Menyajikan Kupasan Berita Menafaat Untuk Anda Semua.

Sabtu, 10 September 2016

Info Menafaat : Soalan !!! Apakah Berdosa Jika Membaca @ Menyentuh Al-Quran Tanpa Wudhu? Ini Jawapannya.



SOALAN : 

Apakah menjadi kesalahan (berdosa) membaca ayat-ayat suci sewaktu kita tiada wudhu' umpamanya ketika hendak tidur atau terjaga dari tidur ?
Adi Putra 

JAWAPAN : 

Berzikir menyebut nama Allah atau istighfar dan doa-doa baik ketika ingin tidur atau bangun tidur disunatkan mengambil wudhu', jika tidak berwudhu' tidaklah berdosa. Sesuai dengan hadis yang disampaikan oleh Aisyah yang bermaksud: "Rasulullah (SAW) selalu zikir kepada Allah pada setiap saat".

Menurut Jumhur ulama diharamkan bagi orang yang junub membaca sesuatu dari ayat-ayat Al-Quran, ini berdasarkan hadis daripada Ali ra. "Bahawa Rasulullah (SAW) tidak satupun yang menghalanginya dari Al-Quran kecuali janabat" (Riwayat Ash Habus Sunan disahkan oleh Tirmizi

Sedangkan menurut sebahagian ulama seperti Bukhari, Thabrani, Abu Daud dan Ibnu Hazmin berpendapat dibolehkannya membaca Al-Quran bagi orang yang junub.
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us OnFacebook

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog