Menyajikan Kupasan Berita Menafaat Untuk Anda Semua.

Sabtu, 25 Mac 2017

Dalil dan Cara Sujud Sahwi (2 Sujud sebelum Salam Pengganti Bahagian Solat yang Terlewatkan)

Sujud artinya ketundukan baik itu menundukan kepala ke tempat yang lebih rendah ataupun suatu perbuatan yang mengisyaratkan kepada ketundukan itu sendiri, contohnya ketaatan.



Sedangkan Sahwi artinya Lupa, iaitu meninggalkan sesuatu dengan tidak sengaja. Jadi Sujud Sahwi adalah sujud dalam solat yang dilakukan kerana ada salah satu perbuatan solat yang tertinggal secara tidak sengaja.

Dalil sujud sahwi (dua kali sujud):

Contoh cara melakukan sujud sahwi sebelum salam dijelaskan dalam hadits 'Abdullah bin Buhainah,

فلما أتم صلاته سجد سجدتين فكبر في كل سجدة وهو جالس قبل أن يسلم

"Setelah beliau menyempurnakan shalatnya, beliau sujud dua kali. Ketika itu beliau bertakbir pada setiap akan sujud dalam posisi duduk. Beliau lakukan sujud sahwi ini sebelum salam. "(HR. Bukhari no. 1224 dan Muslim no. 570)

Contoh cara melakukan sujud sahwi sesudah salam dijelaskan dalam hadits Abu Hurairah,

فصلى ركعتين وسلم ثم كبر ثم سجد ثم كبر فرفع ثم كبر وسجد ثم كبر ورفع

"Lalu beliau solat dua rakaat lagi (yang tertinggal), kemudia beliau salam. Sesudah itu beliau bertakbir, lalu bersujud. Kemudian bertakbir lagi, lalu beliau bangkit. Kemudian bertakbir kembali, lalu beliau sujud kedua kalinya. Sesudah itu bertakbir, lalu beliau bangkit. "(HR. Bukhari no. 1229 dan Muslim no. 573)

Sujud sahwi sesudah salam ini ditutup lagi dengan salam sebagaimana dijelaskan dalam hadits 'Imran bin Hushain,

فصلى ركعة ثم سلم ثم سجد سجدتين ثم سلم.

"Kemudian beliau pun shalat satu rakaat (menambah raka'at yang kurang tadi). Lalu beliau salam. Setelah itu beliau melakukan sujud sahwi dengan dua kali sujud. Kemudian beliau salam lagi. "

(HR. Muslim no. 574)
Undang-undang Sujud Sahwi

mazhab Hanafi
Wajib dan berdosa bagi siapa yang meninggalkannya tetapi tidak membatalkan solat. Dalil mereka sebagaimana diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahwasannya Rasulullah Saw bersabda: "jikalau salah satu diantara kalian ragu-ragu dalam shalatnya sehingga dia tidak mengetahui sudah mendapatkan berapa rakaat, tiga atu empat rakaat maka, hendaknya dia menghilangkan keragu-raguannya dan memantapkan keyakinannya kemudian hendaknya dia sujud dua kali sebelum salam, seandainya dia telah shalat sebanyak lima rakaat shalatnya tetap sah "

mazhab Hanafi
Memaknai kalimat perintah dalam hadits tersebut sebagai perintah yang wajib dilaksanakan maka dari itu mereka mewajibkan sujud sahwi bagi yang lupa dalam mengerjakan rukun maupun kewajiban dalam shalat.

mazhab Syafie
Hanya wajib dalam keadaan tertentu iaitu ketika Imam melakukan sujud sahwi maka dalam keadaan seperti ini makmum wajib melakukannya kerana mengikuti Imam, jikalau makmum tidak mengerjakannya maka shalatnya batal dan wajib baginya mengulang solat kembali. Jikalau Imam tidak melakukan sujud sahwi maka tidaklah wajib bagi makmum untuk melakukannya melainkan hukumnya berubah menjadi sunnah dan sunnah ini hanya berlaku untuk individu masing-masing.

mazhab Maliki
Sunnah baik itu bagi Imam maupun individu masing-masing.

madzhab Hambali
Wajib hanya ketika seseorang meninggalkan rukun ataupun kewajiban-kewajiban dalam solat, sunnah jika meniggalkan selain dua perkara tersebut.

Tata Cara Sujud Sahwi
Sujud Sahwi ialah sujud dua kali dengan mengucapkan takbir ketika merendahkan kepala hingga menyentuh lantai kemudian mengangkatnya lagi sambil mengucapkan takbir, di sujud yang kedua juga seperti sujud pertama kemudian duduk dan salam, tata cara ini dilakukan bagi yang mengerjakan sujud sahwi sebelum salam. Adapun yang mengatakan sujud sahwi dilakukan setelah salam maka bermula dari duduk.

Para ahli fikih berbeda pendapat mengenai tempat sujud sahwi, apakah dilakukan setelah salam atau sebelum salam. Mazhab Hanafi mengatakan sujud sahwi dilakukan oleh seseorang yang shalat setelah salam ke kanan saja, kemudian membaca tasyahhud setelah dua kali sujud dan salam setelah tasyahhud

Jikalau tidak membaca tasyahhud maka ia telah meninggalkan hal-hal yang wajib tetapi solatnya tetap sah, dan selepas tasyahhud sujud sahwi, wajib baginya salam, jikalau ia tidak salam maka telah meninggalkan perkara yang wajib.

Adakah Wajib Berniat Ketika Sujud Sahwi?
Sebahagian dari ulama fekah Hanafi tidak mewajibkan niat, kerana sujud sahwi ada untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam solat, dan tidaklah wajib berniat di setiap bahagian-bahagian yang temasuk dalam satu kesatuan seperti solat maka, sujud sahwi tidak wajib baginya niat. Sedangkan sebahagian yang lain mewajibkan niat, kerana itu juga termasuk solat dan tidaklah sah sembahyang tanpa niat, sebagaimana wajibnya niat untuk sujud tilawah dan sujud syukur.

Sedangkan mazhab Syafie mengatakan bahawasanya sujud sahwi ialah sujud dua kali seperti dalam solat dikerjakan sebelum salam, setelah tasyahhud dan shalawat atas Nabi Saw, berniat di dalam hati tidak diucapkan dengan lisan, kerana bercakap dalam solat boleh membatalkan solat.

Mazhab Maliki mengatakan bahawa sujud sahwi iaitu dua sujud dan bertasyahhud setelah dua sujud tanpa doa dan selawat keatas Nabi Saw, jikalau sujud sahwi dikerjakan setelah salam



Mazhab Hambali: sujud sahwi iaitu bermula dari takbir kemudian sujud dua kali setelah salam ataupun sebelum salam. Hanya saja mereka mengatakan bahawasanya sujud sahwi dilakukan sebelum salam adalah lebih baik kecuali dalam dua hal iaitu:

Pertama: ketika kurang ataupun kelebihan rakaat dalam shalat, maka ia harus melengkapi kekurangannya kemudian sujud setelah salam.

Kedua: Ketika Imam ragu-ragu mengenai suatu hal di dalam shalat, kemudian ia menghilangkan keragu-raguannya dan memantapkan piihannya maka dalam hal ini sujud sahwi lebih baik dilakukan setelah salam.

Sebab-sebab Mengerjakan Sujud Sahwi

Ketika meninggalkan bacaan fatihah
Mengeraskan bacaan di dua rakaat terakhir
meninggalkan Tuma'ninah
Meninggalkan duduk yang wajib dalam shalat, yakitu semua duduk kecuali duduk tasyahhud akhir. Barang siapa meninggalkan duduk tasyahhud awal atau duduk diantara dua sujud maka baginya sujud sahwi
Meninggalkan bacaan Tasyahhud pertama dan kedua
Memindahkan rukun bacaan dari satu tempat ke tempat yang lain, seperti membaca fatihah ketika ruku, membaca tasyahhud ketika sujud dan lain sebagainya, kecuali membaca surah sebelum fatihah maka tidak wajib baginya sujud sahwi.
Ragu-ragu dalam bilangan rakaat solat
Meninggalkan hal-hal yang sunah dalam solat tidaklah wajib sujud sahwi melainkan ada beberapa perkara yang masuk pengecualian menurut tiap-tiap mazhab, seperti doa kunut ketika solat subuh dan solat witir di pertengahan bulan Ramadhan dan itu menurut mazhab Syafie. Sedangkan ulama fekah yang lain hanya memasukkan doa kunut diwaktu solat witir sahaja.

Adakah Sujud Sahwi Hanya Dilakukan Ketika Seseorang Hanya Lupa Satu Kali Atau Lebih?

Para ulama sepakat, bagi siapa saja yang lupa terus-menerus atau berkali-kali lebih dari satu kali di dalam sembahyang maka kesemua itu juga termasuk jenis lupa. Jadi, cukup baginya sujud sahwi, walaupun banyaknya kelupaan tersebut bukan sebahagian dari solat, seperti bercakap atau membalas salam dengan tidak sengaja.

Ada juga sebahagian yang berkata bahawa jumlah sujud sahwi ditentukan oleh jumlah tempat-tempat yang ia lupa. Wallahu a'lam bi 's s-shawwab

Bacaan dalam sujud sahwi ada 3 pendapat:

1. Do'a Ketika Sujud Sahwi
Sebahagian ulama menganjurkan do'a ini ketika sujud sahwi,

سبحان من لا ينام ولا يسهو
"Subhana man laa yanaamu wa laa yas-huw" (Maha Suci Dzat yang tidak mungkin tidur dan lupa).

2. Bacaannya sama dengan sujud dalam solat:

سبحان ربى الأعلى
"Subhaana robbiyal a'laa" [Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi]

atau:

سبحانك اللهم ربنا وبحمدك, اللهم اغفر لى
"Subhaanakallahumma Robbanaa wa bi hamdika, Allahummagh firliy." [Maha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, dengan segala pujian kepada-Mu, ampunilah dosa-dosaku]

Jikalau ia telah mengucapkan salam kedua maka telah gugur kewajibannya untuk mengerjakan sujud sahwi tetapi jikalau ia mengerjakan salam yang kedua dengan segaja maka ia telah berdosa karena meninggalkan yang wajib.


Sumber :
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us OnFacebook

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog