Kala itu Jibril datang kepada Rasulullah pada waktu yang tak biasa. Namun, Jibril kelihatan berbeza. Raut wajah yang tak biasa.
Maka Rasulullah SAW bertanya:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka (wajah)?" Jawabnya:
"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan
siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya ".
Lalu Rasullulah Saw bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam".
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun
sehingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam, lalu menjadi hitam
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar semua penduduk dunia kerana panasnya. Demi Allah, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara
langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan
basinya.
Demi Allah, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam
Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke 7.
Demi
Allah, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas
bercampur nanah, dan pakaiannya adalah potongan-potongan api.
Api neraka itu ada 7 pintu, jarak antar pintu sejauh 70 tahun, dan tiap pintu panasnya 70 kali dari pintu yg lain ".
Dikatakan dalam hadis Qudsi:
"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat
bertahan dengan panasnya terik matahariku. Tahukah kamu bahawa neraka
jahanamKu itu: mempunyai 7 tingkat.
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zaqqum.
Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70,000 ekor ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. Dan di bawah setiap pokok zaqqum terdapat 70.000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat ".
"Api
yang ada sekarang ini, yang digunakan bani Adam untuk membakar hanyalah
1/70 dari api neraka jahannam" (HR. Bukhari-Muslim). "Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya". (QS. Al-Furqan: 11).
"Apabila
mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yang
mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu
terpecah lantaran marah". (QS. Al-Mulk: 7).
Air
di jahannam adalah hamim (air panas yang menggelegak), anginnya adalah
samum (angin yang amat panas), sedang naungannya adalah yahmum (naungan
berupa potongan-potongan asap hitam yang sangat panas) (QS. Al-Waqi'ah:
41-44 ).
Rasulullah SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu per satu mengenai pintu-pintu neraka tersebut.
"Pintu
pertama dinamakan Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), yang diperuntukkan
bagi kaum munafik dan kafir. Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yang
diperuntukkan bagi kaum musyrikin; Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yang
diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api; Pintu ke 4 dinamakan
Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya; Pintu ke 5
dinamakan Huthomah (artinya: menghancurkan hingga berkeping-keping),
diperuntukkan bagi kaum Yahudi; Pintu ke 6 dinamakan Sa'ir (arti
harfiahnya: api yang menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir.
Rasulullah bertanya: "Bagaimana dengan pintu ke 7?"
Sejenak malaikat Jibril seperti teragak-agak untuk menyampaikan siapa yang akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah Saw mendesaknya sehingga akhirnya malaikat
Jibril berkata, "Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yang berdosa besar
dan meninggal dunia sebelum mereka mengucapkan kata taubat
Mendengar
penjelasan yang mengejutkan itu, Rasulullah Saw pun terus pengsan,
Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah saw di pangkuannya sehingga
sedar kembali dan sesudah sadar beliau bersabda: "Ya Jibril, sungguh
besar kerisauan dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang
akan masuk ke dalam neraka? " Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu."
Nabi Muhammad SAW lalu menangis, Jibril pun ikut menangis. Kemudian Nabi terus masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat. Selepas kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama
beberapa hari, dan ketika sholat Beliau pun menangis dengan tangisan
yang sangat memilukan.
Semoga bermanfaat. Barakallohu fikum.Rahmat Imanudin
Sila KLIK & SHARE jika dirasa bermanfaat .....
Sumber :
0 ulasan:
Catat Ulasan