Mungkin
ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ni, Ummu
Sibyan ini adalah kaum jin dari jantina perempuan yang suka mengganggu
bayi dan kanak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita mengandung,
sebab itulah kanak kanak yang baru lahir perlu di azankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini.
Apa kerja jin Ummu Sibyan?
Kerja dia tak lain tak bukan ialah mengganggu bayi yang baru
dilahirkan dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita
yang mengandung.
Jin Ummu Sibyan mempunyai muka yang mengerikan dengan mata yang besar
dan berjalan di dinding seperti cicak, Ummu Sibyan juga boleh mengikat
rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.
Seperti yang di ceritakan dalam kisah "Jin Ummu Shibyan Dengan Nabi
Sulaiman", jin ini berkata ia boleh memasuki dalam rahim orang perempuan
dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum itu tidak
mengandung.
Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang
hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar jin ini akan
menendanggnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong
semua.
Tanda-tanda bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan.
1.Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)
2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
3.Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali.
4.Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh
Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan.
1.Sawan Tangis
2.Autisme (Over Hiperaktif)
3.Nakal tahap Gaban
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.
Tanda tanda wanita mengandung terdedah kepada gangguan jin Ummu Sibyan
1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
2. Kusut fikiran.
3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan.
1.Tutup Pintu dan tingkap Rumah Waktu Maghrib
2.jangan angkat atau masukkan baju yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering)
Kaedah rawatan pada bayi.
Tiarapkan
kanak-kanak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat
Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubun sampai berhenti menangis ..
halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti contoh (Wahai
Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku) InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.
Kaedah rawatan pada wanita mengandung ..
Bacakan
doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah
al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah
al-Mu'awwizat) pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap
hari sebelum sarapan.
Boleh juga di bacakan doa doa pada minyak zaitun untuk di sapukan pada bahagian dada dahi dan tulang belikat sebelum tidur.
Sumber :
0 ulasan:
Catat Ulasan