Menyajikan Kupasan Berita Menafaat Untuk Anda Semua.

Khamis, 29 Disember 2016

Panduan Penuh Tapi Ringkas Solat Taubat.








Share:

Rabu, 28 Disember 2016

(AMBIL PERHATIAN!!) 3 Tanda-Tanda Orang Suka Menonton Video Lucah.


Sebuah penyelidikan membuktikan bahawa video lucah boleh membuat lelaki dan wanita akan menjadi lemah di ranjang, selain dari mengarah kepada perbuatan jenazah seperti merogol.

Banyak doktor pakar mengingatkan kita tentang bahaya menonton video lucah, baik bahaya pada kesihatan mahupun mental.

Akan tetapi laman web video lucah semakin hari semakin banyak, itu maknanya peminat video lucah bertambah banyak setiap hari.

Untuk berkawan, terutama memilih suami, perkara ini sangat penting, untuk itu ketahui tanda-tanda orang yang sudah terlalu banyak menonton video lucah.

Kurang perhubungan dalam keluarga

Tanda pertama jika seorang itu gemar menonton video lucah,dia akan lebih suka menyendirikan diri, baik dalam rumah atau pun di tempat kerja.

Jika berada di tempat ramai atau lepak, dia akan merasa tidak selesa dan ingin bersendirian dan menikmati filem lucah, biasanya tanda ini kepada individu yang belum berkahwin.

Sukar menjalin cinta dengan orang lain

Kebanyakan lelaki dan wanita yang tidak ada keinginan untuk bercinta atau mencari kekasih adalah penagih video lucah sebab mereka hanya akan tertarik dengan artis video lucah.

Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain.

Pekara ini juga akan membuat mereka selalu memikirkan sesuatu hal yang tidak masuk akal, seperti melihat, dan memikirkan lawan sejenis penuh dengan seks.

Pada yang sudah menikah, akan mencetuskan ketidak puasan seks dan akan lebih mengarah kepada perhubungan seperti kecurangan dengan wanita atau lelaki lain.

Mereka suami atau isteri yang ketagih menonton video lucah tidak akan merasa cukup dengan pasangan yang ada, mereka akan mencari orang lain semata-mata untuk merasakan benda baru.

Kurang minat dengan benda lain.

Maksutnya disini seperti kurang minat bersukan, atau lepak bersama rakan-rakan, ini disebabkan otak mereka akan lebih tertarik dengan segala pekara-pekara yang berbau seks, seperti bercakap mengenai seks hal itu akan membuat mereka lebih gembira.

Selain itu tanda terakhir boleh dilihat dari pemakaian atau percakapan yang kurang sopan, seperti terlalu mendedahkan aurat dan tidak malu bercakap hal-hal yang lucah di depan ramai.
Share:

Info Menafaat : Doa Selepas Solat Fardhu Mudah Dan Ringkas.

Doa merupakan perkawa yang dilakukan untuk memohon kepada Allah. Selepas solat kita akan berdoa. Pada kali ini kami kongsikan dengan anda doa selepas solat fardhu yang mudah dan ringkas.

Secara amnya, kita boleh berdoa apa sahaja dalam bahasa yang kita kehendaki. Ini kerana Allah maha mengetahui setiap bahasa yang kita tuturkan. Akan tetapi adalah lebih baik kita berdoa dengan doa-doa yang telah nabi ajarkan kepada kita. Selain berdoa, kita juga akan mendapat pahala kerana mengikut sunnah baginda SAW.

Doa Selepas Solat Mudah dan Ringkas

Berikut adalah doa selepas solat ringkas dan mudah. Anda boleh praktikkannya selepas anda usai mengerjakan solat.

Anda boleh save gambar di atas ini untuk simpanan anda sebagai rujukan di masa hadapan.

Berikut pula adalah maksud ataupun makna doa selepas solat ini.

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”
Jika dapat, kita perlulah mengetahui apakah makna disebalik bacaan doa selepas solat yang diucapkan. Ini bagi menambahkan lagi kekhusyukan kita semasa berdoa.


Bacaan doa Selepas solat dalam Rumi

Manakala, jika anda seorang yang mempunyai sedikit kesuakran membaca tulisan arab anda boleh jadikan panduan tulisan rumi di bawah ini untuk membaca doa ini.

Bismillah hir’rahma nirra’him Alhamdulillah hirob bil a’lamin Wassola tuwas sala mua’la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa’ala alihi wasob bihi ajma’in Allahumma ahyiina bil iiman, wa’amit naa bil iiman, waiz kholnaal jannata maal iiman Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo Allahummaah timlana bi’khusnil khotimah, wala tahtim alaina bisuu ii’ khotimah Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in’naka antal wahab Robbana a’tina fid’dun yaa hasanah, wafil a’ khirotil hasanah, waqinaa azab’bannar Wasollallah huala saidina Muhammad, wa’ala a’lihi wasobihi was’salam Walham dulillah hirob’bil a’lamiin –

Semoga artikel mengenai doa selepas solat ini dapat membantu anda untuk membaca doa dengan baik dan khusyuk setiap kali selesai mengerjakan solat fardhu.
Share:

Info Menafaat : 5 Janji Allah Bagi Orang Yang Menjaga Solatnya.


Diriwayatkan hadith daripada Ibni Syihab al-Zuhri (r.a)
berkata bahawa telah berkata Said bin Musaiyab (r.a):
‘Sesungguhnya Aba Qatadah bin Rab’ii (r.a)

memberitahunya dengan berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah
(s.a.w), dengan sabdanya (menyampaikan firman Allah
(a.w)): ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Bahawasanya Aku
(Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad
(s.a.w)) lima solat (fardu) dan menjanji Aku (Allah (a.w)) di
sisiKu ‘Bahawasanya barangsiapa menjaga dia atas solat
(yang lima itu) pada waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan
dia ke dalam syurga, dan barangsiapa tidak menjaga (lima
solat itu) maka tidak ada janji Aku (Allah (a.w)) bagi mereka
di sisiKu.’ [Hadith Ibnu Majah][Hadith Qudsi]

Hadith ini adalah hadith qudsi - hadith yg amat kuat
dijadikan sandaran hukum dalam Islam. Hadith qudsi adalah
firman atau perintah Allah (a.w) yg disampaikan melalui lisan
Rasulallah (s.a.w). Rengkasnya, sesiapa yg tidak mengerjakan
solatnya, tiada jaminan dia akan masuk syurga! Malah dalam
segala hal, pasti masuk neraka dan tak mungkin dapat
syurga! Hadith yg sama diriwayatkan oleh Abu Daud, iaitu
berikut:
Diriwayatkan hadith oleh ibnu Syihab az-Zuhri (r.a) berkata:
Berkata Sa’id bin Musayab (r.a) bahawa sesungguhnya aba
Qatadah bin Rabi’i (r.a) menxeritakan kepadakdengan
katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berfirman Allah
(a.w): ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas
umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat dan
menjanjikan Aku di sisiKu suatu janji bahawasanya
barangsiapa datang (kepadaKu, i.e. di akhirat) menjaga
atasnya (solat yang lima itu) pada waktunya, Aku masukkan
mereka ke dalam syurgaKu, dan barangsiapa tidak menjaga
solatnya pada waktunya maka tiadalah janjiKu baginya di
sisiKu.’ [Hadith qudsi, Riwayat Abu Daud] 
Allah tak pernah janji, orang yang kahwin
akan dapat anak.
Allah tak pernah janji, orang yang kerja
siang malam akan jd kaya.

Tapi,
Sesungguhnya Janji Allah Itu Pasti Siapa jaga solat, maka
dia adalah orang
yang BERJAYA
Siapa jaga solat, maka Allah akan angkat
kesempitan hidup d dunia

Siapa jaga solat, Allah akan angkat seksa
kubur Siapa jaga solat, Allah akan beri buku
amal dgn tangan kanan
Siapa jaga solat, dapat lintas titian sirat
sepantas kilat
Siapa jaga solat, akan masuk syurga
tanpa hisab.. Janji Allah itu pasti..
Share:

Hati-Hati Terhadap Doa Orang Yang Teraniaya, Doa Buruk Mereka Juga Akan Dikabulkan Oleh Allah SWT


Hati-Hati Terhadap Doa Orang yang Teraniaya, Doa Buruk
Mereka Juga Akan Dikabulkan oleh Allah SWT
Meskipun memang sebenarnya mendoakan sesuatu yang
buruk kepada seseorang tidak dibolehkan, tapi ternyata ada
situasi dimana doa apapun, baik dan buruk dikabulkan yaitu
jika pembacanya adalah orang yang teraniaya. Doa orang-
orang yang teraniaya, mau betapapun buruknya hal itu pasti
akan didengar oleh Allah, dan Allah juga akan
mengabulkannya meskipun doa tersebut bisa menimbulkan
keburukan atau membuat orang lain tertimpa musibah yang
cukup parah.
Hal mengenai doa yang buruk dari orang teraniaya akan
dikabulkan oleh Allah SWT tercatat dalam al-Quran tepatnya
di surat An-Nisa ayat 148 yang artinya berbunyi kira-kira
mengenai bagaimana Allah SWT amat tidak menyukai jika
seseorang ada yang berkata buruk dengan jelas, kecuali
orang tersebut adalah termasuk dalam golongan orang yang
dizalimi, karena Allah SWT adalah maha mendengar dan
adalah maha mengetahui semuanya. Dalam hal ini, berarti doa
dari mereka yang kafir dan jahat jika teraniaya tetap akan
didengar oleh Allah SWT, karena itu kita tidak sebaiknya
berbuat jahat kepada mereka secara berlebihan.
Pada sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan
Tirmidzi yang dinilai hasan, diceritakan Nabi Muhammad SAW
pernah bersabda. Pada sabda tersebut diceritakan bahwa
sesungguhnya ada tiga doa yang langsung dikabulkan, yaitu
doa mereka yang teraniaya, doa dari para musafir, dan doa
buruk yang diucapkan para orang tua untuk anak-anak
mereka. Nah, mengingat doa dari orang yang teraniaya ada
dalam golongan doa yang pasti dikabulkan, maka apapun doa
mereka baik yang maksudnya baik untuk diri mereka dan
orang lain atau yang jahat sekalipun akan langsung tanpa jeda
dikabulkan oleh Allah SWT.
Share:

MESTI BACA !! Rupanya-rupanya Rezeki Seorang Suami Ada Kaitan Dengan Isteri.


Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer..kenapa yer ustaz?

Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak ...

Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apa-apa. Minta pada Allah dulu ..

Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri. Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita ..

Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.

Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita ..

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Apabila kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena ...

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya ..
Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka ..

Silaturrahim membuka pintu rezeki ... inikan bersama isteri kita yang tercinta.
Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah ..

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan mentaati suami agar rahmat Allah mencurah-curah.
Share:

Solat Dhuha Dan Panduan Mengerjakannya Semoga Bermanfaat ..


Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.

v HUKUM SOLAT DHUHA

Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:
1. Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2. Sunat namun tidak ditubuhkan setiap hari secara berterusan.
3. Tidak disunatkan.
4. Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.
Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunatmu'akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallamselalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, dia berkata:

أوصاني خليلي صلى الله عليه وسلم بثلاث
صيام ثلاثة أيام من كل شهر وركعتي الضحى وأن أوتر قبل أن أنام.
maksudnya:
Kekasihku shallallahu 'alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.
Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda'radhiallahu 'anh, dia berkata:

أوصاني حبيبي صلى الله عليه وسلم بثلاث لن أدعهن ما عشت
بصيام ثلاثة أيام من كل شهر وصلاة الضحى وبأن لا أنام حتى أوتر.

maksudnya:
Kekasihku shallallahu 'alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum mengerjakan solat Witir. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.

KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada AllahSubhanahu wa Ta'ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu 'anh, daripada Nabi shallallahu' alaihi wasallam, baginda bersabda:

يصبح على كل سلامى من أحدكم صدقة فكل تسبيحة صدقة وكل تحميدة صدقة
وكل تهليلة صدقة وكل تكبيرة صدقة وأمر بالمعروف صدقة ونهي عن المنكر صدقة
ويجزئ من ذلك ركعتان يركعهما من الضحى.

maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari

Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta'ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu'aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يا ابن آدم لا تعجزني من أربع ركعات في أول نهارك أكفك آخره.

maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-sholaah, no: 1097.

q Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu 'anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam bersabda:

من صلى الغداة في جماعة ثم قعد يذكر الله حتى تطلع الشمس
ثم صلى ركعتين كانت له كأجر حجة وع

TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

Waktu Mengerjakan Solat Dhuha

Masa untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mula naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat selepas solat Subuh (12 minit selepas matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya selepas 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-'Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti ':

Jika demikian, waktu solat Dhuha bermula selepas keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan semasa tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu 'anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam bersabda:

من صلى الغداة في جماعة ثم قعد يذكر الله حتى تطلع الشمس
ثم صلى ركعتين كانت له كأجر حجة وعمرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
تامة تامة تامة.

maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat ... - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu 'ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

صلاة الأوابين حين ترمض الفصال.

maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat terik matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

Bilangan Rakaat Solat Dhuha

Bilangan rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu 'anh bahawasanya Nabi shallallahu' alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أم هانئ فإنها قالت إن النبي صلى الله عليه وسلم دخل بيتها يوم فتح مكة
فاغتسل وصلى ثماني ركعات.

maksudnya:

Daripada Ummu Hani ', dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalamShahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.
Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وعند الطبراني من حديث أبي الدرداء مرفوعا من صلى الضحى ركعتين لم يكتب من الغافلين,
ومن صلى أربعا كتب من التائبين, ومن صلى ستا كفي ذلك اليوم,
ومن صلى ثمانيا كتب من العابدين, ومن صلى ثنتي عشرة بنى الله له بيتا في الجنة

maksudnya:

Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadith Abu Darda 'secara marfu' disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. - Rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya'qub al-Zami'i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha'ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilaitsiqah pula oleh Ibnu Ma'in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis inidha'if. Wallahu'alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

معاذة أنها سألت عائشة رضي الله عنها:
كم كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي صلاة الضحى?
قالت: أربع ركعات ويزيد ما شاء.

maksudnya:

Daripada Mu'adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada 'Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur'an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Kelebihan Sembahyang Dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Tha'ifi r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman:

"Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya. "(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta'ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

"Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan "(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
"Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha. "(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah SAW yang maksudnya: "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW berkata:" Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas "(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud: "Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya, "(Riwayat At-Thabarani).
Share:

Subhanallah!! Inilah Doa Nabi Untuk Menyembuhkan Bahagian Tubuh Yang Sakit. Sebab Doa Ni La Nabi Tak Pernah Sakit !!


Saat sedang sakit badan jadi lemah dan semua pekerjaan
menjadi terbengkalai. Semakin keras penyakit semakin menderita kita. dan masa
terbaring lemah di tempat tidur seperti itu, kita selalu berharap akan sihat
kembali dan meneruskan aktiviti-aktiviti yang belum selesai.

tapi sayangnya
sakit tak boleh sembuh begitu saja, bahkan meski teknologi perubatan sudah
sangat canggih dan berkembang seperti saat ini, ada sahaja penyakit yang sukar
disembuhkan.

Pada saat-saat
seperti itulah manusia perlu semakin mendekatkan diri kepada Allah, sang maha
pencipta, memohon dan berdoa agar penyakit boleh diubati. Tentu saja dengan
tetap berusaha menjalani rawatan atau terapi dari doktor yang menangani.
hal yang
seperti ini juga dialami oleh Rasulullah ketika beliau sedang sakit. Selain
berusaha dengan berobat beliau juga memanjatkan doa-doa khusus kepada Allah
yang maha pemberi kesembuhan.

Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada kita
melalui para sahabatnya, doa apa yang harus dibaca ketika tubuh mengalami
kesakitan. Misalnya saja saat bahagian dada (paru-paru dan jantung), kepala

(Sakit kepala atau migrain), sakit perut (lambung / maag), dan seumpamanya, maka
Rasulullah menganjurkan untuk membaca doa berikut ini:

"Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan
bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah "A'uudzu billahi wa qudrotihi min
syarri maa ajidu wa uhaadziru "(Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya
dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan) "(HR. Muslim)

Doa yang sama juga diajarkan Rasulullah
kepada para sahabatnya, sebagaimana dijelaskan dalam Syarah Hisnul Muslim.
Diceritakan bahawa pada suatu hari seorang sahabat bernama Utsman bin Al Ash r.a
datang kepada Rasulullah kerana merasa sakit pada salah satu bahagian tubuhnya.

Kemudian Rasulullah mengajarkan doa dan cara
tersebut. Nabi memerintahkan Utsman bin Al Ash meletakkan tangan pada tempat
yang sakit, kemudian membaca Bismillah sebanyak tiga kali dan membaca doa di
atas sebanyak tujuh kali. Atas kehendak Allah, Utsman bin Al Ash sembuh dari
penyakitnya.

Selain berupaya menyembuhkan penyakit dengan
bantuan doktor. kita juga perlu dengan senyap doa kepada Allah. kerana
semua ubat dan doktor hanyalah perantara, sementara Allah lah yang mempunyai
ketetapan.

Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan (Share) info penting ini, agar kebaikanya sampai pada anda kembali .... ^ _ ^
(Sumber: gudanginfo.net)
Share:

Amalkan Doa Ini Sebelum Tidur, InsyaAllah Hutang Sebesar Bukit Uhud Pun Akan LUNAS, TOLONG SEBARKAN!!


Telah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, "Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami apabila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan:

Allahumma robbas-samaawaatis Sab'i wa robbal 'arsyil' azhiim, Robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal Furqoon.

A'udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba'daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi 'Annað-dainaa wa aghninaa minal faqri.

artinya:

"Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Tuhan yang menguasai 'Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang

membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah,
Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur'an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).

Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelah engkau tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah hutang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran. "(HR. Muslim no. 2713)

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahawa maksud hutang dalam hadis tersebut adalah kewajipan pada Allah Taala dan kewajipan terhadap hamba seluruhnya, intinya merangkumi segala macam kewajiban. "(Syarh Shahih Muslim, 17: 33).

Juga dalam hadis di atas diajar adab sebelum tidur iaitu berbaring pada sisi kanan.

Semoga kita dapat mengamalkannya dan bermanfaat bagi siapa yang membacanya.
jangan lupa share info penting ini yaaa
Share:

Selasa, 27 Disember 2016

Mesti Baca : Apa Hukumnya Orang Islam Mengucapkan MERRY CHRISTMAS? Ini Jawapan Mufti.


بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Soalan : Bagaimana hukumnya, Muslim yang mengucapkan “Merry Christmas” kepada kafir?

Jawapan : Panel mengucapkan tahniah kepada anda yang sudi berkongsi maklumat mengenai perkara di atas. Berikut adalah satu Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam.

1. PENDAHULUAN

1.1 Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan majlis-majlis perayaan sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah dan lain-lain. Perayaan tersebut adalah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas. Ia disambut melalui konsep penganjur “rumah terbuka nasional,” bertujuan meningkatkan persefahaman dan sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta fahaman agama di negara ini.

1.2 Persoalan timbul di kalangan masyarakat Islam tentang apakah hukum turut merayakan perayaan agama lain. Ada pendapat yang mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan tersebut boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa pemahaman bahawa semua agama adalah sama.

1.3. Dalam mengatur hubungan antarabangsa, kaum dan agama di negara ini agar tidak timbul kekeliruan dan prasangka dalam pergaulan khususnya bagi umat Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam Muzakarahnya pada 1 dan 2 oktober 1970 yang secara khusus menyentuh mengenai rumah ibadat dan telah memutuskan;

“Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmi pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat dengan mereka.”

1.4 Pada dasarnya terdapat dua pandangan berbeza dari sudut hukum tentang orang Islam turut merayakan hari perayaan orang bukan Islam. Pandangan yang membenarkan orang Islam merayakan hari perayaan orang Islam adalah berdasarkan pandangan berikut;

i. Kekeliruan dari sudut hukum tentang merayakan hari perayaan agama lain atau dalam kinteks masa kini “rumah terbuka nasional” adalah berpunca daripada fahaman yang kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu. Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia maka ia adalah di luar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka ( Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, Dr. Abdul Hayei bin Syukor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).

ii. Menurut Dr. Ahmad al-Syarbashi, seseorang Islam yang turut menyertai hari perayaan orang bukan Islam setelah memastikan majlis yang dihadiri itu tidak mengandungi perbuatan yang bercanggah dengan akidah atau upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti penyajian arak dan sebagainya (Dr. Ahmad al-Syarbashi, Yas’alunaka Fid Din Walhayah, hal 390, jilid 4, Darul Jail, Beirut).

1.5 Hukum yang melarang orang Islam turut merayakan perayaan orang bukan Islam berdasarkan pandangan berikut;

i. Abu al-Qasim Hibbatullah bin Al- Hussain bin Mansur al-Tabari berkata tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka (Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ahkam Ahl al-Zimmah, jilid 1, hal 156, Dar al-kutub al-Ilmiah, Beirut).

ii. Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan orang bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana ia akan melibatkan orang yang melakukannya kepada dosa (al-Syeikh Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lujnah al-Da’imah lil Buhuth al-Ilmiah wal Ifta’, jilid 3, hal 436, Dar al-Muaiyyad, Riyadh).

1.6 Berdasarkan persoalan hukum tersebut maka pihak yang menganjurkan majlis tersebut perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti dalam memastikan sambutan perayaan tersebut tidak menyinggung sensitiviti keagamaan terhadap orang awam yang menyertainya.

2. TAKRIFAN

2.1 Simbul

Maksud simbul dalam garis panduan ini adalah sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang, tanda (Kamus Dewan).

2.2 Ciri

Maksud ciri dalam garis panduan ini adalah sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya dengan yang lain) (Kamus Dewan).

2.3 Tunduk

Maksud tunduk dalam garis panduan ini adalah kepala atau muka condong ke hadapan (Kamus Dewan ).

2.4 Upacara

Maksud upacara dalam garis panduan ini adalah majlis menurut adat (kebiasaan, agama), keramaian atau peralatan (menurut adat) (Kamus Dewan).

2.5 Budaya

Maksud budaya dalam garis panduan ini adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dsb), kemajuan (akal budi), kebudayaan (Kamus Dewan).

2.6 Dakyah

Maksud dakyah dalam garis panduan ini adalah penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat dsb) untuk mendapat sokongan, propaganda (Kamus Dewan).

2.7 Mempersenda

Maksud mempersenda dalam garis panduan ini adalah mempermainkan (dengan gurau senda), memperolok-olokkan, mengejekkan (Kamus Dewan).

2.8 Sensitiviti

Maksud sensitiviti dalam garis panduan ini adalah perihal sifat mudah merasai sesuatu (mudah tersinggung, bergerak balas dsb) (Kamus Dewan).

2.9 Kriteria

Maksud kriteria dalam garis panduan ini adalah beberapa ukuran (asa pertimbangan) untuk menentukan nilai (Kamus Dewan).

3. KRITERIA PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIHADIRI OLEH ORANG ISLAM

3.1 Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam boleh dihadiri oleh orang Islam, beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

3.1.1 Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan,perkataan atau keadaan yang jika dilakukan

menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. Menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. Menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. Meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. Memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. Tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

3.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan

bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian berwarna merah sepertiSanta Claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

3.1.3 Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat

Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menjolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai seni kata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

3.1.4 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

3.1.5 Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Share:

ISTERI MESTI BACA: Kajian Mendapati Lelaki Lebih Manja Ketika Sakit, Demam & Selesema !!!


Kajian pertubuhan kesihatan pengguna The Engage Mutual melaporkan sebanyak 57% lelaki mengharapkan perhatian dan simpati apabila sakit, manakala 2/3 suka merengek dan merungut.

Lelaki juga menganggap selesema biasa sebagai demam dan sedikit pening kepala sebagai migrain. Mereka mahu dilayan seperti seorang anak kecil tetapi pada masa yang sama mahukan si isteri melaksanakan urusan rumah tangga seperti biasa.

Penyelidik percaya keadaan itu berlaku berpunca daripada gen MicroRNAs yang mempunyai hubungan dengan fungsi imun dan dikeluarkan oleh kromosom X.

Wanita lebih usaha menentang komplikasi akibat kecederaan atau jangkitan kerana mereka mempunyai dua kromosom X berbanding satu yang dimiliki oleh lelaki.

Pakar perbidanan dan sakit puan berkata suami perlukan isteri untuk menjaga mereka ketika sakit kerana kajian menunjukkan lelaki antara 20 dan 40 tahun jarang bertemu doktor.

Lelaki biasanya takutkan doktor dan apabila sakit sedikit, mereka sangat risau.
Share:

Maklumat Menafaat: Siapa Yang Selalu Baca Amalan Ini Ketika Hidupnya, InsyaAllah Setelah Wafat Akan Disolatkan 70 ribu malaikat.


Jenazah yang dishalawati 70 ribu malaikat

Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik r. a.
Disuatu pagi Rasulullah SAW beriringan dengan sahabatnya Anas bin Malik r. a. lihat satu keanehan. Bagaimana tak, matahari kelihatan demikian redup serta kurang bersinar seperti umumnya.
  
Tak lama kemudian Rasulullah SAW dihampiri oleh Malaikat Jibril.
Lalu Rasulullah SAW ajukan pertanyaan pada Malaikat Jibril: "Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Walau sebenarnya tak mendung? "
"Ya Rasulullah, Matahari ini kelihatan malap lantaran sangat banyak sayap beberapa malaikat yang menghalangnya. "Jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW ajukan soalan lagi: "Wahai Jibril, berapakah jumlah malaikat yang menghalang matahari
sekarang ini? "" Ya
Rasulullah, 70 ribu malaikat. "Jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW ajukan soalan lagi: "Apa kiranya yang jadikan Malaikat menutupi Matahari? Lalu Malaikat Jibril menjawab: "Ketahuilah wahai Rasulullah, sebenarnya Allah SWT sudah mengutus 70 ribu Malaikat supaya membacakan shalawat pada satu diantara umatmu. "

"Siapakah dia, wahai Jibril? "Bertanya Rasulullah SAW.

"Dialah Muawiyah ... !!! "Jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW ajukan soalan lagi: "Apa yang sudah dikerjakan oleh Muawiyah hingga waktu ia meninggal dunia memperoleh kemuliaan yang begitu mengagumkan ini? "

Malaikat Jibril menjawab: "Ketahuilah wahai Rasulullah, sebenarnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat Al-Ikhlas di saat malam, siang, pagi, masa duduk, masa jalan, ketika berdiri, bahkan juga dalam tiap-tiap keadaan senantiasa membaca Surat Al-Ikhlas . "

Malaikat Jibril meneruskan penuturannya: "Dari tersebut Allah SWT mengutus sejumlah 70 ribu malaikat untuk membacakan shalawat pada umatmu yang bernama Muawiyah itu. "

SubhanAllah ..
Walhamdulillah ..
Wala ilaha illallah ..
Wallahu akbar.

Rasulullah SAW bersabda: "Adakah seseorang diantara kalian tak dapat untuk membaca sepertiga Al-Qur'an dalam semalam? "Mereka menjawab," Bagaimana mungkin saja kami dapat membaca sepertigai Al-Qur'an? "Lantas Nabi SAW bersabda," Qul huwallahu ahad itu sepadan dengan sepertiga Al-Qur'an. "(H. Riwayat Muslim no. 1922)

SUMBER: REDAKSIMUSLIM
Share:

Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz :Tiga Doa Yang Janganlah Anda Lupakan Dalam Sujud !!!


Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz semoga Allah merahmatinya berkata: Merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud

1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan khusnul khotimah

1. اللهم إني أسألك حسن الخاتمة Allahumma inni as'aluka Husnal khotimah
Artinya: "Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah"

2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum meninggal dunia

2. اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت Allâhummarzuqnî taubatan nasuha qoblal maut
Artinya: "Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum meninggal dunia"

3. Mintalah agar hati kita ditetapkan di atas Agamanya.

3. اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika
Artinya: "Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU"

Kemudian saya sampaikan,
jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik dengannya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusan di dunia dan akhirat.

Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah kau tahu amal kebaikan sama ada yang dapat menghantarkanmu ke Syurga Allah.
Share:

Sungguh Dahsyat Manfaat, Diam dan Mendengar Azan Saat Dikumandangkan !!! RUGI BESAR siapa yang bercakap ketika Azan!!!


Azan yang merupakan panggilan bagi umat muslim untuk mengingat Allah SWT dengan segera mengambil air wuduk dan menjalankan ibadah solat menjadi hal yang biasa bagi kita semua yang beragama islam.

Pada dasarnya suara azan yang sudah terdengar biasa bagi mempunyai beberapa manfaat yang luar biasa jika kita mau berhenti sejenak dari kesibukan aktiviti dan diam untuk mendengar suara azan. Apa saja manfaat yang boleh kita dapatkan dengan mendengar suara azan? Berikut rangkuman dari pelbagai sumber,

1. Diam mendengar azan dapat menenangkan pikiranSaat sedang sibuk-sibuknya dengan pekerjaan kita, contohnya di siang hari kita mengejar semua pekerjaan agar segera beres, dengan diam mendengar azan Zuhur dan Asar menjadi penyejuk bagi tubu kita.

Ada hawa yang sejuk dan ada jeda masa buat menenangkan hati serta fikiran saat azan dikumandangkan, lalu kita diam dan mendengar.

2. Sebagai peringatan diriApapun aktiviti yang sedang kita lakukan atau apa-apa jua yang sedang kita ceburi, saat diam mendengar azan menjadi detik-detik istimewa. Kita jadi mempunyai masa untuk mengingat lagi bahawa kita cuma hamba Allah yang hidup kerana Allah dan akan kembali pada-Nya suatu saat nanti.

3. Membuka peluang terkabulnya doaDaripada berbual, mendingan diam mendengar azan dan memanjatkan doa. Pada masa itu azan berkumandang adalah salah satu waktu doa jarang tertolak. Dari Sahl bin Saad bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Ada dua yang tidak tertolak dan jarang tertolak; doa pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk." (HR. Abu Dawud, Baihaqi, dan Hakim).

4. Balasannya syurga! Orang yang mendengar azan dan meyakini apa yang diucapkannya, maka dia mendapat janji surga dari Rasulullah. Hadits dari Abu Hurairah, ia berkata, "Pernah ketika kami sedang bersama Rasulullah, Bilal bangkit untuk menyerukan adzan. Tatkala Bilal diam, Rasulullah bersabda," Siapa yang mengucapkan seperti ucapannya muadzin disertai dengan keyakinan, maka ia pasti masuk syurga. "(HR. an Nasa'i no. 674, dihasankan Al Imam Al Albani dalah shahih sunan an Nasa'i).

Wallahu a'lam. Semoga kita tergolong orang-orang yang mendapat hidayah.
Share:

Sayu: Sedihnya !! Kucing Ini 'Menangis' Atas Kubur Tuannya Yang Telah Meninggal Dunia.


Foto yang viral di laman sosial.


JAKARTA - INDONESIA. Walaupun telah dibawa pulang ke rumah oleh beberapa penduduk, seekor kucing tetap kembali ke kubur tuannya.

Kucing berkenaan kemudian akan duduk berehat di atas kubur tuannya, kadangkala berbunyi 'meow' kuat berulang-kali dan kadangkala senyap seribu bahasa.

Kisah kucing tersebut menjadi viral di laman sosial dan mendapat liputan antarabangsa selepas didedahkan oleh seorang pelayar, Keningau Prayitno.

Difahamkan, Keningau sendiri cuba membawa kucing tersebut pulang ke rumahnya, tapi binatang berkenaan tetap berpatah balik ke kubur tuannya.

Beneran mas ... pernah sekali saya mahu bawa pulang..tapi gak mau .. "kata Keningau dipetik laporan Sriwijaya Post.

'Ibu Kundari' tertulis atas batu nisan kubur yang menjadi tempat 'lepak' kucing berkenaan.

Sriwijaya Post mengatakan Kundari dan suaminya sering memberi makan kepada kucing tersebut ketika pasangan berkenaan masih hidup.

Kisah kucing malang tersebut disamakan dengan kisah anjing bernama Hachiko, yang setia menunggu tuannya yang tidak kembali di sebuah stesen kereta api.

Kisah Hachiko kemudian menjadi filem animasi Jepun, diadaptasi oleh Hollywood, malah sebuah patung anjing 'Hachiko' juga dibina di stesen kereta api berkenaan.
Share:

Info Solat : Baiki Cara Solat kita ... [ 10 Kesilapan Biasa Sering Dilakukan Khas Buat Perempuan ]


Baru saja lepas mendengar ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah

Din, sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak

dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti

kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru

kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah

kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah

lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau

boleh di kategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita

mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri " sebelum menghadap Yg Esa;

Dua perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat:

Minit Pertama -

Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita,

betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap

yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal lah.

Minit Kedua -

Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat

kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai

Tuhan yg begitu menyayangi hamba2Nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu

menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. 

Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul,

penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2nya

adab untuk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.

Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam

gemar bergayut2 dicelah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita,

oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit

dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2

menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak2

selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib

dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut.

Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga

dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah.."; dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "...rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang tertinggi".

Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai,

baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bhgn bawah

sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan

di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan

melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut

and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar

menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri ,dan kaki kanan dilentur agar ibu jari

menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tangan.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "...illallahh. ..";

(semasa membaca "laa ilaa ha ILLALLAH"). Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh

mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling

kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan

sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh

ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit

kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, Ustazah sempat mengingatkan

para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati

ciri2 yg tertentu. Antaranya:-

1) Tidak jarang.

Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai

kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita

tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn

menggunakan lapis kain ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan

pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir,

ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja

(tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di

badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara

ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang.

Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah

tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (Ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika

tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.

Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka

yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,

rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.

Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang

agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat

kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa

agak berat. 

Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini

memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam

utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun

kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya

mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun

dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,

inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah

sekarang, jgn susah di alam baqa'. 

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

Wassalam.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanKu

biarpun satu ayat.
Share:

Kisah Benar Ular Menunggu Jenazah ketika hendak dikebumikan.


Luangkanlah untuk Membaca kisah nyata ini,
Dan Ucapkanlah Aamiin Dikomen ..
Semoga Allah menjauhkan kita daripada seksa azab Kubur..Aamiin

Kisah nyata yang anda baca ini bukan datang dari majalah atau tabloid,
tetapi kisah ini dari tanah perkuburan Sa'raya, Makkah ..
Pada beberapa tahun yang lalu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia ..
Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma'ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram
selepas solat Zohor ..

Namun ketika sampai di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahad
(Dalam kubur tersebut) ..

SubhanALLAH..Keadaan ular tersebut amat mengerikan ..

Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa'raya lebih kurang 8km Jauhnya ..

Ketika mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan disitu ..

ALLAHU AKBAR..Mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan Meletakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu ..

(Namun aneh nya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka)
Dengan segera mereka mengkebumikan mayat wanita itu ..

Tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang dan menjalar dengan pantas dan masuk ke dalam kubur wanita itu ..

Subhanallah ..
(Seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas -keadaan ketika ular itu masuk kedalam kubur)

Dan tidak berapa lama mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan ..
Dan apabila mereka melihat kedalam kubur wanita tersebut,
alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu ...

Subhanallah..ada beberapa orang yang berada di Sekitar kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu ..
Setelah diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi .. ??

Ternyata sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solat nya ..
Marilah kita ambil I'tibar dan Renungan dari kejadian ini ..

Semoga ALLAH Subhanahu Wata'ala menguatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu dari pada gangguan syaitan dan iblis Insya ALLAH ..
Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat .. ??
Bagaimana kalau Seksaan Di akhirat kelak Jika Tidak Sholat. ??

Astaghfirullahhal'adzhiim ..
Yuk, Kongsi Inspirasi bermanfaat ini,
semoga menjadi KEBAIKAN bagi kita semua,
Aamiin ..

Yaa ALLAH..Mudahkanlah urusan orang yang membaca status ini ..
Dekatkanlah Rezekinya,
Sihatkanlah jiwa raganya dan Mudahkanlah jodohnya untuk orang yang nge-Like dan nge-share Status Ini ..
Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin ...

"INDAHNYA silaturami & SALING BERKONGSI" -Boleh dishare ...
Share:

Isnin, 26 Disember 2016

Kenapa Rasulullah SAW Melarang Membunuh Semut? Inilah Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu.


Bolehkah kita membunuh semut dengan racun sedangkan semut merupakan salah satu dari binatang yang dilarang oleh Rasulullah SAW dari membunuhnya.

Masalahnya, semut terdapat dimana-mana sahaja termasuk didalam beras, sinki dan disoket lampu.

Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya.

Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan, bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?

Dalam sebuah hadis dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata, "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Shurad."

Hadis ini menunjukkan hukumnya haram membunuh empat jenis binatang tersebut atau memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula satu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya.

Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitan dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya dengan penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah. Setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat kembali sarangnya.

kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah .. "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. 

Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat".. 

Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.

Usaha yang kita lakukan adalah untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan Rasulullah SAW yang kita tidak mampu memahaminya secara pasti.

Wallahu a'lam.
Share:

MASYA ALLAH...!!! Inilah Kelebihan Dan Manfaat Surat Al-Kafirun..


"Qul yaaaaa ayyuhal kaafiruun", ayat ini merupakan salah satu potongan dari surat pendek yang sering dibaca ketika solat. Ya, surat Al-Kafirun merupakan surat ke 109 dalam Al-Qur'an yang berada dalam juz terakhir (jus Amma). Surat ini mengandungi kandungan tentang tentang tidak adanya toleransi dalam Keimanan dan Peribadahan.

Surat Al-Kafirun turun ketika kaum kafir laknatullah berusaha mempengaruhi Nabi saw. dengan menawarkan kekayaan agar beliau menjadi seorang yang paling kaya di kota Makkah, dan akan dikawinkan dengan yang beliau kehendaki. Syaratnya Nabi Muhammad harus menyembah berhala yang menjadi Tuhan mereka dalam kurun wakt satu tahun. Jelas sekali saja sang Nabi Allah menolak usul kaum kafir untuk penyatuan ajaran agama dalam rangka mencapai kompromi.

Selain itu, surat ini juga mengajak masing-masing agama untuk melaksanakan ajaran agama dan kepercayaan tanpa bersikap saling mengganggu. Seperti halnya dengan surat-surat lain, Al-Kafirun juga mempunyai keutamaan dan manfaat jika diamalkan sehari-hari. Beberapa keutamaan dan manfaatnya surat ini adalah adalah sebagai berikut:

1. Surat Ajakan Toleransi Beragama
Surat ini merupakan surat yang sangat terkenal kerana kandungannya mengajarkan untuk bertoleransi antar umat beragama. Agama Islam dalam kitab suci Al-Quran di perintahkan untuk menghormati penganut agama lain. Seperti dalam potongan akhir ayat ini yang artinya 'Untukmu agama mu dan untuk ku agama ku'.
Namun meski menghormati, urusan keimanan dan peribadatan tidak ada kata toleransi. Menurut Imam Qurthubi, sikap menghormati agama dan kepercayaan lain bukan berarti lemah atau diri menjadi larut mengiyakan kebenaran mereka, namun akan sebaliknya perkara itu akan memperteguh keimanan dan membebaskan diri dari kemusyrikan dan kemunafikan sesuai dengan salah satu keutamaan surat Al-Kafirun.

2. Surat yang Sangat Ditakuti Iblis
Surat Al-Kafirun juga mempunyai keutamaan lain yakni menjadi surat yang ditakuti iblis. Hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, menurutnya Tiada surat yang sangat ditakuti Ibli kecuali surat ini .: "Tidak ada dalam Al-Qur'an yang lebih menakutkan bagi Iblis daripada Qul ya ayyuhal-Kafirun, sebab ia adalah tauhid dan pembebas dari kemusyrikan".

Imam Ja'far 'alayhis salaam berkata "Bacalah surat 7x dalam 1hari untuk menjaga iman, barang siapa membiasakan membacanya pada sa'at matahari terbit dan terebenam, maka ia akan di amankan dari keraguan, kesyir¬ikan, dan keyakinan yang buruk"

3. pahalan Membaca Suratnya Adalah Sama Dengan Satu perempat daripada Al-Qur'an

Ternyata membaca surat Al-Kafirun sama dengan membaca seperempat dari Al-Qur'an. Hal ini disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Annas "Qul ya ayyuhal-Kafirun bernilai dengan seperempat Al-Qur'an." Hadits ini dianggap hasan oleh al-Albani dalam kitab silsilah ahadits sahihah.

Hal ini disebabkan kerana Al-Kafirun mengandungi berlepas tangan dari syirik (tauhid atau kalimah syahadah yang pertama). Kerana itu surat memiliki kandungan yang setara dengan seperempat Al-Qur'an. Syeikh al-Mubarakfuri dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi Syarah Sunan at-Tirmizi menyebutkan bahawa Al-Qur'an hukum-hukum yang berkaitan dengan dua kalimah syahadah serta penjelasan tentang kehidupan dunia dan akhirat dan Al-Kafirun mempunyai kandungan itu.

Menurut Syeikh Ibn Baz membaca empat kali surat ini sama dengan menghatam Al-Qur'an. Hanya saja, ini bukan bermakna selepas itu tidak perlu lagi membaca Al-Qur'an. Sebab seorang muslim hendaknya membaca Al-Qur'an secara rutin setiap hari dan mengkhatamkannya dalam sebulan. Sementara hadis di atas adalah untuk memberi motivasi kepada setiap muslim agar membaca surat yang mempunyai fadhilah besar serta memahami dan mengamalkan dalam kehidupan.

4. Membacanya Sangat Dianjurkan Dalam Shalat-Shalat Malam
Hal ini diriwayatkan oleh Al Wailli dari hadis Jabir bin Abdullah: "Seorang laki-laki berdiri lalu shalat fajar dua rakaat. Ia membaca di rakaat pertama Qul ya ayyuhal-Kafirun (katakan hai orang-orang kafir) hingga akhir surat. Lalu Nabi Saw bersabda:

"Ini adalah hamba yang beriman kepada Tuhannya. Kemudian ia membaca pada rakaat kedua Qul HuwalAhad (Katakanlah Dia adalah Allah yang Maha Esa hingga akhir surat. Lalu Nabi saw bersabda: Ini adalah hamba yang mengenal Tuhannya. Thalhah berkata: Maka aku suka membaca dua surat ini dalam dua rakaat ini "

5. Keutamaan Bila Dibaca Menjelang Tidur Dapat Membebaskan Kemusyrikan
Hal ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Farwah bin Naufal: dari ayahnya bahawa Nabi saw bersabda: Bacalah Qul ya ayyuhal-Kafirun kemudian tidurlah di akhirnya, sesungguhnya ayat tersebut membebaskan dari kemusyrikan ".

Bila dibaca dengan Qul huwallahu Ahad akan memperteguh keimanan dan membebaskan kemunafikan: Hal ini disampaikan oleh Al Asymu'i berkata: Dikatakan Qul ya ayyuhal-Kafirun dan Qulhuwallahu Ahad, kedua-duanya membebaskan dari kemunafikan. Wallahu a'lam.

Demikian artikel tentang Keutamaan dan Manfaat dan surat Al-Kafirun. Semoga kita senantiasa membaca dan meresapi setiap ayat-ayat Allah SWT yang mempunyai manfaat dan keutamaan masing-masing. Semoga maklumat ini bermanfaat dan terimakasih sudah membaca.
Share:

Follow Us OnFacebook

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog