Menyajikan Kupasan Berita Menafaat Untuk Anda Semua.

Ahad, 13 November 2016

Info Penting!!! Inilah 5 Balasan Nisbah Bagi Orang-orang Islam Yang Meninggalkan Solat 5 Waktu.. (Sebarkan Peringatan Ini)


============================BALASAN MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU============================SEKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA:

Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.


SEKSAAN KETIKA SAKARATUL MAUT:Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.


SEKSAAN KETIKA DI DALAM KUBUR;Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.


SEKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT:Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka...............................................NISBAH DOSA BAGI ORANG-ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG SETIAP WAKTU:SUBUH: Ia akan diseksa selama 60 tahun di dalam neraka.ZUHUR: Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.ASAR: Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.MAGHRIB: Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).ISYAK: Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain. Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku."..............................................Marilah kita sama-sama menjaga solat.Sesungguhnya solat itu adalah tiang agama.
Share:

Kehidupan Di Dunia Ini Hanyalah Ujian & Penjara Bagi Orang Beriman. Apakah Maksudnya? Inilah Jawapannya.


Dunia ini  Hanyalah penjara bagi orang beriman. Apa maksudnya?

عن أبى هريرة قال قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- «الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر»Dari Abu Hurairah, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir." (HR. Muslim no. 2392)


Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Shahih Muslim menerangkan, "Orang mukmin terpenjara di dunia kerana mesti menahan diri dari berbagai syahwat yang diharamkan dan dimakruhkan. Orang mukmin juga diperintah untuk melakukan ketaatan. Ketika ia mati, barulah ia rehat dari hal itu. Kemudian ia akan memperoleh apa yang telah Allah janjikan dengan kenikmatan dunia yang kekal, mendapati peristirahatan yang jauh dari sifat kurang.


Adapun orang kafir, dunia yang ia peroleh sedikit atau pun banyak, ketika ia meninggal dunia, ia akan mendapatkan azab (siksa) yang kekal abadi. "Al-Munawi rahimahullah dalam Mirqah Al-Mafatih menjelaskan, "Dikatakan dalam penjara kerana orang mukmin terhalang untuk melakukan syahwat yang diharamkan. Sedangkan keadaan orang kafir adalah sebaliknya sehingga seakan-akan ia berada di syurga. "


Jadi bersabarlah dari maksiat dengan menahan diri. Kerana dunia ini adalah penjara bagi kita di dunia. Di akhirat kita akan peroleh balasannya.
Share:

Kisah Pertanyaan Malaikat Dengan Allah SWT,Mengapa Diciptakan Wanita Ya Allah ??? Jawapan Ini Membuat Kita Terpana..


ketika Allahmenciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, 
Ya Alllah ???"

Allah menjawab:"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan ".


Malaikat menjawab dgn takjub,"Hanya dengan dua tangan? Tidak mungkin!"Allah menjawab, "Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".


Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"


Allah menjawab, "Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata.""Untuk apa ???", tanya malaikat. Allah melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri.


Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis,menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.Dia berkorban demi orang yang dicintainya,Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.Dia begitu bersedih mendengar 


berita kesakitan dan kematian,Tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.Allah S.W.T berfirman:"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,namun, harus cukup lembut untuk memberikan kemudahan. ""Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketikaorang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. ""Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."


"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.""Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,


tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya
 
untuk berada disisi suaminya tanpa ragu. ""Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan. ""Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. "


"CINTANYA TANPA SYARAT".
Share:

SubhanAllah !!! Info Menafaat : MAMPUKAH kita jawab 5 soalan di dalam kubur nanti?Ini Jawapan Perlu Kita Fahami.


MAMPUKAH kita jawab 5 soalan di dalam kubur nanti?

Setiap yang hidup akan mati, dan setiap yang mati akan dibangkitkan semasa di Padang Masyar. Adakah kita golongan ahli Syurga atau golongan ahli Neraka. Kita yang tentukan sama ada di Syurga atau di neraka selepas kehidupan di alam barzakh.Setiap muslim yang hidup di dunia ini perlu tahu apa soalan-soalan cepumas yang akan ditanya dan semua jawapan tersebut telah kita ketahui. Yang kita tidak ketahui adalah dapatkah kita menjawab semua persoalan yang ditanya oleh malaikat Mungkar dan Nakir.


Rasulullah saw bersabda: "Apabila si mati dikuburkan, datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama" Munkar "dan yang satu lagi disebut dengan nama" Nakir ", (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya). Kemudian mereka menyoalnya: Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?


Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: Apa yang engkau pernah sembah?Maka kalau Allah memberi hidayah petunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: Aku menyembah Allah!Kemudian ia ditanya lagi: Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?


Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga:Mereka menyoalnya dengan berkata: Siapa Tuhanmu?Ia menjawab: Tuhanku ialah Allah!Mereka bertanya lagi: Apa agama mu?Ia menjawab: Agamaku ialah Islam!Mereka bertanya lagi: Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu ?.


Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: Orang itu (Muhammad saw) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan Rasul-Nya! .


Mereka berkata kepadanya: Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian.Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda saw bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga. "


Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya; kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: Tidurlah! Lalu ia berkata: Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku ?.


Dua Malaikat itu berkata kepadanya: Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu.


Jika si mati itu seorang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak.


Lalu dua Malaikat itu berkata: Memang kami tahu engkau berkata demikian.


Dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia pakaian dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke neraka.


Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya; kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya. "(Abu Hurairah r.a).
Share:

Khamis, 10 November 2016

Akhirnya Terbongkar Kenapa Azan Dengan Pembesar Suara Tidak Dibolehkan Di Singapura !!!


Apa yang diceritakan di sini adalah sekadar self-reflection (muhasabah diri sebagai Muslim):-

DISEBALIK PERLAHANNYA LAUNGAN AZAN #$%

Bila ada petisyen minta azan diperlahankan di masjid-masjid kerana mengganggu penduduk setempat MP muslims di Singapura sangat marah. Maka, PM singapura masa tu Lee Kuan Yew telah membuat tinjauan di masjid-masjid di Singapura pada waktu solat fardhu untuk melihat sendiri bilangan jemaah yg hadir....

Ditanyanya apakah rasional dilaungkan azan? Maka MP Muslims menjawab "supaya kaum muslimin dtg bersolat di masjid"....

Jika azan sepatutnya mendapat respon 500 muslim di kawasan itu kenapa hanya 2 baris (2 saf - lebih kurang 30 org) yang hadir setiap kali solat fardhu. Dan keadaan ini sama sepanjang 2 bulan tinjauannya. Maka katanya lagi -permintaan siapakah yang wajar dipertimbangkan...? Majoriti penduduk yg merasakan azan bising dan mengganggu atau cuma 30 org yang menyahut seruan azan itu? MP muslims terkedu....

Kita marah hak kita dirampas, tapi apa tanggungjawab kita menjaga hak itu? Bila keputusan dibuat berdasarkan majoriti kita sebagai orang Islam berasa amat marah dan kononnya tersinggung....

Dimana kekuatan kita????

Kita marah orang hina agama kita tapi adakah kita memuliakannya????

Marilah sama-sama kita muhasabah diri buat kita di dunia ini bagi muslimin-muslimin sekalian. Di mana kesungguhan untuk solat berjemaah di masjid....

Berbaloikah kita terlampau mengejar kesenangan hidup di dunia yang sementara tanpa sedar maruah agama tergadai...

Jom kita jadi muslim terpilih yang Allah sebut dalam al-Quran sebagai kuntum khairun ummah...

Jom kita ubah diri sebelum membawa perubahan kepada yang lain...

Buat renungan kita...

JANGAN BERULANG SEJARAH INI PULA DI MALAYSIA NANTI...

Penuhilah masjid kerana Allah. Setiap langkah ke sana penuh dengan pahala...
Share:

MASYALLAH DAH Jumpa..!!! Inilah Penawar Yg Disembunyi Pakar Kanser..2-3 Potongan Lemon Direndam Di Air Panas Ternyata 10,000x Lebih Kuat Dari Kemoterapi, Tolong Artikel Ini Jangan Putus Pada Anda, Bantu Saya Untuk Share Ke Kekawan Yang Lain Agar Bermanfaat..


Potong 2-3 keping lalu dimasukkan ke gelas, tambah air panas, air lemon bakal jadi sedikit “keruh”, minum setiap hari dapat menyihatkan badan kita.

Air lemon panas dapat melepaskan zat anti kanser dalam tubuh kita, hal semacam ini jadi penyembuhan kanser terbaru dalam dunia perubatan. Ais air lemon cuma mempunyai kandungan vitamin C, sama seperti tomato, dari pada langsung makan, lebih baik dimasak dahulu dengan baik, kerana tomato mentah tak mempunyai kandungan lycopene.

Lemon merupakan buah ajaib yang boleh membunuh sel kanser, 10,000 kali lebih kuat dari kemoterapi, namun tak menghasilkan kesan sampingan seperti kemoterapi. Saat tekanan darah terlampau tinggi, lemon boleh mengatur tekanan darah, antidepresan serta gangguan saraf, 10,000 kali lebih baik daripada ubat, lemon boleh melambatkan perkembangan sel kanser.

Dihasilkan dengan therapy lemon, cuma akan memusnahkan sel-sel ganas, namun tak mempengaruhi sel-sel sihat.
Juice lemon, asam sitrat serta limau polifenol, boleh secara efektif mencegah tromboemboli urat, menyesuaikan aliran darah, mengurangkan pembekuan darah. Saya saat ini tahu bahawa limau merupakan buah yang sangat baik, jom share dengan rakan-rakan dan keluarga biar mereka juga tau!
Share:

Khamis, 3 November 2016

Bersentuhan Dengan Kanak-Kanak Bukan Mahram: Adakah Membatalkan Wudhu Atau Tidak? Inilah Jawapannya.


(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bukanlah suatu perkara  yang dirisaukan dan diragukan seseorang jika tersentuh dengan mahram di dalam  keadaan berwudhu.  Ini kerana ramai yang tahu bahawa wudhu tidak akan batal jika persentuhan berlaku antara sesama mahram.  Hukum syara‘ telah menetapkan wudhu seseorang tidak batal jika bersentuhan dengan mahram mu’abbad  (yang diharamkan nikah dengannya untuk selamanya), sama ada disebabkan keturunan, penyusuan mahupun perkahwinan seperti menantu dengan mertua.

Status  mahram ternyata membuatkan seseorang merasa yakin, sekaligus menolak keraguan  adakah wudhu masih sah atau batal apabila bersentuhan kulit  dengan yang berlawan jantina.

Umpamanya wudhu seorang ibu  tidak batal jika menyentuh anak kandung lelaki yang masih kecil ataupun yang sudah dewasa. Sebaliknya  kerisauan, keraguan dan kekeliruan itu adakalanya berlaku pada segelintir orang Islam  terutama mereka yang sering berhadapan dengan kanak-kanak  seperti guru tadika, jururawat
atau pengasuh anak.

Mereka tidak tahu  atau tidak pasti sama ada wudhu menjadi batal  disebabkan berlakunya persentuhan antara kanak-kanak yang berlawanan jantina  yang bukan dari kalangan mahram mereka ataupun tidak?  Adakah wudhu batal jika menyentuh, disentuh atau tersentuh kanak-kanak tersebut?

Bersentuhan  Kulit Antara Lelaki Dan Perempuan Membatalkan Wudhu

Pada dasarnya, menurut mazhab Syafi‘e,  bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan  adalah  antara perkara yang membatalkan wudhu.  Ketetapan ini bersandarkan kepada  firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:  “…Atau kamu bersentuh dengan perempuan (yang bukan mahram) lalu kamu tidak memperolehi air (untuk berwudhu atau mandi), maka bertayamumlah dengan tanah (debu) yang suci,  iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu (hingga ke siku) dengannya...” (Surah al-Ma’idah: 6)

Ayat di atas memerintahkan agar  berwudhu atau bertayammum - jika dalam keadaan ketiadaan air - untuk menghilangkan hadats akibat  berlakunya persentuhan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram.

Secara ringkasnya, yang dimaksudkan dengan bersentuh itu ialah:

1) Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan, hendaklah terdiri dari  orang dewasa atau orang yang sudah mencapai tahap memiliki syahwat.

2) Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai hubungan mahram.3) Bersentuhan selain dari rambut, gigi dan kuku kerana anggotaanggota tersebut tidak mendatangkan syahwat dengan
menyentuhnya sebagaimana pendapat ashah.

4) Bersentuhan langsung antara kulit iaitu tidak diselangi atau dialas oleh sesuatu seperti lapik atau baju sekalipun nipis.

5) Berlaku persentuhan sama ada  dengan menyentuh, disentuh mahupun tersentuh. Manakala yang dimaksudkan dengan lelaki  dan perempuan  itu  ialah lelaki  dan perempuan  yang  jelas mencapai  tahap memiliki  syahwat sebagaimana pada kebiasaan naluri semulajadi setiap manusia normal.

Oleh yang demikian, jika persentuhan kulit berlaku sebagaimana yang dimaksudkan di atas, maka wudhu menjadi batal dan tetap batal sekalipun persentuhan itu tidak disertai dengan rasa syahwat, tidak sengaja, lupa atau dalam keadaan terpaksa.

Wudhu juga batal meskipun bersentuhan dengan lelaki yang tidak cenderung terhadap perempuan, lelaki yang tidak lagi bersyahwat, perempuan tua yang tidak lagi bersyahwat atau tidak membangkitkan rasa syahwat apabila menyentuhnya.

Selain itu, wudhu juga batal dengan menyentuh atau tersentuh anggota  badan yang lumpuh,  anggota tambahan,  ataupun  orang mati. Akan tetapi wudhu orang mati adalah tidak batal.

Dalam perkara bersentuhan ini, kedudukan wudhu  orang yang menyentuh sama juga dengan orang yang disentuh iaitu batal ke atas kedua-duanya jika berlaku persentuhan antara mereka kerana kedua-duanya mengalami perkongsian rasa bersentuhan itu.

Bersentuhan Kulit  Dengan Kanak-Kanak Dalam Keadaan Berwudhu

Sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama, wudhu menjadi batal jika persentuhan  kulit  berlaku antara lelaki dewasa dan perempuan dewasa yang  dikatakan  mencapai  tahap memiliki syahwat mengikut ‘uruf (kebiasaan).

Ini bererti, wudhu tidak batal jika berlaku persentuhan kulit antara dua orang kanak-kanak kerana tidak ada kemungkinan syahwat. Berbeza halnya jika bersentuhan dengan lelaki atau perempuan yang cukup  tua, wudhu tetap batal walaupun tidak ada kemungkinan syahwat kerana mereka adalah antara orang sudah
mencapai tahap memiliki syahwat.

Jika persentuhan kulit itu berlaku di antara orang dewasa dan kanak-kanak, perlulah diperhatikan keadaan seperti contoh berikut:

Contoh:

Persentuhan kulit di antara A (lelaki dewasa) dan B (kanak-kanak perempuan);

1) Jika persentuhan kulit berlaku antara A dan B, maka wudhu kedua-duanya tidak batal kerana wudhu tidak batal jika persentuhan kulit berlaku dengan salah seorang darinya adalah kanak-kanak yang belum lagi mencapai had memiliki syahwat.

2) Jika persentuhan kulit berlaku  dan  secara  jelas  B sudah mencapai  had memiliki syahwat walaupun B masih di peringkat umur kanak-kanak pada kebiasaannya,  maka wudhu kedua-duanya (A dan B) batal dan tetap batal sekalipun tidak bersyahwat semasa persentuhan berlaku.

3) Jika persentuhan kulit berlaku dan tidak jelas  ( di luar pengetahuan)  adakah B sudah mencapai  had memiliki syahwat, maka wudhu kedua-duanya (A dan B) tidak batal kerana wudhu tidak batal jika merasa syak atau ragu sama ada perempuan atau lelaki  berkenaan  masih  dikira  kanak-kanak yang belum bersyahwat atau sebaliknya.

Perkara ini tertakluk kepada keyakinan seseorang. Keyakinan adalah disyaratkan dalam perkara ini. Dalam erti kata lain, wudhu tidak batal jika dihadiri rasa syak atau ragu adakah seseorang yang dengan  kita bersentuhan itu adalah dikira kanak-kanak ataupun sebaliknya.

Untuk memudahkan, berikut adalah perkara yang perlu diambil perhatian sebagai sukat-sukat dalam menilai seorang kanak-kanak itu menurut pandangan syara‘.

Siapakah Yang Dimaksudkan Dengan Kanak-Kanak?

Secara amnya, menurut istilah para fuqaha, kanak-kanak itu ialah seseorang yang belum baligh. Baligh bermaksud kanak-kanak yang sudah cukup umur, iaitu apabila umurnya sudah mencapai 15 tahun ataupun kanak-kanak lelaki bermimpi sehingga keluar air mani, manakala kanak-kanak perempuan telah keluar haid dalam jangka umur antara 9 hingga 15 tahun.

Dari keterangan di atas, peringkat kanak-kanak itu ialah dari semenjak lahir sehingga mencapai peringkat baligh.

Terdapat dua peringkat akan dialami oleh setiap kanak-kanak normal iaitu:

1) Peringkat Belum Mumaiyiz: Bermula dari sejak kelahiran sehinggalah kanak-kanak itu mencapai umur mumaiyiz. Secara kebiasaannya kanak-kanak yang belum mumaiyiz ini berusia tidak lebih dari 7 tahun.

2) Peringkat Mumaiyiz: Bermula dari sejak kanak-kanak itu berkemampuan untuk membezakan di antara sesuatu dengan sesuatu yang lain,  dapat membezakan antara sesuatu yang bermanfaat dan yang memudaratkan.

Peringkat kanak-kanak yang mencapai tahap mumaiyiz tiada had umur yang tertentu tetapi berpandukan pada kebolehannya dalam menentukan setiap perbuatan yang hendak dilakukannya.  Berakhir peringkat ini apabila mencapai tahap baligh.

Dari satu sudut lagi, kanak-kanak itu ialah yang menurut kebiasaan umum tidak ada kemungkinan syahwat, lawan kepada dewasa iaitu orang yang telah mencapai had memiliki syahwat.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Syahwat?

Syahwat ialah perasaan atau naluri semulajadi yang ingin atau cenderung terhadap sesuatu dan sebahagian besarnya adalah perasaan atau naluri yang ingin atau cenderung kepada kelazatan.

Adapun syahwat yang dimaksudkan dalam konteks membatalkan wudhu ini adalah yang dinamakan syahwat  jinsiyyah iaitu gelora hati dan perasaan yang suka atau ingin terhadap kaum lawan jenis yang juga kadang-kadang bercampur baur dengan rasa keinginan sehingga boleh membangkitkan  rangsangan fizikal apabila
memandang atau memegang sesuatu.

Di dalam kitab I‘anah ath-Thalibin disebutkan bahawa sukat-sukatsyahwat  bagi seorang lelaki  adalah dengan  adanya rangsanganfizikal pada anggota tertentu manakala bagi seorang perempuan adalah dengan  kecenderungan hati atau berkeinginan terhadap lelaki.

Batalkah Wudhu Jika  Bersentuhan Dengan Kanak-Kanak Bukan Islam?

Salah satu perkara membatalkan wudhu ialah bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan  yang bukan mahram dengan tidak berlapik.  Sebaliknya wudhu tidak batal jika persentuhan  kulit berlaku antara sesama jenis, sesama khuntsa, khuntsa dengan lelaki atau  khuntsa dengan perempuan sama ada mereka Islam atau
bukan Islam.

Demikian juga halnya dengan yang melibatkan kanak-kanak bukan Islam. Hukum  lelaki dewasa dan perempuan dewasa bersentuhandengan kanak-kanak bukan Islam adalah sama juga dengan kanak-kanak Islam dalam perkara wudhu ini sebagaimana menurut pendapat para ulama fiqh.

Berdasarkan keterangan di atas, apa yang dapat difahami, tiada had umur tertentu bagi menentukan kanak-kanak yang batal dan yang tidak batal wudhu apabila bersentuhan dengannya. Tetapi memadai dengan  berpandukan pada  keyakinan dan pengetahuan seseorang dalam menilainya serta dengan berpandukan kepada  ‘uruf atau kebiasaan sesuatu tempat dan masyarakat.

Wudhu tidak batal jika menyentuh atau tersentuh kulit bayi atau kanak-kanak yang  pada zahirnya tidak ada kemungkinan syahwat dan tidak menimbulkan syahwat.

Namun perlu diingat, wudhu akan tetap batal jika menyentuh atau tersentuh kemaluan walaupun kemaluan bayi atau kanak-kanak kerana menyentuh atau tersentuh kemaluan dengan jari atau bahagian dalam tangan (tapak tangan) yang tidak berlapik sama ada sengaja atau tidak sengaja juga merupakan antara perkara yang
membatalkan wudhu.

Selain itu, wudhu ahli keluarga angkat juga akan batal jika bersentuhan dengan anak angkat bukan susuan kepada ibu angkat apabila anak tersebut sudah mencapai tahap memiliki syahwat kerana kedudukan hubungan anak angkat dengan keluarga angkat tetap tidak berubah seperti asalnya. Dia tetap dianggap orang asing dalam lingkungan keluarga angkatnya kecuali  jika  ada pertalian mahram atau  setelah disusukan oleh ibu  angkatnya dengan  mengikut dan memenuhi syarat penyusuan yang ditetapkan syara‘.
Share:

Hadith Bitoqoh, Pembuka Harapan Bagi Mereka Yang Lalai Dan Berdosa.


Al-Hakim mengeluarkan dalam al Mustadraknya pada hadith no 1937 dan mensahihkannya begitu juga Ibnu Hibban dalam sahihnya pada hadith no 225 dari AbduLlah bin 'Amar bin al 'Ash, dia berkata : RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

يصاح برجل من أمتي على رؤوس الخلائق يوم القيامة فينشر له تسع و تسعون سجلا كل سجل مد البصر ثم يقال له أتنكر من هذا شيئا ؟ فيقول ألك عذر أو حسنة ؟ فيهاب الرجل فيقول لا يا رب فيقول بلى إن لك عندنا حسنات و إنه لا ظلم عليك فيخرج له بطاقة فيها: أشهد أن لاإله إلا الله وأشهد أن محمدا عبده و رسوله فيقول يا رب ما هذه البطاقة مع هذه السجلات ؟ فيقول إنك لا تظلم قال فتوضع السجلات في كفة فطاشت السجلات وثقلت البطاقة

Ertinya : "Seorang lelaki dari ummatku akan dipanggil pada hari kiamat nanti di hadapan sekalian makhluk lalu dibentangkan kepadanya 99 buku catatan amal. Panjang tiap-tiap buku catatan amalnya sejauh mata memandang. Kemudian dikatakan kepadanya : "Apakah ada diantaranya yang tidak engkau setujui ? Lelaki itu berkata : "Tidak wahai Tuhanku". ALlah berfirman : "Apakah engkau memiliki keuzuran atau kebaikan?". "Tidak wahai Tuhanku". Jawab lelaki itu. ALlah berfirman: "Bahkan sebaliknya, menurut Kami engkau memiliki beberapa kebaikan dan engkau tidak akan dizalimi.

Lalu Allah subahanahu wa ta'ala mengeluarkan bitoqoh yang di dalamnya tertulis lafaz:

أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمدا عبده ورسوله

Lelaki itu berkata : "Wahai Tuhanku apakah erti bitoqoh berserta lembaran buku catatan amal ini ?" ALlah berfirman : "Engkau tidak akan dizalimi". Lalu beberapa buku catatan amal itu diletakkan di dalam satu piring timbangan dan bitoqoh itu pada piring timbangan yang lain. (Ternyata) beberapa buku catatan amal itu menjadi ringan dan bitoqoh itulah yang berat.

Hadith ini juga dikeluarkan oleh at Turmudzi dalam sunannya pada hadith no 2639 dan dia menganggapnya hasan. Juga dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam sunannya pada hadith no 4300 dan Imam Ahmad dalam musnadnya pada hadith no 6994.

Lalu bagaimana boleh sesudah hadith yang agung ini membuka pintu harapan bagi mereka yang lalai dan berdosa. Kita menghukumkan kepada mereka yang bersalah bahawa mereka adalah penghuni neraka tanpa ada pemberitahuan dari ALlah kepada kita ?

Padahal ALlah subahanahu wa ta'ala menjadikan manusia di hari kiamat nanti terdiri dari dua golongan. Satu golongan di dalam syurga dan satu golongan lagi di dalam neraka. Adapun penghuni syurga , maka mereka adalah kaum Muslimin dan mereka terdiri dari tiga jenis. ALlah subahanahu wa ta'ala telah berfirman :

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ (٣٢) جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ يَدۡخُلُونَہَا يُحَلَّوۡنَ فِيہَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ۬ وَلُؤۡلُؤً۬اۖ وَلِبَاسُہُمۡ فِيہَا حَرِيرٌ۬ (٣٣)

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (32) (Balasan mereka ialah) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. (33)
Surah al Fathir ayat 32-33)

Kemudian ALlah subahanahu wa ta'ala menjelaskan tentang keadaan orang-orang bukan Islam melalui firmanNya :

وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَهُمۡ نَارُ جَهَنَّمَ لَا يُقۡضَىٰ عَلَيۡهِمۡ فَيَمُوتُواْ وَلَا يُخَفَّفُ عَنۡهُم مِّنۡ عَذَابِهَاۚ كَذَٲلِكَ نَجۡزِى كُلَّ ڪَفُورٍ۬ (٣٦)

Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka Neraka Jahanam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa) dan tidak pula diringankan azab Neraka itu dari mereka dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.
(Surah al Fathir : 36)

Dengan demikian maka tidak ada pada Hari Kiamat nanti kecuali Muslim yang masuk syurga dan kafir yang masuk neraka. Berkata Ibnu Kathir :
"Ketika menjelaskan keadaan kaum Muslimin di Hari Kiamat nanti berdasarkan ayat ini, Ibnu Abbas radiyaLlahu 'anhu berkata : "Orang yang lebih dahulu berbuat kebaikan akan masuk syurga dengan tanpa hisab dan orang yang muqtasid (sama dosa dan kebaikannya) akan masuk ke syurga dengan rahmat ALlah, sedangkan orang yang menzalimi dirinya sendiri dan ashabul a'raf akan masuk syurga dengan syafaat Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam"
(lihat tafsir Ibnu Kathir III/556).

Oleh kerana itu, Imam al Qurtubi menyebutkan bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam ketika membaca ayat : ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ Beliau berkata :
"Semua mereka akan masuk syurga", Umar pernah membaca ayat ini lalu berkata : "RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda : Orang yang lebih dahulu berbuat kebaikan di antara kami akan lebih dahulu masuk syurga, orang yang pertengahan di antara kami akan beroleh keselamatan dan orang yang menzalimi diri sendiri akan diampunkan oleh ALlah".
(Lihat tafsir al Qurtubi 14/346)

Disebutkan pula dalam tafsir tersebut :
"Menurut satu pendapat, orang yang menzalimi diri sendiri itu sengaja didahulukan agar dia tidak berputus asa dari rahmat ALlah dan diakhirkan orang yang lebih dahulu berbuat kebaikan itu agar dia tidak 'ujub (bangga) dengan amalnya. Berkata Ja'far as Shadiq bin Muhammad bin Ali radiyaLLahu 'anhu : "ALlah mendahulukan orang yang menzalimi diri sendiri adalah untuk memberitahu bahawa dia tidak boleh mendekati ALlah kecuali dengan semata-mata rahmat dan kemuliaanNya dan bahawa kezaliman terhadap diri sendiri itu tidak membawa pengaruh dal hal isthofa'iyyah (keterpilihan) jika di sana sudah ada bantuan dari ALlah.

Kemudian Allah menyebutkan muqtashid itu di urutan kedua kerana mereka berada di antara harap dan cemas lalu ALlah mengakhiri dengan sabiq bil khairat agar dia tidak merasa aman dari murka ALlah dan semua mereka akan masuk syurga lantaran kemuliaan dari kalimaul ikhlas La ilaha illaLLah Muhammad RasuluLLah"
(Lihat tafsir al Qurtubi 14/349)/

Imam ats Tsa'libi meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud radiyaLlahu anhu bahawa beliau berkata :
"Pada hari kiamat nanti ummat ini akan terbahagi tiga : sepertiga akan masuk syurga dengan tanpa hisab, sepertiga akan dihisab dengan hisab yang ringan dan sepertiga lagi akan datang membawa dosa yang banyak maka ALlah 'azza wa jalla berfirman : "Siapakah mereka ini ? - padahal Dialah yang paling mengetahui tentang mereka - Malaikat menjawab : "Mereka adalah orang-orang yang berdosa akan tetapi mereka tidak berbuat syirik". Maka berfirmanlah ALlah azza wa jalla: "Masukkan mereka ke dalam rahmatKu yang luas! "

Imam ats Tsa'libi juga meriwayatkan dari Abi Hasan as Syazili radiyaLlahu 'anhu, beliau berkata :
"Muliakanlah orang-orang yang beriman walaupun mereka berbuat maksiat lagi fasiq dan suruh mereka melakukan yang ma'ruf serta cegah mereka dari berbuat kemungkaran. Boikot mereka kerana kasih sayang kepada mereka, bukan kerana menghindari mereka. Andai disingkapkan nur orang Mukmin yang berbuat maksiat nescaya nur itu akan menutupi langit dan bumi, lalu bagaimanakah menurutmu nur orang Mukmin yang taat ? Cukuplah bagimu firman ALlah : ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا sebagai pengagungan ALlah terhadap orang-orang Mukmin walaupun mereka terkadang lalai terhadap ALlah.

Perhatikanlah bagaimana ALlah menetapkan mereka sebagai bahagian orang-orang yang terpilih walaupun mereka berbuat zalim terhadap diri sendiri.
(Lihat tafsir ats Tsa'libi III/259)

Lalu bagaimana mungkin, sesudah dikemukakan sekian banyak athar dan hadith yang menjelaskan tentang luasnya rahmat ALlah - seorang Mukmin disempitkan sedemikian rupa dan seorang Muslim berani dihukum masuk neraka hanya lantaran dosa yang dia lakukan tanpa menyerahkan pengetahuan yang demikian itu kepada ALlah subahanahu wa ta'ala ?

Sesungguhnya pandangan para pengaku Firqoh Najiah itu benar-benar telah mencapai titik melampau hingga mereka berani berkeyakinan bahawa hanya mereka yang termasuk Firqoh Najiah, bukan seluruh kaum Muslimin. Berbagai aliran pemikiran dan mazhab menurut mereka tidaklah termasuk Firqoh Najiah, semua itu secara pasti akan masuk neraka. Tidak ada yang selamat dan masuk syurga selain mereka walaupun sehebat apapun dia dalam hal taqwa, ibadah, ilmu mahupun amal.
Share:

Makna Hadith Nabi : "Semua Masuk Neraka Kecuali Satu"


Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :

"Semua masuk neraka kecuali satu"
Apakah mereka yang masuk neraka itu akan kekal di dalamnya ataukah masuk neraka terlebih dahulu kemudian dikeluarkan..?

Apabila kita berpendapat bahawa mereka akan kekal dalam neraka maka pendapat ini hanya berlaku untuk orang-orang kafir yang belum tersentuh hatinya dengan iman kerana yang kekal dalam neraka itu hanyalah orang-orang musyrik sesuai dengan ijmak berdasarkan firman ALlah subahanahu wa ta'ala :

إن الله لا يغفر أن شرك به و يغفر ما دون ذالك لمن يشاء ومن يشرك بالله فقد افتر إثما عظيما

Ertinya : "Sesungguhnya ALlah tidak akan mengampuni dosa berbuat syirik tetapi mengampuni dosa selain yang demikian. Barangsiapa yang berbuat syirik terhadap ALlah, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar"
(Surah An Nisa' : 48)

Sekiranya kenyataan seperti ini maka bagaimana mungkin kita boleh mengutamakan dari tubuh umat Islam yang besar ini satu kelompok yang mengaku dengan Firqah Najiah di mana kelompok itu sahaja yang selamat dari kekal di dalam neraka sedangkan kaum Muslimin yang lain - sesuai dengan pengakuan mereka akan kekal semuanya dalam neraka? Padahal mereka itu adalah orang-orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam telah menghukumkan mereka sebagai ahlul jannah dan termasuk orang-orang yang selamat (dari kekal dalam neraka) ? Di dalam sahih Bukhari pada hadith no 44, Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda :

يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن شعيرة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله و في قلبه وزن برة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن ذرة من خير

Ertinya : "Akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah, sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat satu helai rambut dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarrah "

Tersebut dalam Sahih Bukhari juga pada hadith no 7072 :

يقول الله تعالى : وعزتي وجلالي وكبريائي وعظمتي لأخرجن منها (أي من النار) من قال لا إله إلا الله

Ertinya : ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman : Demi kemuliaan, ketinggian, kebesaran dan keagunganKu sesungguhnya Aku akan mengeluarkan dari dalam neraka siapa sahaja yang telah mengucapkan La ilaha illaLLah"

Tersebut dalam sahih Ibnu Khuzaimah pada hadith no 1231 bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

من قال لا إله إلا الله دخل الجنة

Ertinya : "Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLLah maka dia pasti masuk syurga"

Dalam sahih Ibnu Hibban hadith no 169 dari Abi Dzar radiyaLlahu 'anhu, dia berkata : Bersabda RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam :
Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLlah maka dia pasti masuk syurga". Aku bertanya: "Wahai RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam walaupun dia telah berzina dan mencuri?" RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam menjawab: "Walaupun dia telah berzina dan mencuri".

Dalam Mustadrak al Hakim hadith no 7638 disebutkan bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

من قال لا إله إلا الله دخل الجنة ووجبت له الجنة

Ertinya : "Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLLah maka dia pasti masuk syurga dan itu adalah pasti".

Ibnu Hibban mengeluarkan dalam sahihnya hadith no 3004 bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

لقنوا موتاكم لا إله إلا الله فإنه من كان اخر كلمته لا إله إلا الله عند الموت دخل الجنة وإن أصابه قبل ذالك ما أصابه

Ertinya : "Ajarilah orang-orang yang akan mati di antaramu kalimah La ilaha illaLlah kerana barangsiapa yang akhir ucapannya di ketika mati adalah La ilaha illaLlah maka dia pasti masuk syurga walaupun sebelumnya dia banyak melakukan dosa kesalahan"

Hadith yang seperti ini juga dikeluarkan oleh al Hakiim dalam al Mustadrak pada hadith 1299, Abu Daud dalam sunannya pada hadith no 3116 dan at Turmuzi dalam sunannya hadith no 977.

Sesudah memerhatikan beberapa hadith di atas maka bagaimana mungkin mereka yang telah mengucapkan La ilaha illaLLah Muhammad RasuluLlah itu kita hukumkan sebagai orang-orang yang kekal dalam neraka kerana beranggapan bahawa mereka itu bukan termasuk Firqah Najiah - menurut persangkaan mereka?

SubhanaLlah, ini adalah kebohongan yang nyata dan penolakan terhadap hadith-hadith sahih serta satu kebohongan terhadap riwayat-riwayat yang mutawattir.

Jika mereka berpendapat bahawa makna dari : "Semua mereka masuk neraka kecuali satu (golongan) sahaja" adalah masuk neraka terlebih dahulu kemudian dikeluarkan darinya maka saya bertanya: "Dari mana mereka yang mengaku dirinya sebagai Firqah Najiah itu mengetahui bahawa kelompok mereka tidak akan diazab oleh ALlah dan bahawa mereka akan masuk syurga tanpa hisab padahal ketetapan perkara ini harus menggunakan wahyu dan wahyu sudah terputus..?

ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman :

قل هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين

Ertinya : "Katakan (wahai Muhammad): "Datangkanlah bukti-bukti kamu jika memang kamu orang-orang yang benar
(Surah al Baqarah : 111)

ALlah subahanahu wa ta'ala juga berfirman :

وقالو لن تمسنا النار إلا أياما معدودة قل أتخذتم عند الله عهدا فلن يخلف الله عهده أم تقولون على الله ما لا تعلمون

Ertinya : "Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka kecuali selama beberapa hari sahaja". Katakanlah : "Sudahkah kamu menerima janji dari ALlah sehingga ALlah tidak akan memungkiri janjiNya ataukah kamu hanya mengatakan terhadap ALlah apa yang kamu tidak ketahui?"
(Surah al Baqarah: 80)

Jika ucapan ALlah subahanahu wa ta'ala terhadap orang-orang Yahudi sedemikian kerasnya padahal mereka tidak pernah menghukum keadaan ummat lain di akhirat nanti - melainkan kesalahan terbesar mereka terletak pada keyakinan bahawa diri mereka akan dikeluarkan dari neraka sesudah melewati beberapa hari sahaja tanpa ada pemberitahuan kepada mereka dari ALlah subahanahu wa ta'ala - lalu bagaimana dengan keadaan satu kelompok yang meyakini bahawa diri mereka pasti akan masuk syurga sedangkan kelompok lain yang juga bertauhid dan beriman serta mengucapkan dua kalimah syahadah adalah penghuni neraka lantaran dosa-dosa yang mereka perbuat.. ?

Padahal kita semua mengetahui bahawa dosa itu bagaimana besar dan banyaknya tetap sahaja urusannya itu kembali kepada Allah subahanahu wa ta'ala.
Share:

Kaum Adam Mesti Baca Dan Fahami !!! Inilah Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Berturut-Turut.


الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Hari Jumaat adalah hari yang paling agung daripada hari-hari yang lain, sehinggakan keagungannya disebutkan dalam sebuah hadits bahawa hari Jumaat adalah lebih baik daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri. Daripada Abu Lubabah bin ‘Abdul Mundzir Radhiallahu ‘anhu, meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
ِ
Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat ialah kepala sekalian hari dan hari yang terbesar di sisi Allah, dan ia lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri...”

(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Sembahyang fardhu Jumaat diwajibkan (fardhu ‘ain) ke atas setiap lelaki Islam yang merdeka, baligh, berakal, bermuqim dan tidak ada keuzuran. Kewajipan mengerjakannya ada disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam al-Qur’an, sebagaimana firmanNya:

Tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah al-Jumu‘ah: 9)

Meninggalkannya Melanggar Perintah Allah

Mereka yang ada keuzuran yang diberi kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan sembahyang berjemaah adalah tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat seperti sakit yang boleh menambahkan lagi sakit atau melambatkan sembuh, sakit cirit birit kerana takut akan mencemarkan kebersihan masjid atau sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan menyebabkan mayat menjadi busuk.

Namun bagaimana pula dengan orang yang senghaja meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa sebarang keuzuran? Perlu diingat, sesiapa yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa ada uzur syar‘i adalah perbuatan dosa dan melanggar perintah Allah, apatah lagi jika meninggalkannya tiga kali berturut-turut, hatinya akan dicap oleh Allah sebagai hati orang munafiq.

Abu al-Ja‘di adh-Dhamriy Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa keuzuran maka dia adalah munafiq.”
(Hadits riwayat Ibnu Hibban)

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Maksudnya:
“Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut maka dia telah membuang Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).”
(Hadits riwayat Abu Ya‘la)

Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahhu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada satu kaum yang tidak bersembahyang fardhu Jumaat, Baginda bersabda:

Maksudnya:
“Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya seorang lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam untuk membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.”

(Hadits riwayat Muslim)

Oleh itu, orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat janganlah sekali-kali meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat melainkan ada keuzuran syar‘i. Ini kerana perbuatan itu adalah melanggar perintah Allah dan orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut dicap sebagai orang munafiq.
Share:

Rabu, 2 November 2016

Info Menafaat : Tatacara Mandi Wajib Atau Junub Yang Betul.


Mandi wajib ini perlu dipandang serius kerana ini bukanlah sesuatu perkara yang patut dipandang remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Mandi wajib yang betul perlu tahu bagi setiap umat Islam. Walaupun kita sudah belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan. Semoga perkongsian ini memberi seribu manfaat kepada anda

Sebab Perlu Mandi Wajib
Setiap apa yang terjadi mesti ada sebabnya. Begitu juga dengan mandi wajib ini, mandi wajib bukanlah kena buat selalu tetapi ada sebab yang memaksa kita untuk melakukannya.
Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
Keluar mani walaupun sedikit.
Mati melainkan mati syahid.
Keluar haid bagi perempuan.
Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
Wiladah atau melahirkan anak.

Rukun Mandi Wajib
Terdapat tiga mandi wajib. Cukup tiga rukun ini mandi wajib anda sah
Niat
Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib 


1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.



Sunat Ketika Mandi Wajib
Sunat adalah perkara yang dituntut. Jika anda melakukannya anda mendapat pahala. Tetapi jika anda tidak melakukannya anda tidak mendapat apa-apa.
mengadap kiblat
membaca basmalah
membasuh dua tapak tangan
mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
membasuh sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib
Cara mandi wajib ini sepatutnya anda memberi sedikit tumpuan agar akan memudahkan anda untuk faham. Jadi fokus jangan tak fokus.

Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.


Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.


Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.


Niat dahulu sebelum mandi. (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.


Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.


Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.


Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. 
Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
Share:

MasyaAllah Kenapa Wajah Baginda Nabi Muhammad SAW Tidak Boleh Dilukis @ Digambarkan? Inilah Sebabnya. .


Bagi penganut agama Islam, tidak ada yang tahu bagiamana rupa Allah SWT dan Nabinya Muhammad SAW. Kadang-kadang kedua-duanya ini hanya dilukiskan dalam sebuah kaligrafi. 

Namun banyak alasan yang mengatakan kenapa wajah Nabi Muhammad tidak boleh dilukis atau digambarkan? sejumlah alasan tersebut pun hanya menjadi kepercayaan masing masing. Tanpa adanya wajah dan bentuk lukisan Nabi Muhammad pun umat Islam harus meyakini tentang kewujudan mereka.Beberapa alasan kenapa Nabi Muhammad tidak boleh dilukis atau digambarkan?

Jawapannya kerana pada masa itu belum ditemuinya sebuah kamera dan tidak ada satu orang pun yang melukis wajahnya. Jadi tidak mungkin seseorang boleh menggambar wajah Nabi Muhammad SAW yang sebenarnya belum ada gambar nyata dar wajah Nabi Muhammad SAW.


Walaupun setakat ini ada sebuah pengakuan jika menggambar wajah Nabi Muhammad pun dianggap suatu perkara yang haram. Disamping itu, keaslian ajaran Islam sangat dijaga oleh Islam sendiri dan inilah bukti yang sahih. Selain itu, menggambar wajah nabi Muhammad SAW dianggap mengabaikan kemurnian aqidah kaum muslimin haruslah dijaga. Penyembahan berhala bermula daripada lukisan-lukisan orang-orang shalih meliputi Nasr, Yauq, Yaguts, Suwa dan Wadd oleh kaum Nabi Nuh.


Tak hanya itu saja, alasan kenapa wajah nabi Muhammad SAW tidak boleh dilukis ini guna menghindari umat islam menyembah berhala. Jika nabi Muhhamd di lukis maka akan dijadikan sebuah patung yang nanti mereka bukan lagi solat tetapi malah menyembah patung tersebut.


Ketika nabi Muhammad dijadikan patung maka Syaitan pun akhirnya menggoda dan memberi kesan kepada generasi baru untuk melakukan penyembahan berhala dan itu artinya, patung serta lukisan orang-orang sholih pun disembah, padahal seharusnya hanya teladan dan kesholihan mereka saja yang perlu diingat dan dicontohi.


Pada dasarnya jika nabi Muhhamad di lukiskan atau dijadikan sebuah patung, itu sama halnya mengajar umat islam untuk beralih aliran paganisme atau pemberhalaan. Agama Islam tidak pernah mengajar berhala dan tentu berhala adalah perkara yang perlu dijauhi oleh umat Islam.


Seperti yang dikutip dariblogspot.co.id, dikatakan dari Aisyah radhiyallahuanha bahawa ketika Rasulullah sakit, sebuah gereja disebut-sebut oleh sebahagian isteri beliau dan namanya adalah Maria yang mereka lihat ada di negeri Habasyah. Isteri-isteri beliau pernah melawat Habsyah dan memuji akan indahnya gambar-gambar yang terdapat di dalamnya, namun kelakuan orang-orang ahli kitab dicela oleh Rasulullah kerana orang-orang sholih telah dibudayakan dengan membuat lukisan serta patung supaya dipuja-puja.


Dan jika ada orang yang bertanya sama ada dulu Nabi Muhammad SAW boleh dilukis? Jawapannya sudah pasti tidak seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, tidak ada seorang pun yang melakukannya pada masa beliau masih hidup. Dalam salah satu sabdanya pun Rasulullah menyatakan bahawa sesiapa yang menyerupai suatu kaum, jadilah ia seperti dan bahkan dikategorikan golongan mereka. Ada juga pesannya akan supaya orang-orang tidak menyanjung secara berlebihan kerana 


Rasulullah adalah hamba Allah SWT dan Rasul yang diutus-Nya saja.Nah, maka dari itu hingga kini pun umat Islam tidak pernah tahu seperti apa bentuk asal wajah asli Nabi Muhammad SAW.
Share:

Follow Us OnFacebook

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog