Ibnu
Abbas r.a. adalah seorang sahabat Nabi saw, pernah ditanya pada suatu
hari mengenai apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan dunia. Ibnu Abbas
telah menjawab dengan mengatakan bahawa terdapat 7 (tujuh) kunci
kebahagiaan hidup di dunia, iaitu:
Pertama, Al azwaju shalihah,
iaitu pasangan hidup yang soleh. Pasangan hidup yang soleh akan
menciptakan suasana rumah dan keluarga yang soleh pula. Di akhirat kelak
seorang suami (sebagai imam keluarga) akan diminta pertanggungjawaban
dalam mengajak isteri dan anaknya kepada amal kesolehan.
Berbahagialah
menjadi seorang isteri bila memiliki suami yang soleh, yang pasti akan
bekerja keras untuk mengajak isteri dan kesemua anak-anaknya menjadi
Muslim yang soleh. Demikian pula seorang isteri yang soleh akan memiliki
kesabaran dan keikhlasan yang luar biasa dalam melayani suaminya, walau
betapa buruk sekalipun perlakuan suaminya.
Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki seorang isteri yang soleh.
Kedua,
Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur. Memiliki jiwa syukur
bererti selalu menerima sekadar apa adanya (qona’ah), inilah nikmat bagi
hati yang selalu bersyukur.
Seseorang yang pandai bersyukur
mudah memahami sifat-sifat Allah SWT, sehingga apa pun yang diberikan
oleh Allah tetap diterimanya dengan dada yang terbuka malah sentiasa
redha dengan keputusan yang telah Allah tetapkan. Maka berbahagialah
kepada orang yang pandai bersyukur.
Ketiga, iaitu memiliki umur
yang berkat. Maknanya, umur yang semakin tua semakin soleh dan setiap
detik masa akan diisi dengan membuat amal ibadah. Orang yang mengisi
umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk bekalan akhirat (melalui
amal ibadah) maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Sang
penciptanya.
Inilah semangat “hidup” orang-orang yang berkat
umurnya, maka berbahagialah orang-orang yang telah dianugerahkan umur
yang berkat.
Keempat, al auladun abrar, iaitu memiliki anak yang
soleh dan solehah. Di kala Rasulullah SAW sedang bertawaf, baginda telah
bertemu denga seorang anak muda yang memiliki badan yang sedang
melecet. Setelah selesai tawaf, Rasulullah SAW telah bertanya kepada
anak muda itu, “Kenapa dengan badan mu itu?” Jawap anak muda itu, “Ya
Rasulullah, saya dari Yaman dan mempunyai seorang ibu yang sudah uzur.
Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya
melepaskan ibu saya hanya ketika membuang hajat, ketika solat atau
ketika istirehat, selain itu saya akan selalu mengendongnya.”
Lalu
anak muda itu bertanya, “Ya Rasulullah, Apakah aku sudah termasuk ke
dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua?” Rasulullah SAW sambil
memeluk anak muda itu dan menyatakan, “Sesungguhnya Allah redha
kepadamu, kamu anak yang soleh, anak yang berbakti, tapi anakku
ketahuilah, cinta orang tuamu tidak terbalaskan olehmu.”
Dari
hadis tersebut kita mendapat gambaran bahawa nyata segala amal ibadah
kita sememangnya tidak cukup untuk membalas cinta dan kebaikan orang tua
kita, namun pada kadar yang minimum sekalipun, kita sewajarnya
memulainya dengan menjadi anak yang soleh. Di mana doa anak yang soleh
atau solehah adalah dijamin akan dimakbulkan oleh Allah.
Berbahagialah kita bila memiliki anak yang soleh atau solehah.
Kelima,
albiatu sholihah, iaitu memiliki lingkungan yang kondusif untuk iman
kita. Yang dimaksudkan dengan lingkungan yang kondusif ialah kita boleh
berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi untuk menjadikannya sebagai
sahabat karib kita, haruslah orang-orang yang mempunyai nilai tambah
terhadap keimanan kita.
Dalam sebuah hadisnya, Rasulullah
menganjurkan kita untuk selalu bergaul dengan orang-orang yang soleh.
Orang-orang yang soleh akan selalu mengajak kepada kebaikan dan
mengingatkan kita apabila kita berbuat salah. Orang-orang yang soleh
adalah orang-orang yang bahagia kerana nikmat iman dan nikmat Islam yang
selalu terpancar pada cahaya wajahnya.
Berbahagialah orang-orang yang selalu dikelilingi oleh orang-orang yang soleh.
Keenam,
tafakuh fi dien, atau semangat untuk memahami agama. Semangat memahami
agama diwujudkan dalam semangat memahami ilmu-ilmu agama Islam. Semakin
ia terangsang untuk belajar lebih jauh lagi mengenai sifat-sifat Allah
dan ciptaan-Nya.
Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang
menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya,
semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang
akan memberi cahaya bagi hatinya.
Maka berbahagialah orang yang penuh semangat memahami ilmu agama Islam.
Ketujuh,
al malul halal, atau harta yang halal. Paradigma dalam Islam mengenai
harta bukanlah banyaknya harta tetapi halalnya. Ini tidak bererti Islam
tidak menyuruh umatnya untuk kaya.
Dalam riwayat Imam Muslim di
dalam bab sedekah, Rasulullah saw pernah bertemu dengan seorang sahabat
yang berdoa mengangkat tangannya. “Kamu berdoa sudah bagus,” kata Nabi
saw, “Namun sayang makanan, minuman dan pakaian dan tempat tinggalnya
didapati secara haram, bagaimana doanya akan dimakbulkan?”

Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dimakbulkan Allah.
Sumber :
0 ulasan:
Catat Ulasan