Menyajikan Kupasan Berita Menafaat Untuk Anda Semua.

Sabtu, 29 Oktober 2016

Masuk Syurga Adalah Dengan Rahmat ALLAH...


Assalamualaikum warahmatullah...

1. Alhamdulillah.. Apa khabar kalian semua? Sihatkah?=) Pada hari ini, saya teringin nak berkongsi satu tajuk/ilmu berkenaan "Masuk Syurga Adalah Dengan Rahmat ALLAH.."

2. Saudaraku sekalian, masuk syurga sebenarnya adalah dengan rahmat ALLAH.. Sesungguhnya seorang manusia dapat masuk syurga iaitu semata-mata dengan rahmat ALLAH.. Kita esok nak masuk syurga, kerana rahmat ALLAH kepada kita, kerana kasihan ALLAH kepada kita.. Bukan kerana amalan kita.. Manusia esok kalau nak masuk syurga, bukan kerana amalan dia, bukan kerana dia rajin sembahyang sunat, bukan kerana dia rajin puasa sunat, bukan kerana dia rajin pergi umrah, bukan kerana dia pergi menunaikan haji sebanyak 3 kali, bukan kerana dia banyak sedekah, tetapi dia dapat masuk syurga kerana rahmat ALLAH.. Kerana ALLAH kasihan kepada kita.. ALLAH nak kasihan kepada kita, ALLAH akan tengok amalan yang kita buat.. Perlu diingat saudaraku sekalian, amalan yang kita buat, TIDAK semestinya membolehkan kita masuk ke dalam syurga ALLAH..

3. Maka tidaklah boleh kita kata, boleh dapat masuk syurga semata-mata dengan amal ibadah apabila berbuat amal ibadah.. Tidak boleh.. Sebagai contoh, "macam mana ni, aku dulu sembahyang tak tinggai, macam mana aku tak masuk syurga?" Tidak boleh kata macam itu, sebab, masuk syurga bukan kerana sembahyang itu, tetapi kerana, rahmat daripada ALLAH.. Maka i'tikad (keyakinan & kepercayaan) yang demikian itu adalah i'tikad yang tidak sebenarnya.. Siapa yang kata dia buat amal dia boleh masuk syurga, itu i'tikad yang tidak betul.. Dia masuk syurga, kerana rahmat ALLAH, kerana ALLAH kasihan kepada kita..

4. Kerana adalah kita manusia, hamba ALLAH.. Takkanlah hambanya, maka tetaplah duduk di bawah naungan limpah rahmat-Nya.. Kita sebagai hamba, mengharapkan belas kasihan tuan.. Sebagai hamba, kita harap ALLAH kasihan kepada kita.. Itu sahaja.. Dan sekiranya seseorang yang mengerjakan apa yang disuruhnya itu, maka dimasukkan ia kedalam neraka, maka tidak boleh seseorang itu berkata, MENGAPA? Kalau seseorang itu sembahyang, tiba-tiba dia masuk neraka, dia tidak boleh kata pada ALLAH, "Pasai apa saya masuk neraka sedangkan saya sembahyang?" Saudaraku sekalian perlu ingat, dalam Al-Quran ALLAH Taala ada berfirman :



Maka Wail lah (balasannya) bagi orang yang sembahyang
Surah Al-Maun : Ayat ke 4

5. Orang yang sembahyang yang macam mana? Ayat yang seterusnya ada menceritakan sebab-sebab kenapa orang-orang yang sembahyang, tiba-tiba ALLAH Taala letakkan dia kedalam neraka.. Maknanya, ada orang yang sembahyang, tapi kena masuk neraka.. Kerana sembahyang yang dia buat itu tidak menepati sembahyang yang dikehendaki oleh ALLAH.. Maknanya, amal ibadah yang kita buat, belum menjamin tempat kita dalam syurga.. Amal ibadah yang kita buat ini hanya dijadikan sebab musabab untuk ALLAH memberi rahmat kepada kita.. Rahmat ALLAH menempatkan kita kedalam syurga ALLAH.. Kerana hambanya, dan miliknya, maka ikut suka tuannya.. Oleh kerana kita hamba ALLAH, ikut suka ALLAH dia nak buat apa kepada kita, kita tidak boleh pertikai tindakan ALLAH..

6. ALLAH dah berjanji, siapa yang berbuat baik, maka dia akan balas baik.. Dan ALLAH TIDAK mungkir janji.. Mana-mana orang yang berbuat baik, ALLAH akan bagi balasan baik kepada kita.. Maka itu janji ALLAH Taala kepada semua hamba-Nya..

7. Mudah-mudahan apa yang saya tuliskan ini bermanfaat.. Sekian sahaja dahulu.. Jumpa lagi di penulisan akan datang.. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca..

Wallahua'lam..
Share:

Jumaat, 28 Oktober 2016

SubhanAllah !!! Bayi Kembar Berpegangan Tangan Ketika Dilahirkan (3 Gambar).


Seorang wanita dari Ohio, Amerika melahirkan bayi perempuan kembar pada hari Jumaat. Namun apa yang menarik ialah ketika dilahirkan, kedua-dua bayi tersebut berpegang tangan antara satu sama lain.

Ini merupakan satu peristiwa yang amat jarang berlaku dimana bayi tersebut turut berkongsi kantung amnion dan plasenta yang sama. Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik atau ” mono mono ” dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan Ibu kepada bayi yang diberi nama Jenna dan Jillian, Sarah Thistlethwaite berkata kelahiran ini amat istimewa kerana mereka dilahrikan pada Hari Ibu.

“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, ” katanya.

“Mereka sudah menjadi sahabat,” Sarah memberitahu kepada media. “Saya tidak boleh percaya mereka memegang tangan. Itulah yang menakjubkan




Wallahu Aklam..kebesaran Allah SWT.
Share:

Info Menafaat : MESTI BACA !! ANDA Kerap Kena TINDIH WAKTU TIDUR Apa Yang Anda Perlu Buat ? Inilah Caranya.


KENA TINDIH WAKTU TIDUR apa yang anda perlu buat ?
Bila rasa ditindih, tenangkan fikiran, jangan panic ,setkan dalam kepala anggap biasa-biasa aje. insyaAllah disini ada beberapa tips untuk anda
.
1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati Allah sebanyak2nya, kemudian hembuskan perlahan2. Ulang beberapa kali.
2. Azan sekuat-kuatnya dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan dimulut.
3. Membaca ayat kursi atau apa-apa surah yang terlintas dikepala. Baca didalam hati.
4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan2 sehingga anda mampu menggerakkan keseluruhannya.
5. ubah posisi tidur.

Cara mengelakkan ditindih.
.
1. Kibas tilam sebelum tidur
2. Menjaga kebersihan bilik / tempat tidur
3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur,
(berwuduk, zikir, mengaji sebelum tidur)
4. membaca 3 qul tiup ditangan dan sapu keseluruh tubuh
5. membaca ayat kursi sebelum tidur
6. Istighfar
7. Bismillah 21 kali
8. tidur dilambung kanan
.
InsyaAllah ikhtiar
Share:

Selasa, 18 Oktober 2016

KISAH MENYENTUH HATI !!! JANGAN PERNAH TABUR BUNGA DI ATAS MAKAM AYAHMU NAK...BERIKUT INI CERITANYA DAN SEBABNYA..!


"ANAKKU, sebelum jenazah ayahmu dikebumikan izinkan ibu menyampaikan wasiat beliau," ujar seorang perempuan sambil memegang jasad suaminya yang telah terbalut kafan."Wasiat apakah itu, Bu. Jika memang boleh ditunda, baiknya menunggu sesudah jenazah ayah dikebumikan saja. "

"Tidak boleh. Wasiat ini mesti disampaikan sekarang. Almarhum bapa berwasiat agar jangan ada yang menaburkan bunga di atas kuburnya. "


Sang anak terkejut. Bukankah menaburkan bunga di atas makam merupakan aktiviti yang lazim dilakukan?"Maaf, Ibu. Benarkah almarhum ayah berwasiat demikian?

 
Bukankah dalam sebuah Hadis Riwayat Muslim diriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda, 'Saya melewati dua buah kubur yang penghuninya tengah diadzab. Saya berharap adzab keduanya dapat diringankan dengan syafa'atku selama kedua belahan pelepah tersebut masih basah '.

 
Jika demikian, pemberian benda termasuk bunga selama keadaan masih basah bertujuan untuk meringankan azab seseorang yang telah meninggal dunia? "Ujar sang anak menyanggah pendapat ibunya.


"Dalam Qur'an Surah Al-Isra: 44, Allah berfirman, 'Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada-Nya. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. 


Sesungguhnya Dia lagi Maha Pengampun. 'Sehingga, tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pelepah kurma atau bunga akan berhenti bertasbih jika dalam keadaan kering. ""Jika demikian, mengapa Nabi Muhammad melakukan perkara tersebut?""Anakku, perbuatan Nabi SAW tersebut bersifat kasuistik (waqi'ah al-'ain) dan termasuk kekhususan beliau sehingga tidak boleh dianalogikan atau ditiru.

Hal ini kerana beliau tidak melakukan hal yang sama pada kubur-kubur yang lain. Begitu pula para sahabat tidak pernah melakukannya.


Sehingga keringanan azab kubur yang dialami kedua penghuni kubur tersebut adalah disebabkan doa dan syafaat Nabi SAW kepada mereka,bukan pelepah kurma tersebut. "


Keadaan hening. Sang anak mula mencerna, apakah perkataan ibunya memang benar. Lalu jika benar, mengapa tabur bunga begitu banyak dilakukan? Tiba-tiba, Ibunya kembali menyambung perbualannya.


"Anakku, ketahuilah ada seorang ulama hadis Mesir, Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah mengatakan, 'Perbuatan ini (tabur bunga) digalakkan oleh kebanyakan orang, padahal hal tersebut tidak mempunyai sandaran dalam agama. Hal ini dilatarbelakangi oleh sikap berlebih-lebihan dan sikap mengekor kaum Nasrani. "


Ibunya kembali berkata, "Apa yang terjadi, khususnya di negeri Mesir merupakan contoh dari hal ini. Orang Mesir pun melakukan tradisi tebar bunga di atas pusara atau saling menghadiahkan bunga sesama mereka. Orang-orang meletakkan bunga di atas pusara kerabat atau rakan sekerja mereka sebagai bentuk penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia, '(Ta'liq Ahmad Syakir terhadap Sunan At Tirmidzi 1/103, dinukil dari Ahkaamul Janaaizhal. 254). Dari itulah, mengapa almarhum ayahmu berkeras agar makamnya tidak ditaburi bunga. "


"Baiklah, Bu. Jika memang demikian baiknya wasiat ayah dilaksanakan. Semoga saja, apa yang menjadi wasiat ayah bernilai kebaikan. Aamiin. ""Satu perkara lagi yang perlu dirimu tahu, bahawa Nabi Muhammad SAW tentu diberi mukjizat oleh Allah atas kemampuannya melihat azab kubur. Sehingga secara khusus melakukan demikian. Sedangkan apabila kita yang melakukan dikhuatiri mengandungi sindiran dan celaan kepada penghuni kubur. "


Ibunya menegaskan, "Jika menabur bunga dijadikan alasan untuk meringankan azab, hal tersebut merupakan salah satu bentuk berburuk sangka (su'uzhan) kepada penghuni kubur, kerana menganggapnya sebagai pelaku m @ ks! At yang tengah diazab oleh Allah di dalam kuburnya sebagai balasan atas perbuatannya di dunia. Padahal, kita tidak mengetahui apakah penghuni kubur tersebut diazab atau tidak. Pengetahuan kita terhadap alam ghaib tidak boleh disejajarkan dengan Nabi Muhammad.
Share:

SubhanAllah !!! Inilah Gunung Yang Akan Kita Lihat Di Alam Akhirat,Iaitu Gunung Uhud.


Tahukah anda bahawa ternyata ada gunung di dunia yang nantinya boleh ditemui di syurga? Dari sekian banyak gunung yang ada di bumi, gunung yang satu ini memang sangat istimewa.

Salah satu makhluk Allah tersebut menjadi saksi bisu terjadinya perang hebat yang pernah dilalui kaum muslimin. Di dalamnya terdapat gua yang menjadi tempat persembunyian Rasulullah SAW dan tiga rakannya saat dicari oleh pihak lawan.


Gunung ini menjadi salah satu gunung yang dicintai oleh Rasulullah. Bagi yang sudah melihatnya di dunia, mungkin saja boleh kembali melihatnya di syurga. Gunung apakah yang dimaksudkan? Berikut ringkasannya.


Gunung bumi yang juga akan ditemui di syurga adalah gunung Uhud. Gunung yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Kota Madinah ini mempunyai ketinggian sekitar 1.077 meter dengan panjang bukit hingga 6 kilometer. Umat ​​Islam yang melaksanakan Haji dan Umrah dapat menyempatkan diri untuk datang ke gunung ini. Rasulullah SAW bersabda:"Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga." (H.R. Bukhari)


Rasulullah SAW juga menyatakan kecintaan terhadap gunung ini dalam sebuah hadistnya. Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya." 


(HR Bukhari dan Muslim).Gunung Uhud berwarna coklat tua di mana gunung ini berdiri sendiri dan tidak bersambungan dengan gunung lain seperti gunung pada umumnya. Sehingga jika ada gunung di sekitarnya mengalami gangguan, maka tidak akan berpengaruh terhadap gunung Uhud. Itulah sebabnya 

masyarakat Madinah yang menyifatkan Uhud dengan sebutan Jabal Uhud yang bermaksud "gunung menyendiri '.Gunung Uhud atau Jabal Uhud mempunyai nilai sejarah yang sangat besar bagi umat Islam. Gunung ini menjadi saksi bisu perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dalam pertempuran Uhud melawan kafir Quraisy.

Perang Uhud terjadi pada 23 Mac 625 Masehi atau pada 15 Syawal 3 H. Perang ini adalah pertempuran spiritual dan politik yang sebenarnya. Di lembah bukit ini kaum muslimin sebanyak 700 orang melawan kaum musyrikin Makkah sebanyak 3000 orang.Pada perang ini, pasukan diberi pilihan antara kesetiaan pada agama dan kecintaan harta dunia. Jika melihat keadaan gunung tersebut, tidak dapat dibayangkan bagaimana sukarnya pertempuran yang terjadi.


Perang Uhud meninggalkan kisah pilu. Di mana beratus-ratus sahabat Nabi banyak gugur. Bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Hamzah bin Abdul Mutalib juga meninggal dunia dalam peperangan tersebut.


Para syuhada kemudian dimakankan di Bukit ini. Nabi berkata, meski pasukan Rasul banyak yang gugur, namun jasad mereka akan tetap mendapat perlindungan dari Allah."Mereka yang dimakamkan di Uhud tak memperoleh tempat lain kecuali ruhnya berada di dalam burung hijau yang melintasi sungai syurga. Burung itu memakan makanan dari taman syurga, dan tak pernah kehabisan makanan. Pada syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan keadaan kami kepada saudara kami bahawa kami sudah berada di syurga. "


Allah SWT kemudian menurunkan ayat yang bermaksud: Dan janganlah mengira bahawa orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati (QS 3: 169).


Benar saja, setelah 40 perang berlalu, terjadi banjir besar yang membuat makam dua syuhada yakni Hamzah dan Abdullah bin Jahsyin porak-peranda kerana banjir ini. Namun ternyata, jasad keduanya masih utuh dan kelihatan seperti baru meninggal dunia. Mereka kemudian dikuburkan di tempat lain tetapi masih dalam kawasan Uhud.


Pada masa ini, Gunung Uhud banyak dikunjungi oleh para jemaah yang sedang Umrah atau haji.
Share:

Hutang, Pinjam, Hadiah & Hantaran Bersulam Dosa Riba


Riba al-Qardh adalah sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok yang mana ianya disyaratkan di awal kontrak pinjaman (loan contract) yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam. Riba jenis ini boleh dikira sebagai yang paling popular berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini.

Riba jenis ini bergantung kukuh kepada hadis berikut :

كُلّ قَرْضٍ جَرَّ نَفْعاً فَهُوَ الرِّباَ

Ertinya: "Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba." [1]

Walaupun terdapat pertikaian berkenaan tahap ketulenan hadis ini, kandungan hadis terbabit telah menjadi satu kesepakatan atau ijma di kalangan para ulama. Hadis itu mungkin boleh disalah fahami ertinya jika hanya dilihat kepada teksnya, ini kerana jika setiap pinjaman yang membawa manfaat itu riba, maka semua jenis pemberian pinjam adalah haram dan riba, kerana setiap pinjaman walaupun tanpa faedah atau tambah, akan memberikan manfaat buat peminjam, ia juga memberikan manfaat kepada pemberi pinjam dari sudut pahala dan kebaikan akhirat. Namun itu bukanlah kefahaman yang tepat, kerana berdasarkan pelbagai nas dan athar sahabat yang lain[2], manfaat yang dimaksudkan :-
Terhad kepada manfaat material dan bukan spiritual seperti pahala
Ia akan manfaat yang diperolehi oleh pemberi pinjam dan bukan peminjam. Justeru jika pemberi pinjam menerima pujian dan terima kasih atas kebaikannya, ia tidak termasuk di dalam manfaat yang haram.
Ia juga merujuk kepada sesuatu manfaat material yang disyaratkan. Justeru, manfaat yang tidak disyaratkan adalah terkeluar daripada konteks hadis. As-Syawkani berkata :

إِذَا كَانَتْ الزِّياَدَةُ مَشْرُوطَةً فِي العَقْدِ فَتُحْرَمُ اِتِّفَاقًا

Ertinya : Apabila pertambahan itu disyaratkan di dalam kontrak, maka diharakmkan secara sepakat [3]

Itulah tiga panduan asas di dalam memahami hadis berkaitan riba yang berlaku di dalam aktiviti pinjaman dan hutang. Sebagai penjelasan tambahan, Ibn Qudamah berkata:

كُلّ قَرْضٍ شَرَطَ فِيْهِ أَنْ يَزِيدَهُ فَهُوَ حَرَامٌ بِغَيْرِ خِلاَف

Ertinya: "Setiap pinjaman yang disyaratkan padanya memberi tambahan, maka ia adalah haram tanpa sebarang pertikaian." [4]

Ibn Munzir pula berkata :

أَجْمَعُوا عَلىَ أنّ المُسْلِفَ إِذَا شَرَطَ عَلىَ المُسْتَسْلِفِ زِياَدَةً أوْ هَدِيَةً , فَأسْلَفَ عَلىَ ذَلِك, أنّ أَخْذَ الزِّياَدَةِ عَلىَ ذَلِكَ رِباَ

Maksudnya : Telah ijma bahawa apabila pemberi pinjam meletakkan syarat ke atas peminjam sebarang tambahan atau hadiah, maka pinjaman diberikan, sebarang tambahan yang diambil adalah riba. [5]

Al-Bukhari pernah mencatatkan bahawa Nabi s.a.w berkata :

إذَا أقْرضَ فَلاَ يَأخُذُ هَدِيةً

Maksudnya : Apa memberi pinjam, janganlah kamu mengambil sebarang hadiah.

(Riwayat Al-Bukhari dalam At-Tarikh)

Justeru itu, tiada sebarang keuntungan boleh diraih oleh pemberi peminjam melalui aktiviti pinjaman ini. Ini kerana pinjaman adalah satu proses yang dibuat secara sukarela atas dasar bantu-membantu. Ia disebut dalam Islam sebagai Qardh al-Hasan (pinjaman tanpa sebarang faedah riba dikenakan kepada si peminjam).

BEBERAPA JENIS RIBA QARD YANG POPULAR

Beberapa jenis riba Al-Qardh yang popular boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk, iaitu:-

1) Duit berbalas duit yang lebih banyak
Contoh : Ali meminjamkan Ahmad wang sebanyak RM2000, dengan syarat membayar kembali dengan nilai yang lebih besar seperti RM2500 dalam masa tiga bulan.

Sebarang pinjaman yang mensyaratkan pertambahan nilai semasa pemulangannya akibat jangka tempoh waktu adalah riba al-Qardh. Ini adalah dari jenis time value of money[6] yang diharamkan di dalam Islam.

Bagaimanapun, sekiranya Ahmad memulangkan wang dengan nilai tambah tanpa sebrang paksaan atau syarat oleh Ali, di ketika pinjaman dibuat atau sepanjang tempoh pinjaman, ia adalah halal lagi terpuji di sisi Islam. Hal ini pernah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w apabila baginda membelikan unta yang lebih baik dari apa yang dipinjam dan digunakan oleh Nabi, tatkala itu Nabi meminta sahabat pergi membelikan seekor unta yang lebih baik, lalu berkata:-

فَإِنّ خَيْرُكُمْ أَحْسَنُكُم قَضَاءً

Maksudnya : "Sebaik-sebaik antara kamu (peminjam) adalah memulangkannya dalam bentuk yang terbaik" (Riwayat Al-Bukhari)

Namun begitu, hukum haram masih berlaku jika peminjam, iaitu Ahmad walau dengan sukarela menawarkan pembayaran semula (repayment) dengan nilai tambah. Islam tidak menerima campur tangan redha manusia dalam hukum yang berkaitan dengan hak Allah swt. Hukuman riba tergolong dalam kategori hak Allah swt. Justeru walau ditawar oleh peminjam dengan keredhaannya, hukum haram adalah tetap serupa, sama ada nilai tambah disyaratkan oleh pemberi pinjam atau peminjam, kedua-duanya adalah riba yang diharamkan.

2) Duit berbalas duit beserta sesuatu manfaat
Contoh Pertama : Kamil memberi pinjam sebanyak RM1000 kepada Hasan untuk tempoh lima bulan, sebagai balasan Kamil mensyaratkan Hasan untuk membantunya menyiapkan kerja universitinya.

Contoh Kedua : Husin memberi pinjaman sebanyak RM5000 kepada Karim dan disyaratkan ke atas Karim untuk membeli komputer yang sedang dijual oleh Husin atau menyewa sebuah bilik di rumah sewanya.

Dalam contoh pertama di atas, bantuan menyiapkan kerja universiti itu dikira riba kerana tergolong di dalam manfaat lebih yang diraih hasil pemberian pinjaman. Ia diharamkan oleh Islam kerana ia jelas satu tindakan menindas yang mengambil kesempatan di atas bantuan pinjaman yang diberi walaupun tiada sebarang jumlah tambahan dalam bentuk wang tunai dikenakan sebagai bayaran semula.

Manakala dalam contoh kedua, ia tergolong dalam mensyaratkan sesuatu bentuk manfaat, Cuma manfaat kali ini lebih berselindung kerana menggunakan satu kontrak lain, sama ada jual beli atau sewa. Kedua-dua contoh ini hukumnya adalah haram berlandaskan nas berikut (selain nas umum yang dinyatakan sebelum ini):

لاَ يَحِل بَيْعٌ وَسَلَفٌ

Maksudnya: Tidak halal jualan beserta pinjaman bertangguh.

( Riwayat At-Tirmizi) [7]

Al-Baghawi menyatakan erti (سلف ) dalam hadis ini adalah Qardh iaitu pinjam. Imam Ahmad semasa ditanya berkenaan erti hadis ini menerangkan ia membawa maksud, seseorang mmebri pinjam kemudian menjual sesuatu kepadapeminjam dan mengambil keuntungan darinya. [8]

Jelas, tindakan mensyaratkan jual beli, sewa atau apa-apa manfaat lain adalah tergolong dalam riba melalui helah-helah tertentu, namun hukumnya tetap sama, iaitu haram.

3) Manfaat berbalas manfaat yang lebih
Contoh : Hasan memberi pinjam keretanya kepada Yusuf dengan syarat Yusuf perlu memulangkan kereta itu dengan tangki minyak penuh, padahal semasa pinjaman dilakukan, ia tidak penuh.

Dalam contoh di atas, Riba berlaku juga kerana ia tergolong di dalam hadis pinjaman beserta pulangan lebih yang disyaratkan. Ia juga tergolong di dalam ijma' yang disebutkan oleh Ibn Qudamah. Ini kerana manfaat kegunaan kereta dibalas dengan satu manfaat lain yang berbeza dan melebihi manfaat pinjaman.

Sekiranya, dalam kes ini, pemberi pinjam ingin memperolehi sesuatu keuntungan seperti yang disebut di atas, pemberi pinjam tidak boleh menggunakan kontrak ‘pinjam' semasa memberi keretanya, sebaliknya ia mesti menggunakan kontrak ‘sewa' dengan nilai sewa, setangki penuh minyak. Melalui cara itu, transaksi dan keuntungan yang diperolehi adalah halal.

Mungkin ada yang keliru disebabkan hasil dan akibat (end result) bagi kedua-dua transaksi kelihatan sama, walaupun demikian ia berbeza di sisi Allah swt, kerana pemberian pinjaman wang atau manfaat aset yang tidak dikenakan sebarang upah dan tidak diambil peluang meraih sesuatu manfaat bersifat material akan melayakkan pemberi pinjam untuk menerima gandaan pahala sebanyak 18 kali ganda bergantung kepada tahap keikhlasannya. Sejurus kontrak ditukar kepada ‘sewa' ganjaran sedemikian tidak lagi diperoleh oleh pemilik, sebagai gantinya pemilik meneirma habuan di dunia berbanding habuan akhirat.

Nabi Muhammad s.a.w berkata:

رأيت لَيْلَةَ أسرى بِي على بَابِ الْجَنَّةِ مَكْتُوبًا الصَّدَقَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا وَالْقَرْضُ بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ فقلت يا جِبْرِيلُ ما بَالُ الْقَرْضِ أَفْضَلُ من الصَّدَقَةِ قال لِأَنَّ السَّائِلَ يَسْأَلُ وَعِنْدَهُ وَالْمُسْتَقْرِضُ لَا يَسْتَقْرِضُ إلا من حَاجَةٍ

Maksudnya: "Pada malam aku pergi ke syurga (semasa Israk Mi'raj), aku melihat tertulis di dalam pintu Syurga, "Setiap sumbangan sedeqah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali" lalu aku (Nabi ) bertanya : wahai Jibrail, mengapakah pemberian pinjam lebih mulai daripada sedeqah? Jawab Jibrail : Kerana yang meminta di waktu meminta itu, sedang ia masih memiliki ( mampu), sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjam kecuali benar-benar di kala keperluan."

(Riwayat oleh Ibn Majah)[9]

Inilah juga yang disebutkan oleh Al-Jassas di dalam kitab beliau Ahkam al-Quran :

سَمّاهُ اللهُ قَرْضاً تَأكِيْداً ِلاسْتِحْقَاقِ الثَّوَابِ بِهِ؛ إِذْ لاَ يَكُونَ قَرْضاً إِلاّ وَالعِوَضُ مُسْتَحَقٌّ بِه

Ertinya : "Allah menamakannya sebagai qard (pinjam) sebagai penguat kepada perolehan pahala kebaikannya, kerana jika ia bukan qard, maka pemberi pinjam layak mendapat ganjaran (material) darinya" [10]

4) Hadiah duit berbalas hadiah duit yang lebih banyak.
Contoh : Kamil menghadiahkan wang berjumlah RM100 kepada Hasan hari ini dengan syarat Hasan akan menghadiahkan Kamil wang sebanyak RM120 bulan hadapan.

Ia juga termasuk di dalam kategori riba al-Qardh dan tergolong di dalam kategori pemberian pinjam walau menggunakan lafaz hadiah. Penggunaan helah menukar lafaz dan nama tidak mampu mengubah substance atau rangka asas kontrak yang merupakan pinjaman beserta faedah.

5) Hadiah bersyarat hadiah.
Contoh : Pengantin lelaki dan wanita bersetuju bahawa pihak lelaki akan hadir dengan 7 buah dulang hantaran bernilai RM10,000 manakala, pihak wanita bersteuju dengan balasan 9 buah dulang bernilai RM13,000.

Dalam konteks ini, masih berlaku syubhat riba al-Qardh jika sekiranya kedua-dua pihak bersetuju atas nilai harga tertentu iaitu RM 10,000 berbalas RM13,000. Namun jika kedua-dua pihak tidak berpakat berkaitan harga, dan hanya menentukan jumlah dulang hantaran semata-mata, ia adalah harus. Apa yang menjadikannya haram adalah persetujuan wang berbalas wang yang lebih banyak.

Semoga kita semua dapat belajar, memahami dan menjauhi diri dari terjebak dalam dosa riba yang amat dikeji oleh Allah swt.
Share:

Baca Dan Fahami : kEutaMaAn aZaN & mUaZiN


Pemimpin di hari Kiamat
Muazin akan menjadi pemimpin di hari Kiamat sebagaimana Muawiyah bin Abu Sufyan r.a menceritakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya;

” Muazin adalah orang yang paling panjang leher pada hari kiamat.”

Menurut Ibn Majah, ‘panjang leher’ adalah personafikasi yang digunakan orang Arab bagi merujuk kepada ketua atau pemimpin.

Mengusir syaitan

Azan boleh digunakan untuk mengusir syaitan berdasarkan hadis Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, yang bermaksud;

” Apabila diseru untuk bersolat (azan) syaitan akan berundur ke belakang sambil kentut. Apabila sudah selesai iqamat, dia datang semula menggangu (membisikkan) bisikan dan pelbagai lintasan dalam hati dan pemikiran seseorang sehingga dia tidak tahu berapa rakaat solatnya. Sesiapa yang terjadi demikian ( tidak tahu bilangan solat) hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi).” – Riwayat al-Nasa’i -

Keampunan Sejauh suara
Muazin akan diberikan keampunan sejauh mana suara azannya sampai dan diberikan pahala orang yang bersolat kerana mendengar seruan azannya itu. Ini berdasarkan kepada hadis al-Bara’ bin ‘Azib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya;

” Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas saf yang hadapan dan muazin diampunkan dosanya sejauh suaranya dan siapa yang mendengar ( suara azannya ) akan membenarkannya sama ada yang hidup ataupun yang mati. Di samping itu, disediakan baginya pahala orang yang bersolat bersama dengannya.” - Riwayat al-Nasa’i dan Ahmad -

* Menurut riwayat di atas, yang dimaksudkan dengan pahala orang yang bersolatbersama dengannya ini tidak hanya tertakluk kepada mereka yang bersolat bersama dengannya di satu tempat dan dalam satu jemaah, tetapi juga sesiapa sahaja yang bersolat setelah mendengar seruan azannya.

Dimasukkan ke dalam syurga
Muazin diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga. Mengikut hadis ‘uqbah bin Amir r.a. yang mendengar Rasulullah s.a.w bersabda;

” Allah redha dengan penggembala kambing di puncak bukit yang melaungkan azan untuk bersolat dan kemudian menunaikan solat. Allah berfirman ‘ Lihatlah kepada Hamba-Ku ini yang melaungkan azan dan menunaikan solat dalam keadaan takut kepada-Ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-Ku ini dan memasukkannya ke dalam syuga.” – Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i -

Mendapat saksi amal soleh
Sesiapa sahaja yang mendengar azan yang dilaungkan oleh Muazin, dia akan menjadi saksi tentang amal solehnya itu diakhirat kelak. Abu Said al-Khudri pernah berkata kepada Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Sya’sya’ah al-Ansari, katanya;

” Saya melihat engkau sangat menyukaikambing dan kampung halamanmu. Sekiranya engkau bersama kambing-kambingmu atau berada di kampung halamanmu lalu engkau melaungkan azan untuk solat, maka kuatkanlah suaramu. Kerana sesiapa sahaja yang mendengar suara (azan) mu sama ada manusia atau jin atau apa sahaja, mereka akan menjadi saksimu di akhirat kelak.” Menurut Abu Said al-Khudri, ” saya telah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.” - Riwayat al-Bukhari dalam bab Azan -
Share:

SubhanAllah !!! Kisah Teladan Yang Perlu Kita Contohi, Imam MaLik yaNg mEnCinTai iLmU.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi maha Mengasihani,

Malik bin Anas bin Malik bin Abu Amir bin Amar bin Harits, dilahirkan di Madinah pada 93 Hijrah. Moyangnya Abu Amir berasal dari Yaman yang berhijrah ke Madinah untuk berguru dengan Rasulullah s.a.w dan menjadi antara sahabat baginda yang setia. Ibunya pula Aliyah Syuraik dan ada riwayat menyatakan ibunya mengandungkan dia selama dua tahun sebelum melahirkannya di Kampung Zuwarmah di utara Madinah. Malik dilahirkan pada zaman pemerintahan khalifah Umaiyyah keenam, Khalifah Al-Walid Abdul Malik Madinah yang terkenal sebagai pusat ilmu telah memupuk cintanya terhadap ilmu al-Quran dan hadis.

Dia akan membuat satu simpulan tali setiap kali belajar sesebuah hadis untuk mengingatkannya jumlah hadis yang dipelajarinya. Punya daya ingatan yang sangat kuat, dan pernah suatu ketika gurunya, Ibnu Syihab menyampaikan 30 hadis, dia hanya mendapat 29 hadis saja; dia sanggup bertemu gurunya semula memintanya mengulang semula satu hadis yang tertinggal itu.Zaman remajanya, Malik pelajar yang sangat miskin sehingga terpaksa menjual kayu dari bumbung rumahnya yang runtuh untuk mendapatkan wang. Dalam usia 17 tahun, dia sudah mendalami pelbagai ilmu agama. Dia juga masih sangat rajin belajar walaupun selepas berumah tangga dan dikatakan mempunyai 900 orang guru yang separuh daripadanya adalah ulama tabien.

Malik sangat mencintai ilmu hadis dan dikatakan, jika dia dipanggil untuk bercakap mengenai fikah, dia terus keluar dengan pakaian yang melekat di tubuhnya. Tetapi jika dia dipanggil untuk bercakap mengenai hadis, dia akan mandi, berpakaian kemas serta memakai harum-haruman sebelum keluar. Dia juga melarang orang bercakap nyaring dalam majlis hadis sebagai menghormati Rasulullah kerana hadis datangnya daripada Rasulullah. Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul hadis yang diterima daripada gurunya. Sebanyak 100,000 hadis dihafalnya, tetapi selepas disaring, hanya 10,000 diakui sah, yang kemudian dipadankan dengan firman Allah. Akhirnya, hanya 5,000 yang diterima sebagai benar-benar sabda Rasulullah. Hadis ini dihimpun dalam kitab pertamanya, al-Muwatta’.Ada riwayat menyatakan, khalifah kedua Bani Umaiyah, Abu Jaafar al-Mansur di Baghdad menggesa Malik supaya menulis ilmunya untuk dijadikan rujukan.

Selepas mengumpul hadis itu, dia bingung memikirkan judul sesuai untuk kitabnya sehingga bermimpi dikunjungi Rasulullah yang bersabda kepadanya, “sebarkan kitab ini kepada manusia.” Akhirnya dia memutuskan untuk menamakan kitab sulungnya itu al-Muwatta’ bermaksud Yang Disepakati atau Tunjang atau Panduan. Kerana lamanya masa yang diambil untuk menyusun kitab ini, khalifah meninggal sebelum sempat menatapnya. Pada zaman pemerintahan Harun al-Rashid, al-Muwatta’ begitu dihormati sehingga khalifah mencadangkan kitab itu digantung di Kaabah sebagai lambang perpaduan ulama dalam hal agama tetapi dibantah Malik. Khalifah pernah mengutus Syeikh al-Barmaki untuk menjemput Malik mengajar di istananya. Sebaliknya Malik menjawab, “ilmu pengetahuan harus didatangi dan tidak disuruh mendatangi.” Utusan itu pulang ke Iraq dan menyampaikan pesan berkenaan. Khalifah menghantar dua anak lelakinya ke majlis ilmu Malik di Madinah.

Ketika menunaikan haji, khalifah sempat menemui Malik dan memintanya membacakan kitabnya. Malik sebaliknya meminta khalifah hadir ke majlis ilmunya sahaja. Khalifah membalas, mahu mendengar kitab itu di rumah Malik sendiri tetapi Malik merendah diri menyatakan, kediamannya buruk, tidak sesuai untuk dikunjungi seorang amirul mukminin.Khalifah menghadiahkan 3,000 dinar emas kepada Malik untuk membina rumah baru. Hanya sedikit wang yang digunakan dan selebihnya diberikan kepada sahabat lain. Suatu hari, semasa khalifah di Madinah, sekali lagi Malik dijemput ke tempatnya untuk membacakan al-Muwatta’.Mulanya dia enggan tetapi akhirnya bertukar fikiran lalu ke tempat khalifah. Katanya, “saya harap janganlah tuanku jadi orang pertama yang tidak menghormati ilmu. Saya tidak menolak permintaan tuanku tetapi saya harap tuanku menghargai ilmu supaya Allah menghargai tuanku.”Khalifah bersetuju mengikut Malik ke rumah.

Selepas duduk di kerusi khasnya, khalifah menegur kerana terdapat ramai orang lain di situ. Tetapi Malik membalas, “jika orang ramai tidak dibenarkan mendengar isi kitab ini, nescaya Allah tidak akan memberi rahmat kepada seorang pendengar pun.” Khalifah akhirnya bersetuju membenarkan orang lain mendengar sama.Malik menyuruh pelajarnya Ma’an membaca al-Muwatta’, tetapi sebelum pelajar itu membuka mulut, Malik mencelah, “Para pencinta ilmu sangat menghargai ilmu. Tiada sesiapa akan duduk lebih tinggi daripada ilmu.” Mendengar sindiran itu, khalifah turun duduk di lantai bersama yang lain.

Antara sikap Malik, dia tidak pernah menolak hadiah yang diberikan kerana baginya ilmu pengetahuan memang wajar mendapat penghargaan, apatah lagi ilmu agama. Bagaimanapun banyak wang hadiah yang diberikan kepada pelajarnya. Hidupnya tidak mewah tetapi dia gemar berpakaian kemas kerana baginya pakaian yang kotor dan tidak senonoh akan menjatuhkan maruah ulama.Malik pernah berdepan cabaran hebat pada masa pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur, ketika anak saudara khalifah, Jaafar Sulaiman menjadi gabenor Madinah. Gabenor muda dan tidak berpengalaman itu kurang menghormati ulama, apatah lagi ketika itu terdapat ramai yang mendengki Malik kerana kedudukannya.Termakan hasutan, Malik yang berusia 54 tahun ketika itu ditahan dan diseksa dengan 70 sebatan. Hukuman itu mencetuskan kemarahan orang Madinah, sangat membimbangkan khalifah di Baghdad, lantas Jaafar dipecat. Khalifah dengan rendah diri berjumpa Malik untuk meminta maaf dengannya. Hubungan baiknya dengan khalifahlah yang mendorongnya menulis al-Muawatta’ yang terkenal itu.

Malik kembali ke rahmatullah pada Rabiulawal 179 Hijrah, dalam usia 90 tahun selepas menghidap sakit tua selama 20 hari dan dikebumikan di Baqi. Dia meninggalkan seorang balu, tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan. Hanya anak perempuan tunggalnya, Fatimah yang mewarisi ilmunya mendalami al-Muwatta’. Seumur hidupnya, Malik tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali ketika menunaikan haji ke Mekah. Namun dia berjaya mengumpul ramai pelajar yang datang dari luar Madinah. Pelajarnya yang ramai inilah bertanggungjawab melebarkan Mazhab Maliki ke seluruh pelusuk dunia.
Share:

Isnin, 17 Oktober 2016

SubhanAllah !!! INILAH 9 Macam Kelompok Manusia Apabila Dibangkitkan Pada Hari Kiamat.

Pada saat sangkakala ditiup pada tiupan pertama, maka berguncanglah bumi dan langit. Pada saat itu juga maka semua makhluk baik yang ada di langit dan di bumi akan merasa panik dan ketakutan. Bumi berguncang dengan guncangan yang dahsyat dan gunung-gunung berterbangan.

Kemudian pada tiupan kedua, maka seluruh makhluk yang bernyawa pasti akan mati. Baik itu manusia, jin, bahkan malaikat. Bahkan dikisahkan malaikat Izrail juga akan mati pada tiupan kedua ini. Dan kemudian pada tiupan ketiga, Allah akan membangkitkan seluruh makhluk untuk dihisab dan dimintai pertanggungjawabannya ketika hidup di dunia.




Apabila dibangkitkan, manusia akan dikumpulkan menjadi berkelompok-kelompok dengan pelbagai macam rupa dan bentuk yang berbeza-beza sesuai dengan amal ibadahnya. Hal ini tertera dalam hadits berikut ini, pada suatu ketika Mu'adz menghadap Rasulullah SAW dan bertanya tentang makna firman Allah SWT:"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok," [QS. An-Naba ayat 18]

Mendengar pertanyaan tersebut, seketika Rasulullah tiba-tiba menangis tersedu-sedu hingga pakaiannya basah kerana air matanya. Kemudian Rasulullah berkata, "Wahai Mu'adz, pertanyaanmu sangat dalam, tentang urusan yang sangat penting. Pada masa itu, umatku dihimpun menjadi beberapa kelompok", dengan perincian sebagai berikut:


kumpulan PertamaUmatku dibangkitkan dari kubur tanpa tangan dan kaki, hal itu disebabkan pada semasa hidupnya ia selalu mengganggu dan menyakiti tetangganya. Keadaan seperti itu adalah balasan bagi mereka, dan neraka adalah tempat kembali mereka. Sebagaimana firman Allah SWT yang menyuruh kita untuk saling berbuat baik:


"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri, "[QS. An-Nisa ayat 36]


kumpulan KeduaKelompok kedua ini adalah mereka yang dibangkitkan dari kubur dalam keadaan berbentuk seperti babi hutan, ini kerana mereka semasa hidupnya yang suka mengabaikan solat, meremehkannya atau lalai dalam shalatnya. Allah SWT berfirman:


"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya," [QS. Am-Ma'un ayat 4-5]


kumpulan KetigaKumpulan ketiga iaitu umatku dibangkitkan dari alam kubur dalam keadaan perut membesar seperti bukit, penuh ular dan kala jengking. Mereka seperti keldai, hal itu dikarenakan akibat dari perbuatannya yang suka menangguhkan pembayaran zakat, neraka adalah tempatnya.


kumpulan KeempatKumpulan keempat ini dibangkitkan dari kubu dengan mulut mengeluarkan darah segar. Ini akibat dia suka berdusta dalam jual beli, itulah balasannya dan neraka adalah tempat tinggalnya. Allah SWT berfirman:


"Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih. " [QS. Ali Imran ayat 77]


kumpulan KelimaMereka dari umatku itu bangkit dari alam kuburnya dengan bentuk angin berbau busuk di antara manusia. Ini akibat suka merahsiakan perbuatan maksiat kepada masyarakat, takut terbongkar, namun tidak ada rasa takut terhadap Allah, itulah balasan untuk mereka dan neraka adalah tempatnya.Allah SWT berfirman:


"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahasia yang Allah tidak redlai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan." [QS. An-Nisa 'ayat 108]


kumpulan KeenamAdalah mereka yang dibangkitkan dari alam kubur dengan tidak mempunyai lidah, darah dan nanah mengalir dari rongga mulutnya. Hal ini disebabkan kerana mereka suka menyembunikan persaksian yang benar, itulah balasan bagi mereka dan neraka adalah tempatnya.


kumpulan KetujuhMereka dibangkitkan dari alam kubur dalam keadaan terjungkir, kepala dibawah dan kaki diatas. Ini adalah hukuman bagi mereka yang berbuat zina dan mati dalam keadaan tidak bertaubat, dan tempatnya adalah neraka.Allah berfirman:


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." [QS. Al-Isra ayat 32]


kumpulan KelapanMereka dibangkitkan dari alam kubur dengan wajah hitam, bola matanya biru dan perut penuh dengan bara api, ini kerana mereka suka memakan harta anak yati, dengan cara yang tidak sah. Allah SWT berfirman:


"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)." [QS. An-Nisa ayat 10]


kumpulan KesembilanAdalah mereka yang dibangkitkan dari alam kubur dengan marah dan hati yang buta, giginya kelihatan seperti lembu jantan, bibirnya menjulur ke dada, lidahnya memanjang sampai perut, bahkan ada yang sampai ke paha, sementara kotorannya mengalir dari perut mereka. Inilah rupa bagi mereka para pemabuk yang suka mabuk-mabukan, dan tempat yang layak bagi mereka adalah neraka.


Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan." [QS. Al-Maidah ayat 90]


Sedangkan bagi orang-orang beriman.Mereka dibangkitkan dari kuburnya dengan wajah berseri, seperti sinar bulan purnama melewati sirath al-Mustaqim. Secepat kilat menyambar angin Seraya terdengar suara dari sisi Tuhan,


"Mereka adalah orang-orang yang melakukan amal kebajikan, menjauhi segala kemaksiatan, rajin memenuhi panggilan solat, dan mati sesudah bertaubat. Maka ganjaran mereka adalah: pengampunan, rahmat, dan redha, serta syurga daripada Allah Taala"


Demikianlah keadaan manusia ketika menjelang hisabnya. Maka dari itu, mari kita jauhi segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan menjalankan apa yang Allah perintahkan kepada kita semua agar kelak di hari kiamat kita mendapat perlindungan-Nya. Aamiin.
Share:

TAHUKAH ANDA ?? APA Hukumnya Jika Terus Mendirikan Sembahyang Ketika Azan Sedang Berkumandang?


Sebagai Islam, mendirikan solat lima waktu adalah undang-undang yang wajib dipatuhi oleh setiap Muslim yang beriman.Solat itu tiang agama. Sejak kecil kita diajar untuk mendirikan solat yang akan menjamin kehidupan kita di akhirat nantiWalaupun ada sebilangan kita yang alpa, namun kebanyakan dari kita masih teguh mendirikan amal ibadat, buat bekalan di hari mati esok.

Terdetik penulis untuk mencoretkan tulisan kali ini mengenai khilafnya kita tentang menjaga solat serta hubungan kita dengan ALLAH.


Mungkin sudah ramai yang tahu, namun masih ada yang khilaf mengenai hukum-hukum solat ketika mendirikan solat.Kisah bermula apabila penulis singgah di sebuah stesen pam minyak di bandar ini untuk mendirikan solat Asar.Solat Asar pula dilakukan sudah agak lewat kerana terlalu lama tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan.


Tergopoh-gapah penulis mengejar masa untuk ke ruang solat yang disediakan di stesen minyak tersebut.Penulis masuk ke ruang solat yang agak kecil. Di dalam bilik solat tersebut, sudah ada dua wanita yang lengkap bertelekung.Barangkali bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib.Sebelum menunaikan solat, sempat penulis mengerling ke arah jam yang tersedia. Hanya ada lagi 15 minit sebelum azan Maghrib berkumandang.


Selesai solat Asar disempurnakan, penulis menunggu tibanya azan Maghrib yang bakal berkumandang pada bila-bila masa.Tidak sampai tiga minit menunggu, azan Maghrib mula kedengaran.


Dua wanita di kiri dan kanan penulis tidak menunggu lama. Mereka bangun dan terus solat sebaik sahaja azan kedengaran.Penulis yang berada di kedudukan di tengah-tengah antara keduanya hanya diam terpaku. Tertanya-tanya sendiri.Bukankah solat itu sepatutnya ditubuhkan selepas azan berakhir? Dan apa pula hukumnya mendirikan solat ketika azan?


Ketika itu penulis tersedar. Kita masih khilaf dalam menjaga hubungan kita denganNYA.Sebagai hambaNYA, kita semua selalu mengambil mudah dalam menjaga kejernihan urusan ibadah kita kepadaNYA.Beberapa hari selepas kejadian tersebut berlaku, penulis mengambil keputusan untuk menghubungi seorang ustaz bagi bertanyakan perihal tersebut.


Dr Mohd Azhar Abdullah namanya.Beliau yang Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra, menjawab tenang ketika dihubungi untuk menjawab persoalan tersebut.Menurutnya, antara syarat sah solat adalah solat yang dilakukan sebaik sahaja masuk waktu solat dan mengerjakan solat ketika azan waktu solat baharu sahaja berkumandang menjadikan solat tersebut sah.


Bagaimanapun mengerjakan solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki, manakala wanita pula disunatkan untuk menunggu selesai azan sebelum mengerjakan solat."Dari sudut sunnah para sahabat Nabi, solat dilakukan selepas usai azan kedengaran. Mengerjakan solat selepas azan membolehkan kita melakukan beberapa prinsip seperti menjawab azan ketika azan berkumandang dan melakukan solat sunat dua rakaat selepas azan.


"Solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan 'tercicirnya' lelaki tersebut daripada jemaah yang bakal menunaikan solat bersama."Bagi kaum wanita pula, adalah sebaiknya menunggu azan selesai, kemudian baharulah solat dikerjakan," katanya ketika dihubungi.


Menurutnya lagi, perbuatan solat ketika azan akan menyebabkan hilangnya kemanisan dalam mengerjakan ibadah tersebut."Islam tidak menghalang umatnya bersolat ketika azan masuk waktu, namun ia akan menyebabkan makruh. Makruh itu bermakna kita melakukan perkara-perkara yang ALLAH tidak suka.


"Kita akan hilang kemanisan dalam bersolat (sekiranya bersolat ketika azan masuk waktu masih kedengaran). Kita masih peroleh pahala, tetapi pahala itu tidak cantiklah, "katanya lagi.Jelas beliau lagi, solat yang didirikan dipenghujung masa sehingga masuk waktu solat fardhu lain juga masih dikira sah."Sebagai contoh, kita solat Asar dihujung waktu, tiba-tiba azan Maghrib kedengaran, maka solat kita perlu diteruskan. Tidak ada sebab untuk menghentikan ibadah.


"Solat masih sah sekurang-kurangnya satu rukuk. Solat di akhir waktu itu (sama ada) qada atau tunai adalah sempat rukuk atau tidak pada rakaat yang pertama, jika ia solat Asar n rukuk dan sempat tama 'ninah seketika dalam rukuk dan tiba-tiba azan maghrib, maka dikira solat asar sebagai tunai, jika tidak sempat rukuk maka dikira qada, "jelasnya.
Share:

AWAS .. !!! NAUDZUBILLAH .. DUA DOSA INI TETAP MENGALIR WALAUPUN TELAH MENINGGAL DUNIA..INILAH 2 PUNCANYA.



Beberapa manusia dapat dengan gampang lakukan perbuatan dosa dalam kehidupan seharian. Lantaran seringnya dikerjakan, aksi itu kadang-kadang dikira biasa hingga tak merasa seperti dosa. Walau sebenarnya dosa tidaklah perkara main-main.

Balasannya mutlak neraka yang telah disediakan Allah SWT untuk hamba-Nya yang ingkar. Nyatanya, sesudah wafat tanggungjawab pada dosa maksiat yang pernah dikerjakan tak terputus begitu sahaja.

Sepanjang perbuatan maksiat itu masihlah berisiko serta mempunyai pengaruh pada orang lain, jadi dosanya bakal tetaplah mengalir pada pelakunya walau Ia telah meninggal dunia. Apa sajakah dosa-dosa itu? Tersebut penjelasannya.

Bila umumnya kita mengetahui amal jariah yang pahalanya mengalir walau telah meninggal dunia, jadi ada pula dosa jariah yang di janjikan Allah SWT bakal di terima manusia. Masa telah meninggal dunia, seorang bakal tetaplah mendapat dosa lantaran tindakannya semasa didunia masih punya pengaruh buruk pada orang lain.

Walau sebenarnya di alam barzah manusia begitu memerlukan limpahan pahala sebagai pertolongan mereka menanti hari kiamat. Tetapi lantaran dosa jariah ini mereka malah mesti memikul dosa-dosa yang dikerjakan orang lain, akibat kesan daripada perbuatan maksiat yang pernah Ia kerjakan semasa hidup.

"Sesungguhnya Kami menghidupkan beberapa orang mati serta Kami menuliskan apa yang telah mereka lakukan serta beberapa sisa yang mereka tinggalkan. serta semua suatu hal Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh). "(QS. Yasin: 12)Lalu apa sajakah dosa yang selalu mengalir ini?

1. Jadi Pelopor MaksiatPelopor adalah orang yang pertama lakukan satu aksi hingga yang lain ikut ikuti. Pengikutnya bersedia mengikuti baik dengan paksaan ataupun tanpa ada disuruh sekalipun. Keadaan ini bakal begitu bagus bila jadi pelopor untuk maksud yang baik. Tetapi bagaimana bila jadi pelopor maksiat?

Dalam hadis daripada Jarir bin Abdillah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda: "Siapa yang mempelopori satu rutin yang jelek dalam islam, jadi dia memperoleh dosa keburukan itu, serta dosa tiap-tiap orang yang melakukan keburukan itu lantaran tingkahnya, tanpa ada dikurangkan sedikitpun dosa mereka. "(HR. Muslim).

Orang sebagai pelopor ini sekalipun tak mengajak orang di lingkungannya untuk berbuat maksiat sama. Ia juga tak memberi motivasi kepada orang lain untuk mengikutinya. Tetapi lantaran tindakannya ini Beliau berjaya menginsipirasi orang lain lakukan maksiat sama.

Tersebut kenapa anak Nabi Adam, Qabil, sebagai orang pertama yang membunuh manusia mesti bertangungjawab atas semua masalah pembunuhan di alam ini. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Tidak ada satu jiwa yang terbunuh dengan cara zalim, tetapi anak Adam yang pertama kalinya membunuh bakal memperoleh dosa lantaran pertumpahan darah itu. "(HR. Bukhari 3157, Muslim 4473 serta yang lain).

Tak dapat difikirkan, bagaimana dosa yang bakal ditanggung pelopor serta pendesign skirt mini, pakaian you can see, penyebar video porno serta ada banyak tindak maksiat yang lain. Sebagai pelopor dosa mereka selalu mengalir sampai hari kiamat nantinya.

2. Mengajak Orang lain Lakukan Kesesatan serta MaksiatTidak sama dengan pelopor yang cuma memberi inspirasi orang lain, orang yang satu ini dengan nyata mengajak orang lain untuk melakukan kesesatan serta aksi maksiat. Merekalah adalah juru dakwah kesesatan, atau mereka yang mempropagandakan maksiat.

Dalam Al-Quran Allah SWT bercerita bagaimana orang kafir nantinya bakal terima dosa dari kekufurannya. Belum lagi dengan dosa-dosa beberapa orang yang juga mereka sesatkan.
"Mereka bakal menanggung dosa-dosanya dengan penuh pada hari kiamat, serta tersebut dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yg tidak tahu sedikitpun (kalau mereka disesatkan). "(QS. An-Nahl: 25)

Ayat ini mempunyai arti yang sama juga dengan hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda: "Siapa yang mengajak kepada kesesatan, dia mendapat dosa, seperti dosa orang yang mengikutinya, tak dikurangkan sedikitpun. "(HR. Ahmad 9398, Muslim 6980, serta yang lain).

Contoh gampang berkaitan hadis ini iaitu beberapa orang sebagai propaganda kesesatan, mereka menyebarkan pemikiran-pemikiran yang menyimpang, mengajak orang-orang untuk berbuat syirik serta bid'ah.

Merekalah beberapa yang mempunyai dosa jariyah, lalu bagaimana dosa mereka? Sepanjang masihlah ada manusia yang ikuti apa yang mereka serukan, jadi sepanjang itu juga orang ini ikut memperoleh limpahan dosa, walaupun dia telah dikebumikan tanah.Termasuk mereka yang mengiklankan maksiat, berikan motivasi orang lain untuk berbuat dosa,

walaupun dia sendiri tak mengerjakannya, tetapi dia tetaplah mendapat dosa dari tiap-tiap orang yang mengikutinya.

Mudah-mudahan kita lebih waspada dalam melakukan tindakan, serta semakin banyak lakukan amal soleh di banding dosa-dosa maksiat. Lantaran hidup bukan sekadar semata didunia lantas usai masa telah meninggal dunia. Tetapi perjalanan masihlah panjang untuk menuju kehidupan yang abadi.

Sumber :
Share:

Alhamdulillah !! Inilah Enam Janji Allah Kepada Orang yang Rajin Bersedekah,Yang Perlu Kita Contohi..

Sedekah merupakan tindakan untuk memberikan materi atau jasa dengan tujuan meringankan beban atau membahagiakan hidup orang lain. Tidak hanya barang dan uang, bahkan senyum pun sudah dinilai sebagai sebuah sedekah.

Tindakan ini merupakan amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam. Karena selain dapat membantu sesama, Allah SWT juga akan membalasnya dengan pahala bagi mereka yang tulus ikhlas melakukannya.



Ternyata, sedekah ini memiliki berbagai macam keutamaan dan manfaat. Hal ini sesuai dengan janji Allah yang terdapat dalam Al-Qur’an dan hadist. Lalu apa sajakah janji Allah kepada orang-orang yang bersedekah? Berikut ini ulasan selengkapnya.

1. Sedekah dapat Menghapus Dosa
Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah bahwa sedekah itu dapat menghapus dosa orang yang mengerjakannya. Hal ini tertera dalam sebuah hadist, Rasulullah SAW bersabda:

"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api." [HR. Tirmidzi]

Akan tetapi, janji tersebut akan dipenuhi apabila sedekah itu disertai dengan taubat atas dosa yang telah dilakukan. Terlebih lagi apabila orang yang dengan sengaja melakukan maksiat seperti korupsi, memakan riba, mencuri. Mengambil hak anak yatim dan lainnya, tidak berlaku sedekahnya apabila ia bersedekah hanya bertujuan agar dosa-dosanya tersebut impas.
.
2. Mendapatkan Naungan di Hari Akhir
Tidak hanya dapat menghapus dosa, ternyata amalan sedekah juga dijanjikan akan mendapat naungan di hari akhir nanti. Rasulullah SAW menceritakan mengenai 7 jenis manusia yang mendapat naungan di hari akhir yang ketika itu tidak ada lagi naungan selain naungan dari Allah. Salah satu jenisnya adalah mereka yang rajin bersedekah.

"Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya." [HR. Bukhari]

3. Allah Melipatgandakan Pahala Orang yang Bersedekah
Janji Allah selanjutnya kepada mukmin yang rajin bersedakah adalah Allah akan melipatgandakan pahala bagi mereka. Hal tersebut sesuai dengan firman Allah Ta’ala yang artinya:

"Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak." [QS. Al-Hadid ayat 18]

4. Terdapat Pintu Surga yang Hanya dapat Dimasuki Orang yang Bersedekah
Dalam sebuah hadits, Rasulullah bersabda : "Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu surga: "Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan" Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan shalat, ia akan dipanggil dari pintu shalat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah." [HR. Bukhari dan Muslim]

5. Dapat Membebaskannya dari Siksa Kubur
Selain mendapatkan surga yang khusus, orang yang rajin bersedekah juga dijanjikan akan dibebaskan dari siksa kubur. Rasulullah SAW bersabda,

"Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur." [HR. Ath-Thabrani]

6. Menjauhkan Diri dari Api Neraka
Janji Allah terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah akan menjauhkan diri dari api neraka. Ternyata meskipun hanya sedekah dengan jumlah yang sedikit, namun sedekah tersebut memiliki andil untuk menjauhkan diri dari api neraka. Semakin banyak sedekah yang dilakukan, maka akan semakin jauhlah darinya. Rasulullah SAW bersabda:

"Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah" [HR. Bukhari dan Muslim]

Demikianlah ulasan mengenai enam janji Allah SWT kepada mukmin yang rajin bersedekah. Sungguh banyak keutamaan yang akan diperoleh mukmin yang gemar bersedakah ini. Untuk itu, keluarkan sedikit harta untuk bersedekah, agar Allah memberikan kita janji-janji mulia tersebut.
Share:

Follow Us OnFacebook

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog