Berbohong merupakan suatu perbuatan tercela yang dilarang oleh agama. Sering sekali kita mendapati bahawa ada orang yang berkata mengenai suatu hal akan tetapi tidak sesuai dengan kelakuannya.
Mereka mengajarkan kebaikan kepada orang lain, namun dirinya sendiri tidak mengerjakan. Justeru kebanyakan dari orang yang suka berbohong melakukan perbuatan sebaliknya dari apa yang dikatakan kepada orang lain.
Padahal
sebenarnya, jika orang tersebut mengetahui bahawa perbuatan tersebut
akan menimbulkan kerugian tentu orang itu akan mengelakkan penipuan. Orang yang suka berbohong akan merasakan azab yang sangat pedih dari Allah SWT. Azab apakah yang dimaksudkan? Berikut maklumatnya.
Di akhirat kelak, orang-orang yang suka berbohong ketika hidup di
dunia akan merasakan azab dari Allah yakni memotong lidah mereka dengan
gunting api, lalu lidah tersebut tumbuh kembali dan dipotong lagi
begitulah seterusnya.
Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Pada malam Isra
aku dibawa ke pelbagai kaum yang lidah mereka dipotong dengan gunting
api. Setiap kali berakhir dipotong, lidah itu kembali lagi.
Aku berkata, 'Siapakah mereka itu, wahai Jibril?' Jibril berkata, 'Mereka adalah para penceramah dari kalangan umatmu
yang mereka mengucapkan apa yang tidak mereka lakukan serta mereka
membaca Kitabullah, tapi tak mengamalkannya', "(Shahiihul Jami ': 128).
Tabiat berbohong ini tentu saja akan menimbun banyak dosa bagi dirinya sendiri. Kerana setiap perkataan yang diucapkan bertolak belakang dengan perbuatan yang mereka lakukan. Orang yang seperti ini akan sangat membuatnya sangat menyesal kerana merasakan pedihnya azab dari Allah.
Dari
Usamah bin Zaid, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Akan didatangkan seseorang kemudian dirinya dilemparkan ke neraka. Maka
dirinya di sana berputar seperti berputarnya keledai di tempat
penggilingannya, hingga para penduduk neraka berkumpul mengelilinginya. Mereka berkata kepadanya, 'Wahai Fulan bukankah engkau dulu di dunia
yang menyuruh kami kepada yang baik dan melarang kami dari yang
mungkar?' "
Usamah mengatakan, dirinya menjawab, "Aku dulu menyuruh kalian terhadap yang baik (tapi) aku tak melakukannya. Serta aku melarang kalian dari yang kurang baik, (tapi) aku melakukannya, "(Shahiihul Jami ').
Demikianlah maklumat mengenai azab Allah untuk orang yang gemar berbohong. Oleh
kerana itu, hindarilah perbuatan tercela yang satu ini agar Allah
senantiasa melindungi kita daripada panas dan pedihnya api neraka.
Sumber :
0 ulasan:
Catat Ulasan