Menyajikan Kupasan Berita Menafaat Untuk Anda Semua.

Rabu, 15 Februari 2017

Sempurnakan Wudhumu Dan Rasakan Hikmahnya.

Wudhuk yang sempurna akan memberi kekhusyukan dalam sembahyang. Sesungguhnya wudhuk yang baik membantu menjadikan solat tersebut lebih baik.


Secara zahirnya, wudhuk adalah menyucikan anggota-anggota yang terdedah dan kotor seperti habuk dan debu. Begitu juga dengan anggota tersebut yang terdedah dengan maksiat dan dosa.

Sabda Rasulullah SAW;

“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua-dua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir.

Manakala ketika ia membasuh kedua-dua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.”

Hadis Riwayat Imam Muslim
Antara hikmah wudhuk ialah;

1- Ulama Fekah: Wudhuk sebagai usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh air wudhukpaling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran yang wajar dibasuh.

2- Ulama Tasawuf: Anggota badan yang dibasuh air wudhuk memang daerah yang sering melakukan dosa. Seperti tangan yang memegang benda haram dan mata yang melihat hal yang terlarang.

Selain itu, hikmah wudhuk yang lain ialah;

1- Menghindarkan Diri Dari Kekotoran, Penyakit Dan Kemungkaran

Hal yang paling penting dalam wudhuk adalah simboliknya yang memberikan rasa percaya diri sebagai seorang yang ‘bersih’ dalam menjalankan tuntutan kepada Allah SWT, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca al-Quran.

Wudhuk juga bertujuan membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas, seperti solat yang membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah serta memadamkan dosa-dosa lalu.

2- Memberi Kecerdasan Minda Dan Menenangkan Jiwa

Ahli kaji saraf (neurologist) juga membuktikan berwuduk yang menyejukkan hujung urat saraf jari tangan dan jari kaki membantu untuk menenangkan fikiran.

Begitu juga dengan titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur, terdapat persamaan dengan anggota wudhuk dan rukunnya.

3- Membersihkan Diri Dari Dosa-dosa Kecil

Dengan berwudhuk juga mampu menghapuskan dosa-dosa kecil, begitulah kasih saying Allah kepada hambanya dengan mengurniakan pelbagai cara utnuk menebuskan hambaNya dari dosa-dosa.

Jadi bayangkan jika kita berwudhuk sebanyak lima kali seharisemalam? Bukankah sudah mampu menghakis dosa-dosa kecil terdahulu?

4- Menjauhkan Diri daripada Gangguan Syaitan

Jika marah, berwudhuklah, sesungguhnya ia mampu memadam kemarahan itu. Ini kerana marah itu dari syaitan yang dijadikan dari api manakala wudhuk itu adalah air mustajab yang akan memadam kemarahan itu.
Lalu, wudhuk yang sempurna akan memberi kekhusyukan dalam sembahyang. Sesungguhnya wudhuk yang baik membantu menjadikan solat tersebut lebih baik.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Share:

Ingin Menjadi Pemimpin Keluarga Yang Diberkati?


Solat subuh berjamaah banyak fadilat dan kelebihannya. Khususnya buat seorang lelaki. Lelaki yang sering gagal untuk bangun subuh dan menghadirkan diri berjamaah di masjid...

Solat subuh berjamaah banyak fadilat dan kelebihannya. Khususnya buat seorang lelaki. Lelaki yang sering gagal untuk bangun subuh dan menghadirkan diri berjamaah di masjid merupakan insan yang sering gagal mencari rahmat dan keberkatan daripada Allah dalam kehidupannya.

Jika dia memimpin keluarga, dia gagal menjadi suami dan bapa yang berusaha mencari rahmat dan sakinah di awal pagi kehidupan. Jika dia pemimpin masyarakat, dia gagal memulakan kehidupannya dengan mempersembahkan diri di hadapan seruan keberkatan di awal-awal lagi.

Bagaimanakah mungkin dia menjadi pemimpin yang diberkati?
Selepas solat subuh, insan hendaklah berusaha berzikir, beristighfar dan memohon kurniaan Allah untuk hari tersebut.

Dalam keadaan ibadah, di masjid sebagai rumah ibadah, di awal hari yang dimulakan dengan ibadah dan dalam hening pagi yang mengkhusyukkan diri untuk menumpukan kepada Allah, maka di sinilah turunnya keberkatan, rahmat dan kemustajaban doa.

Pohonlah segala kebaikan untuk kehidupan ini. Amiin.

Gambar landofnams.com

KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Share:

5 Langkah Kembali Menyayangi Al-Quran.


Al-Quran adalah sebuah buku istimewa yang tidak pernah lupa kepada kita. Ayat-ayat di dalamnya sentiasa mengingatkan kita berkali-kali bahawa dunia ini hanyalah terminal sementara sahaja.

Waktu kita kecil-kecil dahulu, Mak suruh kita belajar mengaji. Kalau malas belajar, Ayah pun marah.

Kita belajar mengaji untuk rasa selamat. Selamat dari disuruh-suruh atau dimarahi.

Mak dan Ayah pun rasa selamat kalau kita boleh mengaji. Lebih selamat waktu kita berjaya khatam Al-Quran.

Kita pun rasa selamat sangat pada masa itu.

Masa berlalu kita pun sibuk dengan belajar, keluarga, kerja dan semuanya. Sekali-sekala terlihat Al-Quran, rasa sedih juga dalam hati. Lama tidak membaca buku kesayangan ini. Dahulu dikendong penuh kasih-sayang ke sana dan ke mari.

Entah kenapa bila kita membaca semula sepotong dua ayat di situ, ada rasa tenang menyusup ke dalam hati. Rasa tenang yang tidak dapat diberi oleh dunia dan segala isi di dalamnya.

Kenapa rasa begini ya? Atau sebenarnya kita rindu untuk membaca Al-Quran seperti dahulu? Rindu buku kesayangan peneman zaman kanak-kanak dan awal remaja kita? Buku yang sentiasa menyelamatkan kita, dan buat ibu bapa kita rasa lega kalau kita tahu membacanya.

Jangan abaikan rasa rindu ini kerana mungkin hati kita sedang disapa Ilahi. Memang bukan mudah mendidik hati meluangkan masa berteleku membaca Al-Quran semula. Tetapi jika dimulakan dengan langkah yang kecil dan mudah, pasti semuanya tidak menjadi mustahil untuk dilakukan.

Ikuti 5 langkah paling mudah ini untuk kita belajar menyayangi Al-Quran semula.

1. Niat yang ikhlas

Bertuahnya menjadi umat Nabi Muhammad saw, berniat melakukan kebaikan pun sudah mendapat pahala. Sebut dengan jelas kepada diri sendiri, saya ingin tekun mengaji Al-Quran semula kerana:

[+] ingin menjadikannya pelindung di akhirat kelak
[+] ingin merasa tenang yang tiada tolok-bandingnya
[+] ingin mencari redha Ilahi

Tanya pada hati sendiri kenapa kita ingin membaca Al-Quran semula. Sebutkan niat ini dengan jelas. Percayalah Allah swt pasti mendengar dan akan memudahkan urusan kita nanti, asalkan kita tidak berputus-asa.

“Sungguh, Allah mengetahui yang ghaib (tersembunyi) di langit dan di bumi. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati”.

-Surah Al-Fathir: Ayat 38
2. Ini Al-Quran dan Terjemahan saya!

Ini bahagian yang menarik juga.

Dapatkan satu Al-Quran beserta Terjemahan kita sendiri, yang baru di kedai buku agama berdekatan. Mengambil sedikit wang di dalam dompet untuk membeli buku paling istimewa begini pasti tidak akan merugikan. Beli yang dekat di hati, mungkin kecil agar mudah digenggam dibawa ke mana-mana, atau dengan cover warna pilihan. Jadikan ia buku peribadi, buku kesayangan kita selama-lamanya.

Kenapa perlu terjemahan pula? Seperti bercinta, jika hendak mengenali hati budi seseorang, pastilah kita perlu memahaminya dahulu betul tak? Jadi kali ini kita baca Al-Quran dengan terjemahannya sekali. Barulah bercinta namanya!

3. Mula membaca

Adakalanya perkara paling susah untuk dibuat adalah untuk bermula. Cari kekuatan untuk mula membaca Al-Quran semula, kali ini dengan misi lebih jelas – untuk belajar memahaminya juga (melalui terjemahan).

Perkataan pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw adalah Iqra’ atau “bacalah”. Walaupun kita mampu membeli Al-Quran paling mahal dan cantik, buku ini tidak akan dapat membantu kita sekiranya terbiar menjadi perhiasan di dalam almari kaca.

Lama tidak membaca Al-Quran rasa kurang cekap pula. Jangan risau.

“Orang yang membaca Al-Quran dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala”.

-Riwayat Muttafaq Alaih
Betapa sayangnya Allah swt pada kita. Tidak pandai baca pun dapat pahala!

4. Tekun menghayati

Meluangkan masa setiap hari untuk membaca Al-Quran agak mencabar juga jika kita terbiasa sibuk dengan urusan harian. Letak satu misi yang mudah dicapai seperti 1 hari = 1 mukasurat dahulu. Pilih waktu yang kurang gangguan seperti di awal pagi atau pun sebelum kita melelapkan mata. Tekun mengikuti jadual ini sehingga kita merasa tidak selesa jika tidak sempat membaca Al-Quran.

Oh ya jangan lupa tandakan ayat-ayat yang menyentuh hati kita. Kadangkala kita akan bertemu dengan jawapan yang kita cari-cari pada mukasurat Al-Quran yang kita selak pada hari itu. Ini bukan kebetulah tetapi Allah swt telah menghantar jawapan dan panduan terus kepada kita, di saat-saat kita perlukannya.

“Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pengajaran?”

-Surah Al-Qamar: Ayat 22
5. Amal dan baiki diri

Al-Quran adalah sebuah buku istimewa yang tidak pernah lupa kepada kita. Ayat-ayat di dalamnya sentiasa mengingatkan kita berkali-kali bahawa dunia ini hanyalah terminal sementara sahaja. Masalah dan dugaan di dunia ini akan dirasakan seperti debu yang berterbangan jika kita sentiasa membaca buku penyejuk hati ini, serta berusaha memperbaiki bacaan dan pemahaman kita.

Menyayangi Al-Quran = Kita baca + fahami + sentiasa perbaiki diri.

Jika dunia ini menduga kita, kita kembali kepada Al-Quran.

Jika hati merasa bahagia, kita ambil Al-Quran dan baca lagi.

Jika merasa kehilangan, dakap Al-Quran ini dan rasakan diri sangat disayangi.

Kembali menyayangi Al-Quran = Kembali ke jalan Ilahi.

“Sungguh, (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barang siapa mengkehendaki (kebaikan bagi dirinya) tentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya”.

-Surah Al-Insan: Ayat 29
Dengan umur kita yang semakin meningkat, rasa tenang adalah prioriti dalam hidup ini.

Begitu juga dengan rasa selamat, tentang apa yang kita cari dalam hidup ini.

Dengar bisikan hati kita yang ingin kembali meneliti buku istimewa Al-Quran yang sentiasa memberi rasa selamat sejak dahulu, kini dan akan menyelamatkan kita suatu hari nanti.

Pada hari-hari di mana air mata kita menitis sewaktu membaca Al-Quran ini, adalah hari di mana hati kita sudah mula terbuka untuk menyayanginya semula.

Selamat membaca Al-Quran semula.

Semoga beroleh rasa tenang dan selamat yang dicari.

“Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu.
Dan masuklah ke dalam syurgaKu”.

-Surah Al-Fajr: Ayat 27-30

KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Share:

Wanita Solehah, Sempurnakah Kecantikkan Yang Kita Pamerkan?

Semoga lebih ramai para wanita yang sedar akan keindahan mereka itu bukanlah untuk ditunjuk atau ditayang dengan sebegitu mudah. Sesungguhnya wanita solehah adalah hiasan duniawi yang tak ternilai harganya.


Setiap wanita lahir dengan fitrah yang sukakan kecantikan. Tidak asing lagi, golongan wanita sangat gemar berhias dan bercantik-cantik demi nampak menarik di mata pemerhati. Tambahan lagi dengan kemodenan dan kepelbagaian fesyen serta produk kencantikan hari ini memberi ujian kepada para wanita untuk memahami batasan dan keperluan konsep ‘berhias’ itu.

Masih ramai yang kurang arif tentang batasan dalam berhias, bahkan ada yang tidak sedar atau tanpa sengaja melangkaui batasan yang telah ditetapkan syariat dalam usaha mereka mencantikkan diri. Lantas, hal ini membuatkan mereka semakin menuju ke arah ‘tabbaruj’ tanpa sedar.

Kegagalan memahami konsep ‘tabarruj’ ini mempunyai pelbagai implikasi yang menjurus ke arah budaya yang tercela dan lari daripada landasan Islam.

Firman Allah ;

“Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.”

Surah Al-Nur : 31
Ayat ini adalah di antara nas yang menjadi dasar kepada asas berpakaian dan berhias untuk wanita Islam. Sesungguhnya batasan aurat bagi wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua telapak tangan.

Dalam ayat lain pula, Allah berfirman;

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu.”

Al-Ahzab: 33
Manakala ayat ini pula melarang para wanita bertabarruj seperti orang Jahiliah terdahulu yang mengenakan pakaian dengan hiasan yang berlebihan, berpakaian nipis dan menampakkan tubuh badan mereka.

Dikatakan wanita-wanita zaman Jahiliah suka menarik perhatian kaum lelaki dengan membunyikan gelang kaki yang dipakai. Disebabkan itulah, tabarruj diertikan sebagai ‘sengaja memperlihatkan keelokkan mahupun kecantikan diri sendiri yang sepatutnya wajib ditutup’.

Perlu diingatkan bahawa konsep ‘tabarruj’ yang dilarang oleh Islam adalah membuka aurat berdasarkan sesiapa yang mereka berhadapan. Bermakna, jika hal ini dilakukan di hadapan lelaki bukan muhrim, wanita tersebut sudah tergolong dalam kumpulan tabarruj.

Namun, adakah tabarruj muncul kerana nafsu dan keinginan wanita?

Islam tidak melarang para wanitanya untuk berhias dan bersolek demi kelihatan cantik. Namun terdapat beberapa batasan yang perlu diikuti. Bahkan seseorang wanita itu perlu bijak untuk membezakan tujuan bersolek itu seperti menarik perhatian suami.

Sebarang solekan atau cara perpakaian itu tidak menjolok mata dengan hiasan mahupun warna yang terlalu menarik dan berlebih-lebih. Bahkan niat itu bukanlah bertujuan riak atau menunjuk-nunjuk, bukan juga untuk menarik perhatian atau mahu dinilai oleh sesiapa.

Kadang-kadang terdapat wanita yang mengalami beberapa masalah, antaranya wajah yang pucat, tidak bermaya, mahupun kulit mukanya yang bermasalah ataupun terdapat parut. Hal ini mungkin menimbulkan umpatan bahawa wanita tersebut tidak pandai menguruskan diri, bahkan membuatkannya rendah diri dan tidak berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai. Bermekap merupakan salah satu cara yang boleh menyembunyikan kecelaan tersebut, asalkan masih bersederhana serta menampilkan ciri-ciri wanita yang berpenampilan dan kemas.

Bagi wanita yang berhias demi menjaga ketrampilan dan urusan kerjaya mesti memohon izin suami dalam mengenakan mekap dan bersolek. Bahkan sepatutnya kecantikan diri itu diutamakan ketika berada di samping suami bukannya di luar rumah sahaja.

Selain itu, pastikan barangan solek yang digunakan halal, bersih dan tidak terlalu mahal sehingga berlakunya pembaziran. Para wanita harus faham bahawa bersolek itu hanya untuk mengelakkan diri dari kelihatan kusut dan tidak terurus, menjaga kesihatan kulit, bahkan berhias rapi itu sebagai tanda persediaan untuk berurusan.

Namun, bagaimana pula dengan hukumnya memakai minyak wangi?

Sabda Rasulullah SAW;

“Sesiapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, bererti dia telah berzina.”

Hadis Riwayat Imam an-Nasaaiy
Jadi, pakailah winyak wangi itu sekadar untuk menutup bau badan, dan bukannya untuk dihidu oleh orang lain. Terdapat beberapa hukum tentang wanita dan pemakaian minyak wangi;

Harus

Hukum memakai minyak wangi adalah harus bagi wanita yang suaminya berada di rumah, terutamanya ketika seseorang wanita itu ingin melayan suaminya.

Sunat

Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah dalam rumah, dan juga sewaktu menyambut tetamu wanita.

Makruh

Makruh hukumnya bagi wanita yang memakai minyak wangi ketika berpuasa.

Haram

Haram bagi wanita memakai minyak wangi di luar rumahnya.

Sebagai seorang Muslimah yang disanjungi, golongan wanita seharusnya meninggikan martabat mereka seperti yang disarankan syariat, iaitu;

• Menjaga pergaulan, dan jarak hubungan dengan kaum lelaki.
• Menundukkan pandangan.
• Berpakaian menurut syariat Islam.
• Menjaga pertuturan ketika bercakap dan berjalan.
• Tidak menarik perhatian kaum lelaki, dengan minyak wangi atau melunakkan suara.

Namun, hari ini masih ramai para wanita yang gemar bersolek dengan mengenakan pelbagai persiapan yang melebihi batasan syarak. Malangnya mereka berhias begini hanya apabila berada di luar rumah sahaja. Keadaan ini bukan sahaja menimbulkan dosa tetapi bimbang dengan pelbagai permasalahan lain yang membabitkan jenayah rogol dan gangguan seksual.

Semoga lebih ramai para wanita yang sedar akan keindahan mereka itu bukanlah untuk ditunjuk atau ditayang dengan sebegitu mudah. Sesungguhnya wanita solehah adalah hiasan duniawi yang tak ternilai harganya.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Share:

7 Cara Ubah Diri Jadi Semakin Baik Setiap Hari.


“Soleh adalah fitrah.” Sponsored Buku Mencari Tuhan Yang Hilang tulisan Ustaz Yusuf Mansur, adalah sebuah buku tentang kehidupan Luqman yang telah jauh daripada Allah,...

“Soleh adalah fitrah.”

Buku Mencari Tuhan Yang Hilang tulisan Ustaz Yusuf Mansur, adalah sebuah buku tentang kehidupan Luqman yang telah jauh daripada Allah, mula kembali semula di jalan-Nya.

Setiap kesulitan akan segera digantikan Allah dengan sebuah rahmat. [Lt]

Setelah Luqman masuk penjara 2 kali kerana isu hutang, dia mula tekad dan menanam azam untuk berubah ke arah lebih baik. dalam satu topik dalam buku ini, ada dikongsikan 7 cara menilai diri.

1. Nilai semula apakah perbuatan buruk yang telah dilakukan

Nilai perbuatan buruk yang pernah kita lakukan yang mana Allah tidak suka dengan perbuatan itu. Antaranya seperti minum arak, berzina, bergantung kepada bomoh atau selain-Nya.

2. Bertaubat dengan bersungguh-sungguh

Bertaubat adalah bermaksud menyesali kesalahan yang kita lakukan, berazam tidak lakukannya lagi, serta memohon pengampunan daripada Allah. Kita berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk bertaubat dengan sesungguhnya.

3. Berjanji untuk melepaskan perbuatan buruk yang lalu

Kita berdialog dengan Allah di samping berikrar untuk melepaskan segala perbuatan buruk yang lalu. Ia adalah refleksi kita bertawakal kepada Allah untuk menyerahkan diri kita kepada-Nya. Doa yang boleh digunakan,

“Ya Hayyu, ya Qayyum, dengan rahmat-Mu, daku mohon pertolongan. Baikilah segala urusanku dan janganlah Kau serahkan aku kepadaku walau dalam sekelip mata.”

4. Mula beramal semula

Kembali menjadi hamba-Nya. Tunduk dan patuh kepada ajaran-Nya, seperti solat, puasa, zakat atau sedekah, berbuat baik kepada manusia, dan menghindari kemungkaran.

5. Berusaha menjadi yang terbaik dalam kalangan manusia

Menggalakkan diri membuat kebajikan terutamanya kepada mereka yang memerlukan seperti yatim piatu, fakir miskin dan sebagainya. Dengan cara ini, ia akan mengajar erti syukur kepada mereka yang kurang berkemampuan.

6. Lebih banyak bergantung dan menyerahkan diri kepada Allah

Andai sebelum ini, lebih banyak bergantung kepada manusia atau perkara lain, mulakan semula untuk meletakkan pergantungan kepada Allah. Ia adalah salah satu bentuk tawakal.

7. Berterusan berubah – tidak mampu buat banyak, buat sedikit

Untuk menjadi seseorang yang baik, akan ada banyak cabaran, bisikan nafsu dan syaitan. Oleh sebab itu, walau kita tidak mampu buat semua perkara, jangan tinggal semua. Memadai kita usahakan buat seminima mungkin.

Apabila 7 perkara di atas dilakukan dengan sebaiknya, insya-Allah kebesaran Allah akan mula nampak dalam diri kita. Azab yang seakan tidak mahu pergi dan menyelimuti kehidupan kita, akan segera digantikan Allah dengan sebuah rahmat.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Share:

3 Srikandi Islam Yang Berpegang Kepada Janji Allah Untuk Dicontohi.

Saya tersenyum mendengar bicara Safiyah. Ringkas tetapi mendalam. Semoga dia menjumpai jalan untuk kembali menjadi anak yang solehah dan berpegang kepada janji Allah.


“Safiyah, kenapa jadi begini?” itulah soalan pertama yang terkeluar daripada mulut saya ketika memandang wajahnya.

Namun, Safiyah hanya tunduk membisu.

Perlahan-lahan saya menariknya untuk duduk di sebelah saya. Sambil hati berasa gundah dengan kegagalan Safiyah dalam beberapa subjek semester ini. Prestasinya semakin merosot selepas ibunya pergi mengadap Ilahi.

“Safiyah, boleh saya berkongsi kisah tiga srikandi ini. Mereka telah berjuang meneruskan kehidupan dengan berpegang kepada janji Allah.”

Saya cuba membuka bicara untuk menceritakan kisah terindah kepadanya. Safiyah mengangguk, tanda setuju.

Cinta Rabiatul Adawiyah

Saya mula menceritakan tentang muslimah yang pertama kepada Safiyah, iaitu Rabiatul Adawiyah Al-Basriyah. Rabiatul adalah merupakan srikandi yang tidak asing lagi di kalangan ahli sufi. Dia merupakan sufi wanita pertama yang disebut-sebut dalam sejarah kekasih Allah. Hidupnya penuh dengan dugaan dan rintangan.

Rabiatul lahir dalam keluarga yang penuh kemiskinan, kemudian menjadi anak yatim piatu sewaktu masih kecil. Dia terpaksa berpisah daripada adik-beradiknya ketika kota Basrah di landa kebuluran. Tidak cukup dengan itu, dia diculik bahkan dijadikan sebagai budak suruhan tatkala usianya masih muda.

Namun Rabiatul tidak pernah kesal dan menyalahkan Allah atas penderitaan hidupnya. Bahkan cinta Rabiatul terhadap Allah semakin bercambah dari hari ke hari sehinggalah ke akhir nafasnya. Menurut riwayat, Rabiatul tersenyum saat malaikat maut hampir ke arahnya, kerana dia sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.

“Rabiatul seorang yang suka meluahkan rasa hatinya dalam bentuk puisi. Sama seperti awak juga Safiyah.” saya cuba mencuit Safiyah.

Safiyah tersenyum. Reaksinya itu sudah cukup menggembirakan saya.

Kisah Cucu Rasulullah, Umamah Abu Al-Ash

Begitu juga dengan cucu perempuan sulung Rasulullah s.a.w. Umamah Binti Abu Al-Ash namanya. Kisah hidupnya juga penuh suka dan duka.

Jika ada antara kita yang menyatakan perjalanan hidupnya penuh kesengsaraan ditinggalkan orang tersayang, cubalah kenangkan kembali kisah Umamah ini. Setiap insan tersayang pergi meninggalkan Umamah ketika dia masih dahagakan kasih dan perhatian.

Di saat Umamah masih kanak-kanak, ibunya Zainab Binti Rasulullah telah pergi menemui PenciptaNya pada tahun 8H. Rasulullah kemudian mengambil alih mendidik dan menjaga Umamah dengan penuh cinta dan kasih. Namun ia hanya seketika, kerana tiga tahun selepas itu, Rasulullah pula wafat. Hilanglah tempat Umamah untuk bermanja.

Umamah kemudian diasuh oleh ibu saudaranya yang pengasih iaitu Saidatina Fatimah. Tetapi enam bulan berikutnya, Saidatina Fatimah pula pergi buat selama-lamanya meninggalkan Umamah diikuti oleh ayahnya pada 12H.

Satu demi satu insan yang tersayang pergi meninggalkan Umamah. Hidupnya tidak pernah lekang dengan kehilangan. Tetapi Umamah seorang wanita yang sangat tabah. Kisah hidupnya boleh dijadikan semangat bagi mereka yang kehilangan kasih sayang ibu dan ayah.
Asma’ Abu Bakar Wanita Bijaksana

“Saya ada ayah, tetapi saya tidak tahu di mana ayah saya berada. Dia meninggalkan kami tatkala kami memerlukannya.” tiba-tiba Safiyah bersuara.

Lantas saya memandang wajahnya, “Safiyah, bersabarlah di atas ujian dan dugaan Allah ini. Mungkin ayah Safiyah ada alasannya sendiri, tiada siapa yang tahu kecuali Allah.”

Wajah Safiyah sedikit berubah, seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Safiyah tahu siapa yang digelar Dzatun Nithaqain?”

“Ya, anak kepada Abu Bakar as-Siddiq kan?” balas Safiyah.

Benar, dialah Asma’ Abu Bakar. Seorang lagi muslimah yang mempunyai sifat solehah. Sewaktu berhijrah bersama Rasulullah, Abu Bakar as-Siddiq tidak meninggalkan satu sen pun harta untuk keluarganya. Semua hartanya telah dibawa demi untuk Allah dan rasul-Nya.

Namun Asma’ memang seorang muslimah dan anak yang berakhlak mulia. Dia tidak sedikit pun berasa sedih dengan kehidupan yang penuh kepayahan dan kekurangan. Sifat ini jelas terpancar pada Asma’ bila mana dia berdialog dengan penuh bijaksana kepada datuknya iaitu Abu Quhafah:

“Demi Allah! Tentu ayahmu telah mengecewakanmu dengan hartanya, di samping akan menyusahkanmu dengan pemergiannya!”

Jawab wanita yang mulia ini,

“Tidak wahai datuk! sekali-kali tidak! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami” ujarnya sambil menghiburkan dan menenangkan datuknya.

Dikumpulkannya batu-batu kerikil yang kemudiannya dimasukkan ke dalam lubang tempat kebiasaannya menyimpan wang. Kemudian dibawakan datuknya yang buta itu ke tempat simpanan tersebut, lantas berkata,

“Lihatlah datukku! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami!”

Perkataan tersebut ternyata berjaya menyakinkan Abu Quhafah. Maksud perbuatan tersebut adalah untuk menyenangkan hati datuknya, agar tidak bersusah hati memikirkan hal tersebut.

Begitulah Asma’, muslimah bijaksana yang berpegang teguh kepada janji Allah, yang membeli syurga dengan jihad.

Mengadu Hanya Kepada Allah

“Safiyah…saya mungkin tidak dapat menyelami apa yang ada dalam isi hati awak. Tetapi Allah Maha Mengetahui. Anak yatim adalah anak yang mulia, dilindungi Allah setiap masa. Mengadulah hanya kepada Allah.” Saya cuba memujuk Safiyah.

“Astaqfirullah, rupa-rupanya ada insan yang lebih besar ujiannya daripada saya.” ujar Safiyah dalam nada yang agak perlahan.

Saya tersenyum mendengar bicara Safiyah. Ringkas tetapi mendalam. Semoga dia menjumpai jalan untuk kembali menjadi anak yang solehah dan berpegang kepada janji Allah.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Share:

Perkara Yang Makruh Dan Membatalkan Solat.

Solat ialah tanda kesyukuran kita kepada Allah yang telah menjadikan alam ini untuk kita hidup dengan segala macam nikmatnya. Ia perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah perkara yang pertama sekali dihisab di akhirat nanti.


Solat ialah tanda kesyukuran kita kepada Allah yang telah menjadikan alam ini untuk kita hidup dengan segala macam nikmatnya. Ia perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah perkara yang pertama sekali dihisab di akhirat nanti.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda ;

“Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya. Jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung. Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah Azza Wajalla berfirman ;

“Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya? Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardhu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu.”

(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425, 1426)
Bermula semasa kita mengambil wudhuk sehingga tamat solat sama ada solat fardhu atau pun sunat, hendaklah dilakukan dengan sempurna. Ini bagi memastikan solat kita diterima oleh Allah SWT.

Mungkin selama ini kita tidak tahu bahawa ada perkara yang boleh membatalkan solat yang telah kita lakukan. Mungkin juga kita ragu-ragu dalam sesuatu hal. Oleh itu, disenaraikan di sini 11 perkara yang boleh membatalkan solat kita iaitu:

1. Semua perkara yang membatalkan wuduk.

2. Berhadas besar atau kecil semasa dalam solat.

3. Terkena najis pada anggota badan, pakaian dan tempat solat.

4. Berkata-kata dengan sengaja walaupun sedikit. Ini juga termasuklah ketawa.

5. Sengaja mendedahkan aurat atau tidak sengaja segera menutupnya kembali apabila auratnya terbuka.

6. Makan dan minum.

7. Bergerak tiga kali berturut-turut seperti bergerak tiga langkah berturut-turut atau memukul tiga kali berturut-turut.

8. Dengan sengaja melebihkan rukun fi’li iaitu perbuatan di dalam solat. Contohnya, menambah rukuk dan sujud.

9. Mengubah niatnya iaitu seperti berniat memutuskan solat ataupun ragu-ragu sama ada hendak memutuskan solat atau tidak.

10. Berpaling daripada menghadap kiblat dengan memusingkan dadanya kekiri atau ke kanan.

11. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

Kita juga perlu berhati-hati dengan perkara-perkara yang makruh ketika solat. Seeloknya, elakkanlah daripada melakukan perkara-perkara makruh ini:

1. Bercekak pinggang.

2. Melihat ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang.

3. Memberi isyarat dengan tangan, kecuali menunjuk ketika membaca tahiyyat.

4. Meludah.

5. Membiarkan rambut atau pakaian yang kusut dan tidak teratur.

6. Menyapu tempat sujud ketika sujud, kecuali jika terpaksa.

7. Membuka mulut lebar-lebar semasa menguap dalam solat.

8. Menahan lapar dan menahan daripada membuang air sedangkan ia amat mendesak.

9. Kalau bilal sudah iqamat untuk mengerjakan solat fardhu, maka makruh untuk mengerjakan solat yang lain lagi melainkan solat yang fardhu itu sahaja.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Share:

Tahajud, Anugerah Allah Di Sepertiga Malam.


Allah SWT menyuruh hambaNya untuk sentiasa mengingatiNya dengan melakukan pelbagai amalan dan ibadah, iaitu menyedikitkan tidur malam dan memperbanyak qiamullail dan solat-solat malam seperti yang dianjurkan as-sunnah.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah untuk solat malam, kecuali sedikit sekali untuk tidur, iaitu seperdua dari waktu malam itu atau kurang sedikit daripadanya atau lebihi dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran dengan tartil dengan penuh perhatian, pengertian dan khusyuk.

Sesungguhnya saat-saat di waktu malam itu lebih kuat untuk khusyuk. Sesungguhnya bagimu waktu siang itu cukup panjang untuk berbagai urusan atau sebutlah (iaitu ingatilah) selalu nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadaNya sepenuh hatimu.”

Al-Muzzammil: 1 – 4 dan 6 -8
Selain itu, saidina Umar al-Khattab juga menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata, ‘golongan yang mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat’.

Lima kurniaan di dunia;

#1- Jauh Daripada Semua Penyakit

Salman Al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
#2- Dikurniakan Kesan Takwa Pada Wajah

Pernahkah melihat wajah-wajah ahli ibadah yang mengamalkan solat malam? Bukankah wajah mereka kelihatan berseri dan tenang? Itulah bukti anugerah yang Allah berikan kepadanya.

Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah mereka sahaja pun kita berasa cukup bahagia dan seronok, bahkan terasa mahu melihatnya berkali-kali.

#3- Dikasihi Oleh Semua Manusia

Sesiapa yang mengamalkan ibadah malam pasti akan dikasihi oleh setiap manusia, apatah lagi oleh Allah SWT. Begitulah ciri-ciri orang yang beriman dan beramal dengan Allah pasti akan mendapat kasih sayang dari sesiapa pun.

#4- Percakapan Dan Perbuatannya Mengandungi Hikmah (Kebijaksanaan)

Sesungguhnya ciri-ciri mereka yang beriman adalah yang menjaga adab dan pertuturan kata-kata mereka. Golongan ini sudah tentu tidak berbicara hal yang melalaikan tetapi setiap kata-kata mereka adalah yang bermanfaat dan berhikmah.

Begitu juga dalam perbuatan dan tindak tanduk mereka yang sentiasa berusaha menjauhi perkara yang melalaikan dan berlumba-lumba melakukan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

#5- Dikurniakan Kekuatan Dan Rezeki (Halal dan Diberkati)

Dengan menunaikan setiap amal ibadah kepada Allah SWT, tidak kiralah apapun ibadahnya pasti akan ditunaikan rezeki yang melimpah-ruah, seperti makanan yang enak, kesihatan, keluarga yang bahagia dan sebagainya. Bahkan setiap rezeki akan diberkati oleh Allah SWT.

Empat Kurniaan Di Akhirat;

1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.

2. Dipermudahkan hisab.

3. Melalui sirat al-Mustaqim dengan cepat seperti kilat.

4. Diserahkan surat amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Solat malam seperti Tahajud adalah tawaran emas kepada setiap hambaNya untuk mendekatkan hubungan dengan Allah SWT.

Walau tidak mudah untuk bangun tika banyak orang sedang nyenyak tidur, waktu yang dingin, ditambah dengan kesejukan untuk berwudhuk, namun semua ini adalah nikmat agung bagi sesiapa yang sering mengerjakannya sehingga terasa rugi pula jika meninggalkan peluang berharga itu.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Share:

Selasa, 14 Februari 2017

5 Syarat Agar Amalan Yang Dikerjakan Menjadi Ibadat.


Ibadat menurut bahasa bermaksud merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Manakala dari segi syarak pula adalah merendah diri, tunduk, patuh dan taat sepenuhnya kepada Allah. Ibadah terbahagi kepada dua bahagian iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.

Ibadat umum adalah apa yang diperintah oleh Allah dan wajib untuk dilakukan sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam rukun Islam dan yang seumpamanya seperti solat, puasa, zakat, haji, membaca Al-Quran, zikir dan sebagainya.

Ibadat umum pula adalah perkara selain apa yang terkandung di dalam ibadah umum. Ia dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

Berikut adalah syarat-syarat agar amalan yang kita lakukan menjadi ibadat dan memperoleh pahala dari Allah s.w.t:

1- Amalan-amalan yang dilakukan mestilah diakui Islam

Amalan-amalan itu mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum Islam.

2- Niat kerana Allah

Buatlah amalan dengan niat kerana Allah dan mendapat keredhaanNya. Apa jua yang dilakukan mestilah bertujuan untuk membangunkan diri, keluarga dan seluruh umat Islam.

3- Perkara yang dilakukan mengikut syariat

Ia bukanlah amalan yang dilarang oleh Allah atau diharamkan oleh-Nya. Amalan-amalan yang dibuat mestilah dibuat sebaik-baiknya mengikut kehendak Allah dan Rasulullah s.a.w.

4- Pelaksanaannya harus sesuai syariat

Dalam melaksanakan amalan atau pekerjaan tersebut, lakukanlah tanpa melampaui batas. Maka dalam amalannya, dia tidak menzalimi, menindas atau mengambil hak orang lain.

5- Tidak meninggalkan yang wajib

Dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjualbeli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

An-Nuur: 37
Janganlah amalan yang dikerjakan menyebabkan kita meninggalkan hal-hal yang wajib iaitu ibadat yang telah dikhususkan seperti meninggalkan solat fardu atau tidak berpuasa.

Konsep ibadat di dalam Islam amat luas berbanding konsep ibadah dalam agama lain. Dalam Islam, urusan dunia boleh dicampurkan dengan urusan akhirat. Lantas, amalan yang baik itu akhirnya menjadi suatu ibadat dan melahirkan umat yang berakhlak mulia.

 Sumber : KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Share:

11 Kelebihan Istighfar Yang Patut Anda Tahu.


Apabila dilihat makna di sebalik ungkapan ISTIGHFAR, “Aku memohon keampunan dari Allah swt.”; dapat dilihat bahawa ungkapan ini adalah suatu lafaz bertaubat dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Jelas sekali bahawa lafaz yang sangat pendek ini amat besar nilainya di sisi Allah swt iaitu sama besarnya dengan taubat seperti dalam firmanNya:

annasr3
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Surah An-Nasr: 3)

Justeru pasti lafaz yang tinggi kepentingannya sehingga sering dianjurkan Allah swt di dalam kitabNya ini memiliki banyak rahsia dan kelebihannya. Berikut adalah antara kelebihan-kelebihan mengamalkan istighfar di dalam kehidupan seharian kita.

#1 – Diampunkan Dosa-Dosanya oleh Allah swt

Kita adalah seorang hamba yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan jauh sekali dari kesempurnaan. Kelemahan diri dalam melawan hawa nafsu menyebabkan kita sering jatuh tersungkur di lembah maksiat.
Namun janganlah pernah berputus asa dalam mengharapkan keampunan daripada Allah swt dan teruslah beristighfar. Kerana Allah swt telah berjanji seperti di dalam sabda baginda Rasulullah saw:
Allah telah berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).”
 Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi

#2 – Dimakbulkan Permintaan & Hajat

Orang yang sentiasa ikhlas memohon keampunan daripada Allah swt pasti sentiasa dibersihkan dari dosa-dosanya. Apabila seseorang hamba itu bersih dari dosa maka munajatnya mudah diperkenankan oleh Allah swt kerana dekatnya dia di sisi Allah swt. Adalah tidak mustahil bagi Allah swt untuk memakbulkan segala permintaannya dengan sifat Allah Yang Maha Pemurah itu.
Imam Ahmad Ibnu Hambal mengisahkan kelebihan istighfar yang diamalkan oleh seorang pembuat roti. Sepanjang malam si pembuat roti akan membuat roti sambil beristighfar tanpa henti dan ini telah didengari oleh Imam Ahmad yang menumpang tidur di rumahnya.
istighfar tasbih quran
Doa dimakbulkan jika yakin dan rajin beristighfar kepada Allah. [Azrin]
Lalu ditanyakan kepadanya apakah kelebihan yang diperolehinya melalui amalan istighfar yang bersungguh-sungguh itu. Dijawab si pembuat roti bahawa Allah swt telah mengkabulkan segala permintaannya selama ini setiap kali dia berdoa kecuali permintaannya untuk bertemu dengan Imam Ahmad Ibnu Hambal.
(Si pembuat roti tidak mengenali Imam Ahmad yang dipelawanya untuk menumpang tidur di rumahnya sendiri ketika itu). Imam Ahmad sangat terkejut bagaimana Allah swt telah merencanakan perjalanannya sehingga dia berteduh di rumah si pembuat roti. Ternyata juga ini semua untuk memperkenankan hajat si pembuat roti iaitu ingin bertemu dengannya.
Melalui kisah ini dapat dikongsikan bahawa antara kelebihan amalan istighfar ialah diperkenankan segala permintaan dan dimakbulkan hajat oleh Allah swt pada hamba-hambaNya yang sentiasa memohon keampunan dariNya.

#3 – Bertambah Kekuatan

“Tiada daya dan kudrat melainkan hanya dengan Allah swt,” itulah fitrah kejadian manusia. Segala kekuatan hanya milik Sang Pencipta. Betapa setiap ujian dan cabaran dalam hidup yang ada pasang surutnya membuatkan kita lelah.
Mahu tidak mahu segala keperitan itu perlu dihadapi juga. Tapi dari manakah segala kekuatan dapat diperolehi kembali setelah diri dirasakan telah lunyai diasak dugaan? Firman Allah swt yang bermaksud:

hud52
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (Surah Hud: 52)

Dekatnya seorang hamba kepada Sang Pencipta, dekat lagi Sang Penciptanya kepada hamba itu. Dia tidak akan meninggalkan hamba-hambaNya yang begitu tekun mendekatiNya dengan sentiasa mengharapkan keampunanNya. Dan Tuhannya juga berjanji untuk menambah kekuatan hambaNya agar menang dalam menghadapi segala cabaran hidup di atas dunia ini.

#4 – Mudah Mendapat Zuriat

Para ulama’ menyarankan kepada setiap pasangan yang berhajat pada zuriat untuk memperbanyakkan amalan istighfar. Antara kisah yang boleh dikongsi di sini adalah dari Imam al Qurtubi yang diriwayatkan oleh Ibnu Shabih tentang seorang lelaki yang tidak mempunyai zuriat telah menemui Hasan al-Basri kerana hal ini.
Lelaki itu kemudiannya telah dinasihatkan oleh Hasan untuk mengamalkan istighfar. Setelah beberapa ketika mengamalkan istighfar, lelaki itu kembali kepada Hasan untuk memaklumkan kehamilan isterinya.
zuriat gembira keluarga
Memperoleh zuriat merupakan kebahagiaan paling bermakna dalam hidup. [Asknie]
Kelebihan istighfar dalam ikhtiar untuk mendapatkan zuriat juga telah dikongsi oleh Syeikh Aidh al Qarni di dalam ceramahnya. Syeikh Aidh al Qarni menceritakan bagaimana seorang wanita yang disahkan mandul oleh doktor dan pakar perubatan telah dikurniakan dengan anak setelah mengamalkan saranan seorang ulama’ untuk memperbanyakkan istighfar.
Menurut penceramah terkenal Ustazah Siti Nor Bahyah, Allah swt sentiasa mengasihi dan merahmati mereka yang beristighfar. Kasih sayang Allah swt kepada mereka memungkinkan pengurniaan cahaya mata dari Allah swt. Kerana itu beliau sangat menggesa agar pasangan yang inginkan cahaya mata untuk terus mengamalkan istighfar.
Nasihat yang sama kini turut diberikan oleh seorang penulis buku Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak. Istighfar merupakan salah satu amalan yang disenaraikan oleh ustaz kepada soalan yang ditanyakan kepadanya tentang bagaimana untuk dikurniakan anak.

#5 – Menyembuhkan Penyakit

Seorang da’i yang hanya dikenali sebagai Ustaz Danu telah berkongsi tentang pengalamannya selama 15 tahun yang meneliti bahawa terdapatnya hubungkait suatu penyakit dengan kebiasaan maksiat dan dosa yang dilakukan oleh seorang pesakit.
Menerusi pemerhatian inilah dia akhirnya menyimpulkan bahawa istighfar merupakan salah satu jalan kepada kesembuhan penyakit. Semua yang menemuinya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk menghadapi ujian penyakit yang dialami akan diusulkan agar memperbanyakkan istighfar. Imam Qatadah pernah berkata:
“Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian, adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.”
 Kitab Ihya’ Ulumuddin: 1/410
Rahsia amalan istighfar sebagai jalan penyembuhan juga telah saya alami sendiri. Sejak kecil lagi saya menghidapi suatu penyakit. Penyakit ini telah memberi kesukaran dan kesulitan kepada saya dalam menjalankan aktiviti harian.
Saya pernah berjumpa ramai doktor dan berikhtiar dengan ramai ustaz, namun ternyata Allah swt belum mengizinkan kesembuhan ke atas saya. Sehinggalah saya dinasihati oleh seseorang untuk memohon keampunan dari Allah swt.
sembuh penyakit darah merah
Dengan izin Allah, dengan istighfar dapat menyembuhkan penyakit. [jibonbld]
Jangan minta apa-apa untuk dunia dan jangan minta apa-apa untuk akhirat; jangan minta apa-apa dari Allah swt melainkan keampunan sahaja, begitu sekali ditekankan kepada saya. Selama tiga hari saya hanya minta ampun tanpa memikirkan apa-apa selain itu, bahkan berdoa untuk kesembuhan kesakitan itu juga saya tidak.
Segala puji hanya bagi Allah swt, tanpa disangka penyakit yang dihadapi selama bertahun-tahun itu sembuh selepas hanya tiga hari. Sejak itu saya sangat yakin dengan amalan istighfar dan sesiapa sahaja akan saya nasihatkan agar perbanyakkan istighfar sebagai kunci mendapatkan kesembuhan.

#6 – Menyejukkan Hati Isteri yang Sedang Marah

Dikisahkan tentang seorang hamba Allah yang telah bertengkar dengan isterinya mulai saat dia tiba di rumah sehingga menjelang Subuh. Teruknya keadaan mereka suami isteri bertengkar sehingga si isteri membuat keputusan untuk keluar dari rumah dan pulang kepada orang tuanya.
Kecewa kerana gagal memujuk si isteri, hamba Allah ini telah pergi ke masjid dalam keadaan marah dan beremosi ketika isterinya sibuk mengemas pakaian. Selepas solat Subuh berjemaah, hamba Allah ini memilih untuk beristighfar selama sejam bagi menenangkan dirinya dari terus pulang ke rumah.
isteri marah pujuk keluarga
Utamakan keluarga dan tenteramkanlah hati kerana Allah swt. [ashrafali]
Usai beristighfar dia kembali ke rumah namun alangkah terkejutnya dia apabila melihat si isteri sedang menanti dengan wajah yang manis dan ceria. Lebih menghairankan apabila si isteri juga meminta maaf atas keterlanjuran dan pertelingkahan yang berlaku sepanjang malam itu.
Hamba Allah ini lalu bertanya si isteri apa yang berlaku sehingga si isteri boleh berubah. Si isteri menjawab bahawa dia juga tidak tahu namun sejak sejam yang lalu hatinya tiba-tiba merasa tenang dan jiwanya jadi tenteram. Si isteri juga jadi sedar pada kesilapannya. Hamba Allah ini lantas teringat bahawa pada sejam itulah dia sedang khusyuk beristighfar. Hamba Allah ini sangat bersyukur atas bantuan Allah swt dalam mendamaikan hati mereka berdua.
Mungkin ada kesilapan, dosa dan maksiat yang kita lakukan secara sedar atau tidak kepada Allah swt sehingga kita diuji dengan pasangan dan keluarga kita. Anak-anak jadi degil dan liar, entah ke mana perginya. Kembalilah kepada Allah swt atas teguran ini, berhentilah dengan dosa dan banyakkan memohon ampun. InsyaAllah akan dikembalikan keamanan di dalam keluarga kita.

#7 – Dijauhkan dari Azab & Bala


alanfal33
Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun). (Surah Al-Anfal: 33)

Mintalah ampun pada setiap masa kerana sungguh kita tidak tahu ketika bila Allah swt mengurniakan keampunan kepada kita. Jangan berhenti mengharapkan keampunan Allah swt kerana kita tidak tahu lafaz yang mana diangkat Allah swt sebagai asbab menyelamatkan kita dan keluarga kita dari azab dan bala di dunia dan di akhirat.
Seorang pemotong daging telah ditanya oleh seorang ulama’ tentang amalan apakah yang sering dilakukannya sehingga kubur ayahnya begitu lapang dan bercahaya. Amalan apakah yang menyebabkan ayahnya tidak diazab di alam barzakh sedangkan penghuni kubur yang lain berada dalam dukacita.
Ternyata jawab si pemotong daging bahawa dia tidak pernah berhenti memohon keampunan Allah swt untuk ayahnya dan amalan inilah yang menyelamatkan ayahnya di sana.

#8 – Ditambah Nikmat & Kekayaan

Dr Azizan Osman, seorang jutawan yang tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman amat menegaskan amalan istighfar kepada para pelajarnya selain amalan sedekah.
Kaya Duit Wang Nikmat
Selayaknya Allah swt memberikan ganjaran kepada hambaNya yang soleh. [Erik]
Seorang peniaga minyak wangi yang berjaya pula pernah menasihati saya untuk mengamalkan sekurang-kurangnya 70 kali istighfar sebelum memulakan sesi perniagaan.
Nasihat ini ada benarnya dan terbukti kerana antara janji Allah swt ganjaran buat mereka yang memohon keampunan kepadaNya adalah kekayaan dalam bentuk harta, rezeki dan anak-anak. Firman Allah swt:

nuh10
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Surah Nuh: 10)
nuh11
“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (Surah Nuh: 11)
nuh12
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (Surah Nuh: 12)

Selain itu, Allah swt juga berjanji bahawa mereka yang beristighfar akan diberi nikmat yang tidak putus-putus seperti di dalam firmanNya:

hud3
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). (Surah Hud: 3)

#9 – Memberatkan Timbangan Akhirat & Diangkat Ke Syurga

Kesayangan Rasulullah saw, Saidatina Aisyah ra pernah berkata:
“Beruntunglah orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”
 Riwayat Bukhari
Mengapa beruntung? Keampunan Allah swt akan memadam segala rekod jahat di dalam catatan amal seorang hamba. Malah kejahatan akan diganti dengan kebajikan seperti firman Allah:

alfurqan70
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Furqan: 70)

Maka pahala akan bertambah dan dosa akan berkurang. Ini akan memberatkan timbangan di akhirat kelak. Selain pahala dan kebajikan yang banyak, Allah swt juga menjanjikan syurga kepada mereka yang memohon keampunanNya seperti firman Allah:

aliimran135
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah Ali-Imran: 135)
aliimran136
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (Surah Ali-Imran: 136)

#10 – Penyelesaian Setiap Permasalahan, Jalan Keluar dari Kesusahan & Kesedihan

Perkongsian ini dari seorang ulama’, Ibnu Taimiyyah Rahimahullah. Menurut pengalaman beliau:
“Sungguh, kadang-kadang terlintas di hatiku suatu persoalan yang sulit untuk aku fahami, maka aku beristighfar kepada Allah, sehingga dadaku menjadi lapang dan persoalan itu terpecahkan. Terkadang aku berada di pasar, masjid atau sekolah, hal itu tidak menghalangiku untuk mengucapkan istighfar, hingga aku memperoleh yang aku inginkan.”
Keyakinan para ulama’ dalam melazimi istighfar telah memberi manfaat kepada mereka untuk memahami dan mendalami persoalan ilmu sehingga menjadi pakar dalam bidang mereka. Istighfar juga memudahkan segala urusan dan menyelesaikan masalah sehingga mereka dapat mengatur masa dalam kesibukan mereka belajar, mengajar, bekerja dan menulis kitab. Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah saw juga bersabda:
“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
 Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad

#11 – Menggembirakan Allah & Dicintai Allah

Pasti matlamat utama istighfar adalah untuk mendapatkan redha daripada Allah swt. Mudahan redha Allah swt membuatkan kita beroleh ehsan dariNya ketika hari Kiamat tiba dan ketika kita dalam perhitungan antara Neraka dan Syurga. Redha Allah swt akan diperolehi apabila kita menggembirakan Allah swt dan istighfar adalah jalannya. Rasulullah saw bersabda:
“Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.”
 Riwayat Bukhari dan Muslim
Rasulullah saw juga bersabda:
“Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya bagaikan orang yang tidak berdosa.”
 Riwayat Ibnu Majah
Kekasih adalah orang yang dicintai. Kekasih adalah orang yang sentiasa dirindui dalam ingatan. Seorang yang bercinta akan sanggup melakukan apa sahaja agar yang dicinta selamat dan gembira sentiasa.
Kemanisan apakah yang lebih hebat dari kemanisan bercinta? Kekasih manakah yang lebih hebat dalam bercinta jika bukan Allah swt? Maka beruntunglah orang yang dicintai Allah swt. FirmanNya:

albaqarah222
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Surah Al-Baqarah: 222)

Rumusan

Dengan begitu banyak kemanisan, ganjaran dan kelebihan istighfar, maka rugilah jika kita tidak mengejar segala kebaikan ini untuk pelaburan dunia dan keuntungan akhirat. Berhentilah berdolak-dalih dengan pelbagai alasan untuk kembali kepada Tuhan sedangkan istighfar boleh dilakukan di mana sahaja dengan lafaz yang paling mudah. Lazimi istighfar ketika senang, mudahan istighfar menjadi asbab bantuan ketika susah.
KONGSIKAN TAZKIRAH INI
Share:

Follow Us OnFacebook

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog