Masjidil Haram dan Masjid Nabawi merupakan tempat yang suci serta mempunyai banyak keutamaan. Namun muncul anggapan bahawa di Masjidil Haram terdapat gelombang
magnet sehingga pesawat dilarang untuk melintas di atasnya, sebagaimana
yang diberitakan media barat.
Ternyata alasan larangan melintas diatas Masjidil Haram dan Nabawi
menurut seorang juruterbang kenamaan Arab Saudi adalah untuk melindungi
keselesaan dan keselamatan para jemaah haji dan umrah.
"Berita dan maklumat yang selama ini beredar di sosial media salah dan
menyesatkan," seperti yang dilaporkan oleh portal TV orient-news.net
dari Hasan Al-Ghamidi yang juga seorang juruterbang dan pemerhati urusan
penerbangan awam pada hari Jumaat (13/01).
Hasan
Al Ghamidi juga menjelaskan bahawa tidak ada ruangan hampa di atas
kiblat umat Islam ataupun magnet yang terpancar di atas Kaabah. Namun kerana kedudukan Kota Makkah berada di kawasan pergunungan,
apabila ada kapal yang melintas maka suara pesawat akan memantul dan
menimbulkan kesan buruk bagi para jemaah haji dan umrah.
Selain
itu bisa jadi di dalam pesawat terdapat orang non muslim sehingga
terlarang memasuki Masjidil Haram dan Nabawi, sebagaimana yang difirman
Allah dalam Al-Quran. Wallahu A'lam
Sumber :
0 ulasan:
Catat Ulasan