Terdapat
5 gangguan syaitan kepada kita semasa kita mendirikan solat 5 waktu
ataupun solat sunat. Antara 5 gangguan syaitan tersebut adalah:
1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram
Saat
mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir
yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang
mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus
teru-lang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata,
“Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was
dalam ber-suci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam
solat”.
2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,
“Wahai
Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat
bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut
dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke
kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal
itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)
3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan
Abu Hurairah r.a berkata,
“Sesungguhnya
Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat,
syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu
be-rapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian
mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa
masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR
Bukhari dan Muslim)
4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu
Abu Hurairah r.a berkata,
“Rasulullah
SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari
sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut.
Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah
dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali
lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadan-ya,
ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut
tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)
5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat
Ibnul
Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan,
karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang
untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada
tempatnya.” Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara
pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal
jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW
ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW
memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia
kerjakan belum sah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya
“Apabila
kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari
Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar
rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian
sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam
setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)
Sumber :
0 ulasan:
Catat Ulasan