Amal
jariah adalah amalan yang akan terus mengalir pahalanya, walaupun orang
yang melakukan amalan tersebut sudah meninggal dunia. Amalan tersebut terus menghasilkan pahala yang terus mengalir kepadanya.
Hadis
tentang amal jariyah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia,
maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam
perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh
yang mendoakannya "(HR. Muslim)
Selain dari ketiga jenis perbuatan di atas, ada lagi beberapa macam perbuatan yang tergolong dalam amal jariah.
Dalam
riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya diantara amal
kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya
meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang
ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya,
masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan ibnu sabil (orang yang dalam perjalanan untuk kebaikan, seperti dalam
rangka ibadah atau menuntut ilmu syar'i), sungai yang dialirkannya untuk
kepentingan orang banyak, dan harta yang disedekahkannya "(HR. Ibnu
Majah).
Di dalam hadis ini disebut tujuh macam amal yang tergolong amal jariah sebagai berikut.
pertama:
Menyebarluaskan
ilmu pengetahuan yang syar'i, baik melalui pendidikan formal maupun
nonformal, seperti perbincangan, ceramah, dakwah, dan sebagainya. Termasuk dalam kategori ini adalah menulis kitab atau boleh juga sharing tulisan yang bermanfaat melalui sosial media.
kedua:
Mendidik anak menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia. Menurut keterangan hadis ini, kebaikan yang diperbuat oleh anak soleh
pahalanya sampai kepada orang tua yang mendidiknya yang telah meninggal
dunia tanpa mengurangkan nilai / pahala yang diterima oleh anak tadi.
ketiga:
Mewariskan mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya.
keempat:
Membina masjid. Hal ini selaras dengan sabda Nabi SAW, "Sesiapa yang membina sebuah
masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membina
untuknya sebuah rumah di syurga" (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala orang yang beribadah di masjid itu.
kelima:
Membina rumah atau pondokan bagi orang-orang yang dalam perjalanan untuk kebaikan. Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar mahupun
untuk bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan
mengalirkan pahala kepada orang yang membinanya.
keenam:
Mengalirkan
air secara baik dan bersih ke tampat-tempat orang yang memerlukannya
atau menggali sumur di tempat yang sering dilalui atau didiami orang
banyak. Setelah orang yang mengalirkan air itu meninggal dunia dan air itu
tetap mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang
yang hidup maka ia mendapat pahala yang terus mengalir.
Semakin banyak orang yang memanfaatkannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat. Rasulullah
SAW bersabda, "Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin
atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di
hari kiamat." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).
ketujuh:
Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda.
Demikian Amalan Yang Pahalanya Akan Terus Mengalir, Semoga kita termasuk salah satu dari 7 orang diatas. Amiin
Sumber :
0 ulasan:
Catat Ulasan