW tidak boleh dilukis ini guna menghindari umat islam menyembah berhala. Jika nabi Muhhamd di lukis maka akan dijadikan sebuah patung yang nanti mereka bukan lagi solat tetapi malah menyembah patung tersebut.


Ketika nabi Muhammad dijadikan patung maka Syaitan pun akhirnya menggoda dan memberi kesan kepada generasi baru untuk melakukan penyembahan berhala dan itu artinya, patung serta lukisan orang-orang sholih pun disembah, padahal seharusnya hanya teladan dan kesholihan mereka saja yang perlu diingat dan dicontohi.


Pada dasarnya jika nabi Muhhamad di lukiskan atau dijadikan sebuah patung, itu sama halnya mengajar umat islam untuk beralih aliran paganisme atau pemberhalaan. Agama Islam tidak pernah mengajar berhala dan tentu berhala adalah perkara yang perlu dijauhi oleh umat Islam.


Seperti yang dikutip dariblogspot.co.id, dikatakan dari Aisyah radhiyallahuanha bahawa ketika Rasulullah sakit, sebuah gereja disebut-sebut oleh sebahagian isteri beliau dan namanya adalah Maria yang mereka lihat ada di negeri Habasyah. Isteri-isteri beliau pernah melawat Habsyah dan memuji akan indahnya gambar-gambar yang terdapat di dalamnya, namun kelakuan orang-orang ahli kitab dicela oleh Rasulullah kerana orang-orang sholih telah dibudayakan dengan membuat lukisan serta patung supaya dipuja-puja.


Dan jika ada orang yang bertanya sama ada dulu Nabi Muhammad SAW boleh dilukis? Jawapannya sudah pasti tidak seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, tidak ada seorang pun yang melakukannya pada masa beliau masih hidup. Dalam salah satu sabdanya pun Rasulullah menyatakan bahawa sesiapa yang menyerupai suatu kaum, jadilah ia seperti dan bahkan dikategorikan golongan mereka. Ada juga pesannya akan supaya orang-orang tidak menyanjung secara berlebihan kerana 


Rasulullah adalah hamba Allah SWT dan Rasul yang diutus-Nya saja.Nah, maka dari itu hingga kini pun umat Islam tidak pernah tahu seperti apa bentuk asal wajah asli Nabi Muhammad SAW.
Share:

Baca Dan Fahami : Berdosakah Marah & Mengutuk Ibu Bapa Dalam Hati Tanpa Meluahkannya? Inilah Jawapan & Hukumnya.




(Adakah berdosa jika menyimpan rasa marah pada ibu sendiri dan mengutuk ibu dalam hati tapi saya masih menghormati ibu dan tidak melawan kata-katanya.)

Derhaka kepada kedua orang tua ialah berbuat sesuatu yang menyakiti perasaan keduanya atau melawan perintahnya dan juga melanggar nasihat-nasihatnya. Menyimpan rasa marah dan mengutuk ibu dalam hati juga termasuk didalam dosa kepada ibu atau bapa, kerana ia sama dengan membenci mereka, perkara ini jelas termasuk dalam dosa besar. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT

iaitu: Seseorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berupaya menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berupaya agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan melalui hasutan-hasutannya." (HR. Ad Dailami daripada Umar ra) Tidak layaklah menyimpan rasa marah dan benci terhadap ibu, segeralah bertaubat dengan mohon kemaafan kepadanya agar kehidupan memperoleh berkat dan rahmat daripada Allah SWT.
Share:

Panduan Nama-Nama Terbaik : Inilah 100 Nama Anak Lelaki Yang Baik,Simpan Dan Tolong Kongsikan Info Ini .


Di bawah ini yaitu rangkaian nama bayi lelaki Islam moden beserta berarti :

Abdul Falah Eka Cahaya : hamba yang beruntung jadi satu cahaya untuk sesama

Abdul Hadi Khabir : hamba Allah yang kaya serta sempurna

Abdullah Hafiz Dhiaurrahman : hambaNya yang bersinar penuh kasih serta jadi pelindung untuk sesama

Abdullah Rafif : hambaNya yang berbudi pekerti

Abdullah Tahsin Pramudya : hamba Allah yang suka memperbaiki serta bijaksana

Abdullah Umran Assunni : hamba Allah yang penuh dengan kemakmuran serta adalah seorang pakar sunnah

Abdullah Majid Tsurayya : hamba Allah yang sangat mulia seperti gugusan bintang

Abdun Khabir Munawwir : hamba Allah yang sempurna serta bercahaya

Abi Shafwan Arifuddin : laki-laki yang berpikiran jernih serta mengerti agama Islam

Abiyu Abdu Mubarak : hamba Allah yang mulia jiwanya serta diberkahi hidupnya

Addar Quthni Karim Izzatul : yang dimuliakan serta dihormati laksana imam perawi haddits

Adib Putra Haya : lelaki yang berbudi baik dalam kehidupan

Aditya Irfanul Ad-Din : yang pintar dalam ilmu agama serta bijaksana

Aditya Zainul Muttaqin : pintar serta jadi perhiasan untuk orang yang bertakwa

Adskhan Fahmi Fawwaz : ksatria yang memiliki pemahaman/wawasan luas serta selalu beruntung

Ahmad Ghulam Fahruddin : pemuda terpuji yang menjadi kebanggaan agama

Ahmad Makarim Hakim : lelaki yang terpuji, mulia hidupnya, serta penuh kebijaksanaan

Amiruddin Adlan Mahasin : pemimpin agama yang adil serta penuh kebaikan

Amiruddin Majid Ubaidillah : hamba Allah yang sangat mulia serta merupakan pemimpin agama Islam

Anwar Ulumuhul Kabir : lelaki dengan beragam ilmu, bersinar, serta sempurna

Arif Tamam Aziz : lelaki perkasa yang begitu sempurna kebijaksanaannya

Arif Umran Tajuzzaman : lelaki bijaksana yang penuh dengan kemakmuran serta adalah mahkota zaman

Ashim Shalih Taqiyyuddin : lelaki shaleh yang menjauhi maksiat serta begitu bertaqwa dalam agama

Aziz Manshur Umair : lelaki yang begitu perkasa serta seorang prajurit yang menang laksana Umair

Azzam Tsawab Mustaqim : yang berniat baik, meniti jalan yang lurus, serta mendapatkan pahala kerananya.
Bagas Marwan Alauddin : lelaki yang kuat serta mulia dengan urusan yang lurus

Daffa Jihad Fisabilillah : pria yang kuat bertahan dalam perjuangan di jalan Allah

Daffa Karim Ansharri : lelaki penyayang serta mulia yang mempunyai pertahanan yang kuat

Daffa Shadiq Nasrullah : lelaki yang jujur serta pertahanan imannya kuat, dan memperoleh pertolongan dari Allah

Faisal Hanif Mufida : lelaki muslim yang berguna serta dapat memisahkan antara haq serta bathil

Fauzi Alimuddin : sang pemenang yang penuh dengan ilmu agama Islam

Ghani Putra Mubarak : anak lelaki yang diberkahi kemewahan

Gilang Ayyasy Umran : lelaki yang bercahaya terang serta panjang usia dan hidupnya penuh kemakmuran

Habibi Eka Hadaya : lelaki kesayangan pertama sebagai hadiah dari Allah

Hadil Zayan Muntasir : lelaki juara yang begitu elok wajahnya serta jadikan tuntunan untuk sesama

Hasib Ghandur Dzulhannan : pemuda rupawan yang berketurunan mulia serta penuh kasih sayang antar sesama

Imam Nur Mahardika : pemimpin umat yang berilmu serta jadi cahaya

Irfan Yusran : yang berpengetahuan serta memiliki kekayaan

Javier Aktam Khairullah : kebaikan dari Allah yang terang serta mulia

Jinan Makarim Safaraz : lelaki seperti taman yang mulia serta dihormati

Jufri Rijal Sajana : lelaki bijaksana serta kuat laksana seekor singa

Jundullah Ulya Ar-Rabih : prajurit yang mulia serta tinggi kedudukannya dan begitu beruntung

Kamil Putra Majid : anak lelaki yang memiliki sifat baik serta terpuji

Karim Abdullah Ushaim : hamba Allah yang begitu mulia serta terpelihara dari keburukan

Karim Malik Syihabun : berdaulat serta mulia seperti bintang

Karim Tabi Al-Wafi : pengikut ajaran islam yang mulia serta memancarkan kesempurnaan

Khabir Ulwan Shiddiq : lelaki yang tinggi kedudukannya, terpuji sifat benarnya, dan pakar dalam bagiannya

Khairuddin Mufid Hanan : anak lelaki yang digeruni.
serta memberi manfaat untuk sesama untuk kebaikan agama

Lutfhi Hadi Hamizan : lelaki lembut nan cerdik serta selalu mendapat petunjuk

Majid Ashim Shalih : lelaki yang sangat mulia serta jauh dari maksiat dan baik perilakunya

Malik Abdu Al-Hadi : hambaNya yang berdaulat serta selalu di beri petunjuk oleh Allah SWT

Misbah Sa’dan Wibowo : lelaki bijaksana yang menyinari hati orang-orang serta membahagiakan

Mudrik Sava Zorina : lelaki berilmu yang penuh dengan ketenangan serta kemakmuran

Mufid Sa’dan Al-Ihsan : pemberi manfaat yang penuh dengan kebaikan serta selalu bisa membahagiakan

Muhammad Azzam Nurwahid : yang terpuji laksana Muhammad, berkemauan baik, serta jadi cahaya utama

Muhammad Rafa Azka Putra : anak lelaki yang suci, membawa kebahagiaan, serta insya Allah terpuji akhlaknya laksana nabi Muhammad

Munir Amzari : lelaki yang mendapatkan cahaya kemuliaan

Mustain Rusydan Al Afsari : lelaki yang memohon pertolongan dalam menunjukkan jalan lurus untuk sesamanya, untuk jadi lebih baik

Nafis Karim Rahman : lelaki berharga dan memperoleh kemuliaan dari Allah Yang Maha Pengasih

Nara Jayyid Uzmah : orang baik yang memperoleh keagungan dari Allah SWT

Naufal Nasrun Hakim : pemuda tampan yang senang menolong serta bijaksana (adil)

Naufal Zumarullah Ulyaddin : pria yang diberi ketampanan olehNya serta menjadi pemuka agama

Naufal Khabir Mustain : pria tampan serta sempurna yang selalu di beri pertolongan olehNya

Naufal Tsawab Mustaqim : pemuda tampan yang mendapat pahala karena jalannya lurus (ikuti Allah)

Putra Amin Dzulhilmi : anak lelaki yang sabar serta sebagai penjaga amanah yang baik

Putra Ghazy Fadhilah : pejuang lelaki yang utama

Putra Juhlan Muammar : lelaki yang mulia serta berumur panjang

Putra Khawas Syarafu : anak lelaki mulia yang beramal dengan ikhlas

Putra Mahasin Tamam : anak lelaki sempurna yang penuh dengan kebaikan

Putra Tamam Mushoddiq : anak lelaki yang mempercayai Allah serta begitu sempurna

Rahmat Gibran Ramadhan : anak pandai yang merupakan nikmat dari Allah di bln. suci Ramadhan

Raihan Putra Salman : lelaki yang wangi serta penuh dengan keselamatan

Rijal Daffa Mubarak : lelaki yang dikaruniai pertahanan yang sangat kuat

Robih Wahid Rodhya : yang mujur serta sangat dermawan, dan penuh keikhlasan dalam berbagai hal

Rusydan Rustam Taqiyyuddin : lelaki berani yang ada di jalan lurus serta sangat bertakwa dalam agama

Rusydi Uzmah Al-Hakim : lelaki yang mendapatkan petunjuk serta keagungan dari Allah Yang Maha Bijaksana

Sakya Najid Al-Hadi : lelaki gagah berani sebagai penyejuk serta membahagiakan

Shadiq Aziz Mahasin : lelaki jujur yang begitu agung serta penuh dengan kebaikan

Shadiq Izzatul Aziz : jujur, dihormati, serta agung

Shakti Marwan Maqamul : seseorang dengan energi besar yang menjadi wadah untuk meluruskan satu masalah

$harimul Abdun Ulumuhul : hamba Allah yang membela untuk kebaikan serta memiliki banyak ilmu

Shofwan Ulya Izzulhayat : lelaki dengan cinta tulus yang utama serta hidupnya penuh dengan kemuliaan

Sina Ulya Shihabuddin : semoga jadi sepertI ayah kedokteran Islam serta mulia seperti meteor agama

Syarif Abdul Hamid : hambaNya yang terpuji serta terhormat

Tamim Nara Khabiruddin : sosok yang kuat serta baik dalam mengerti agama

Tsaqib Shafwan Nasruddin : membantu agama dengan cinta yang tulus serta tepat

Tsauban Rizqullah Ad-Din : lelaki yang berkumpul dalam kebaikan serta mendapatkan rezeki berlimpah serta berguna untuk agamanya

Tsauban Shadiq Hasan : laki-laki baik yang begitu jujur serta selalu berkumpul dengan kebaikan

Tsawab Rodhya Shaibun : yang mendapat pahala, ikhlas memberi, dan begitu pas perhitungannya

Ubaidillah Majid Al-Munir : hamba Allah yang bersinar serta mulia

Ulwan Rusydi Abdun : lelaki yang tinggi kedudukannya serta tunjukkan jalan yang benar, dan termasuk juga hamba terbaikNya

Utsman Shorim Muntasir : nama khalifah ketiga yang mempunyai keberanian tinggi dalam membela agama serta menang melawan keburukan

Wahid Aziz Tsawab : lelaki dermawan yang memperoleh pahala dari kebaikan yang agung

Wahid Karimuddin : lelaki dermawan serta mulia dalam agamanya

Wahid Khairullah Shahibu : lelaki yang dermawan serta memperoleh kebaikan dari Allah

Wahid Syarifuddin : lelaki dermawan sebagai keutamaan untuk agama Islam

Wali Misbah Makarim : lelaki mulia yang melindungi serta menjadi penerang untuk sesama islam.

Yahya Tamam Wahib : kerana memberi/membantu jadi kebahagiaan yang sempurna baginya

Yazid Makarim Alim : lelaki yang berilmu serta selalu bertambah kemuliaannya

Zuhdi Maimun Mansur : yang zuhud serta diberkahi dengan kemenangan.
Share:

Selasa, 1 November 2016

Info MeNaFaAt : RaHsIa Kelebihan TiDuR BeRbAtAlKaN LeNgAn SuAmI.


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)

FAKTA

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Jadi pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami? kalau belum praktik mlm ni cuba ya.
Share:

Mengapa Lantai Masjidil Haram Tidak Panas?Inilah Sebabnya Yang Perlu Kita Ketahui.


Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.

Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.

“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.

Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.

Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.

Ini berberda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.

Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.

Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.

Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.

Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.

Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.

Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.

Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.
Share:

SubhanAllah !!! (7 Gambar ) PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia !








PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia ! Ini diantara petanda Kiamat yang sudah semakin hampir tiba dengan kita. Semoga kita semua tidak lagi lalai dan leka dengan hal duniawi sahaja.

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Terletak di Al Ain, sebuah bandar oasis pedalaman yang merupakan sebahagian daripada Emiriah Abu Dhabi, Wadi Adventure adalah taman tema yang terbesar di dunia dengan gelombang ombak tiruan, sungai untuk berkayak, kolam kanak-kanak dan dewasa serta di lengkapi pelbagai kemudahan permaian lasak.
Share:

Baca Dan Fahami : Inilah 10 Perkara yang Ibu Tidak Pernah Ceritakan Kepada Kita.


Seperti yang kita ketahui, ibulah orang yang paling rapat dengan kita sejak kita dilahirkan. Bermulalah daripada mengandungkan kita sehingga kita besar dan berpisah jarak yang mana si anak akan tinggal berasingan untuk belajar dan juga bekerja.

Kadang-kadang sehingga kita lupa akan ibu kita yang jauh di kampung halaman. Walaupun sering mengirimkan wang ringgit bagi perbelanjaan mereka adakah itu sebenarnya bagi mereka? Sudah tentu tidak melainkan dapat melihat anak-anak di depan mata lebih-lebih lagi ketika mereka sudah tidak berupaya menjalankan tugas harian seperti biasa.

Maka di sini ingin kami kongsikan 10 perkara yang mana apakah yang dilakukan mereka sejak anda kecil dan apakah pengorbanan yang dilakukan mereka semenjak dia mula mengandungkan anda. Supaya anda tahu siapa anda sebenarnya di hati mereka.

1. Anda membuatkan dia menangis

Dia menangis ketika tahu mengandungkan anda. Dia menangis setelah melahirkan anda. Dia menangis kerana bahagia. Dia menangis kerana ketakutan. Dia menangis kerana bimbang. Dia menangis kerana dia memahami anda. Dia turut merasa sakit dan juga bahagianya anda sama ada anda sedar atau tidak.

2. Dia mahukan makanan yang paling akhir

Sekiranya ada potongan kek yang terakhir dalan pinggan, dia sangat mahukannya tetapi apabila dia melihat anda yang comel, bermata bulat besar sedang menjilat keliling bibir dengan lidah kecil anda, dia tidak akan makan bahagian akhir itu. Dia tahu dia akan lebih gembira melihat anda yang memakannya.

3. Dia merasa sakit

Apabila anda menarik rambutnya, apabila anda mencakar dengan kuku tajam anda yang susah untuk dipotong, apabila anda menggigitnya ketika sedang menyusu, ketika anda menendang dan mencakar sewaktu dalam kandungan dan segala kesakitan dibuat oleh anda ketika melahirkan anda.

4. Dia sentiasa ketakutan

Bermula mengangdungkan anda, dia akan lakukan segala termampu untuk melindungi anda. Dialah wanita yang berkata ‘Tidak’ kepada anak jiran yang kecil yang meminta untuk mendukung mu. Susahnya hati dia bila tahu tiada apa yang dia mampu lakukan untuk memastikan keselamatan anda. Sentiasa tidur lewat memastikan anda pulang ke rumah dengan selamat dan bangun awal pagi untuk melihat anda ke sekolah. Ketika tidur, dia sentiasa siap sedia menenangkan anda sekiranya didatangi mimpi buruk ataupun demam pada malam.

5. Dia tahu yang dia tidak sempurna

Dialah yang paling kuat mengkritik diri sendiri. Dia tahu akan segala kelemahannya dan kadang-kadang sehingga membenci diri sendiri. Dia akan merasa segala kekurangan diri apabila memikirkan anda. Walaupun dia mahu menjadi seorang ibu yang sempurna tanpa melakukan apa-apa kesilapan tetapi dia hanyalah manusia biasa. Dia juga berharap sekiranya boleh mengundurkan masa untuk mengelak kesilapan-kesilapan itu. Maka berbuat baiklah terhadap ibu, dan tahulah yang mereka telah melakukan yang terbaik untuk anda.

6. Dia menatapi ketika anda sedang tidur

Terdapat malam-malam yang dia akan berjaga sehingga jam 3 pagi dan berdoa serta berharap yang anda akhirnya tidur. Dia menahan rasa mengantuk ketika mendodoi anda dengan menyanyikan lagu sambil dalam hati berkata “tidurlah… tidurkan…”. Kemudiannya setelah anda akhirnya tidur dia akan meletakkan anda di sebelahnya dalam keletihan yang belum lagi hilang menatap raut wajahmu yang kecil dan comel.

7. Dia mengandungkan anda lebih dari 9 bulan

Dia belajar mendukung kami ketika menyapu sampah, mendukung anda ketika dia sedang makan sehinggakan ketika dia tidur sekalipun. Lengannya mungkin sakit, belakangnya mungkin sakit tetapi tetap mendukung anda kerana dia mahu anda berada disampingnya.

8. Dia berpatah hati setiap kali anda menangis

Tiada lagi bunyi yang sangat menyedihkan bagi mereka melainkan bunyi tangisan dan air mata yang mengalir ke wajah anda. Dia akan melakukan segala yang termampu hanya untuk membuatkan anda behenti menangis dan apabila dia tidak berjaya, hatinya akan retak seribu.

9. Anda diutamakan

Biarpun dia tidak sempat mandi, makan dan tidur tetapi akan memastikan yang anda mendapat semua itu. Dia mungkin akan menghabiskan seharian semata-mata mendapatkan segala keperluan anda sehingga pada akhirnya dia kehabisan tenaga untuk keperluan diri sendiri. Tetapi keesokan harinya dia tetap akan mengulangi perkara yang sama kerana anda sangat bermakna baginya.

10. Dia mengulangi semua perkara itu

Biarpun segala kesakitan, kesusahan, siang dan malam dilalui oleh ibu kita, dia tetap akan melakukan perkara yang sama untuk kita kerana kita sangat bermakna baginya. Maka, sekiranya anda melihat ibu anda selepas ini, ucapkanlah terima kasih kepadanya. Biarkan dia tahu yang anda juga sayangkan dia.
Share:

Mengapa Jin Suka Merasuk Manusia?Inilah Puncanya.

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.


Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya." Tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

"Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat." katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.
Share:

Follow Us OnFacebook

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog