Menyajikan Kupasan Berita Menafaat Untuk Anda Semua.

Sabtu, 25 Mac 2017

Ini Penjelasan Sebenarnya Kenapa Pesawat Dilarang Melintas Diatas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.



Masjidil Haram dan Masjid Nabawi merupakan tempat yang suci serta mempunyai banyak keutamaan. Namun muncul anggapan bahawa di Masjidil Haram terdapat gelombang magnet sehingga pesawat dilarang untuk melintas di atasnya, sebagaimana yang diberitakan media barat.

Ternyata alasan larangan melintas diatas Masjidil Haram dan Nabawi menurut seorang juruterbang kenamaan Arab Saudi adalah untuk melindungi keselesaan dan keselamatan para jemaah haji dan umrah.

"Berita dan maklumat yang selama ini beredar di sosial media salah dan menyesatkan," seperti yang dilaporkan oleh portal TV orient-news.net dari Hasan Al-Ghamidi yang juga seorang juruterbang dan pemerhati urusan penerbangan awam pada hari Jumaat (13/01).

Hasan Al Ghamidi juga menjelaskan bahawa tidak ada ruangan hampa di atas kiblat umat Islam ataupun magnet yang terpancar di atas Kaabah. Namun kerana kedudukan Kota Makkah berada di kawasan pergunungan, apabila ada kapal yang melintas maka suara pesawat akan memantul dan menimbulkan kesan buruk bagi para jemaah haji dan umrah.

Selain itu bisa jadi di dalam pesawat terdapat orang non muslim sehingga terlarang memasuki Masjidil Haram dan Nabawi, sebagaimana yang difirman Allah dalam Al-Quran. Wallahu A'lam


Sumber :
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us OnFacebook

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog