Cara
Nabi S.A.W yang saya ambil dari blog Encik Hafiz Firdaus. Blognya
kosong sahaja. Tanpa sebarang widget. Apa pun mudah-mudahan beliau
dirahmati Allah selalu di atas perkongsian ilmu ini.
PANDUAN
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH ini ditulis oleh Saudara Mohd Yaakub bin Mohd
Yunus dan telah disemak oleh Ustaz Mohd Fikri Che Hussain.
TUJUAN SOLAT ISTIKHARAH
Apabila
seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara
yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan
mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan
dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu
wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat..
DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH
Solat
Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin
‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan,
sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda
bersabda:
إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:
Maksudnya:
Jika
salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu,
hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu
kemudian membaca doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
Maksudnya:
Ya
Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu,
memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang
sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak
berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau
yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa
urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan)
lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau
mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka
tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan
berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa
urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau
mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang -
maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta
tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada.
Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.
Maksudnya:
Baginda
bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis
riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.
BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH
1)
Solat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa.
Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah,
Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah
bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.
2)
Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala
urusan yang mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil,
perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa
permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara
yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib
atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan
yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi
boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah
sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.
3) Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah
itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan
hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat
kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa
adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu
tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya
adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian
sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa
Ta’ala tersebut. Firman-Nya:
وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya:
…dan
boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan
boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan
(ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216
4) Solat Istikharah
ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan
solat-solat sunat seperti solatRawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain.
Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung
kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut
al-‘Iraqi rahimahullah:
Jika keinginan melakukan sesuatu muncul
sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia
mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul
keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal
tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis
nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh
Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.
5) Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.
6)
Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti
bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah
mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau
dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan
apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.
RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH
1)Rakaat Pertama
Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah.
Takbiratul Ihram.
Doa Iftitah.
Membaca surah al-Fatihah.
Membaca Surah al-Qur’an.
Rukuk.
Iktidal.
Sujud
Duduk antara dua sujud.
Sujud kali kedua.
Bangun untuk rakaat kedua
2)Rakaat Kedua
Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10).
Duduk untuk tahiyyat akhir.
Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Membaca doa Istikharah
PANDUAN
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH ini adalah antara soalan yang kerap orang ramai
tanya kepada saya. Moga PANDUAN SOLAT SUNAT ISTIKHARAH ini memberi
manfaat kepada semua. :)
Sumber
nano titanium by babyliss pro
BalasPadamDescription. 2021 ford escape titanium hybrid New in stock, a new, improved, and fully titanium pans functional titanium wedding ring product - Nucleus does titanium set off metal detectors Nano Titanium is a revolutionary device that titanium forging aims to revolutionize