Jom Ketahui Cara Untuk Kurangkan Rasa Marah Anda Pada Anak Degil:
1. Berfikir Dahulu Sebelum Memarahi Anak
Sebelum memarahi anak fikirkan jika anda dimarahi sedemikian. Fikirkan secara rasional, anda juga tidak mahu dimarahi.
Memberi
nasihat kepada mereka jangan diulangi kesilapan itu. Buatkan mereka
faham perkara yang dibuat itu adalah salah, berdosa atau sebagainya.
2. Mendidik anak dengan cara yang betul
Didik anak anda secara lemah lembut, gunakan ‘eye contact’ pandangan mata ketika berkomunikasi.
Didik anak anda dengan rasa sayang melalui tindakan mimik muka, barulah anak merasai kehadiran anda dan bukan sebaliknya.
Didik anak dengan kata-kata positif, jangan membezakan anak anda dengan orang lain. Ini kerana keyakinan mereka akan merundum.
3. Memberikan Tumpuan Kepada Anak
Berikan
tumpuan terhadap kelebihan si anak, jangan cepat melenting jika mereka
tidak memahami perkara itu. Sebaliknya, ajari mereka agar boleh lakukan.
Si
anak juga mempunyai kehendak, keinginan serta permikiran mereka
sendiri. Anda cuma tumpukan perhatian dan membimbing ke arah yang betul.
4. Elak dari Mengeluarkan Kata-Kata Negatif
Elakkan
mengeluarkan kata-kata negatif kepada anak anda. Ini akan membuatkan
dirinya berasa tidak di sayangi dan akan cenderung kepada pembesaran
budaya negatif pada masa hadapan.
Jangan mengutuk atau menjatuhkan maruahnya di depan ahli keluarga, kawan-kawan atau sanak saudara.
Banyakkan membaca ayat Al-Quran, ini kerana ayat Al-Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda.
Sumber :
0 ulasan:
Catat Ulasan