Pertama : Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :
لَا
إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ
الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“
Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya
segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan
mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :
اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”
Boleh juga membaca :
اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”
Apakah fadilat amalan yang pertama?
Hadis
daripada Abu Zar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda,
‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya
masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh
kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh
kejahatan (dosa),
diangkatkan baginya sepuluh darjat
(kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang
dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang
dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik
(menyekutukan)
Allah’. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani
menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih
at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)
Imam an-Nasa’I menambah, “ Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”
Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya
pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga
seorang daripada mereka 12000.”
Apa pula fadilat amalan yang kedua?
Hadis
daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W
bersabda, “ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah
sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka
sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu
perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan
solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma
ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam
itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat
Abu Daud dan an-Nasa’i)
*Semoga menjadi amalan dalam membolehkan
kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T serta ditempatkan di
SyurgaNya..insyaAllah :)
Sumber :
0 ulasan:
Catat Ulasan