Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum
ini, Ummu Sibyan ini adalah kaum jin dari jantina perempuan yang suka
mengganggu bayi dan kanak-kanak yang berusia kurang dari 2 tahun dan
wanita hamil.
Sebab itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini.
Apa Kerja Jin Ummu Sibyan?
Kerja dia tak lain tak bukan adalah mengganggu bayi yang baru lahir
dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang hamil.
Jin Ummu Sibyan mempunyai wajah yang mengerikan dengan mata yang besar
dan berjalan di dinding seperti cicak, Ummu Sibyan juga dapat mengikat
rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.
Seperti yang di ceritakan dalam kisah "jin Ummu Shibyan Dengan Nabi
Sulaiman", jin ini mengatakan ia boleh masuk dalam rahim orang perempuan
dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum itu tidak
mengandung.
Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang
hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang tumbuh jin ini akan
menendanggnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong
semua.
Tanda-tanda Bayi Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan
Bayi menangis melalak (matanya terbelalak memandang keatas / sudut tertentu)
Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali
Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh
Kesan Dari Gangguan Diatas Akan Menyebabkan
sawan tangis
Autisme (over hiperaktif)
Nakal tahap gaban
terencat akal
Pelbagai kompilasi otak
Tanda-tanda Wanita Hamil Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan
Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlangsung hingga tengah malam
kusut fikiran
Sakit di bahagian tulang-tulang belakang
Mengigau ketika tidur
Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan
Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan
Tutup Pintu dan tingkap rumah waktu Maghrib
Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering)
Kaedah Rawatan Pada Bayi
Tiarapkan
kanak-kanak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat
Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubun sampai berhenti menangis. Halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti contoh (wahai
Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak
anakku) Insya Allah Ummu Sibyan akan pergi.
Kaedah Rawatan Pada Wanita Hamil
Bacakan
doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah
al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah
al -Mu'awwizat) pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap
hari sebelum sarapan.
Boleh juga di bacakan doa doa pada minyak zaitun untuk di sapukan pada bahagian dada dahi dan tulang belikat sebelum tidur.
Sumber :
0 ulasan:
Catat Ulasan