Ada seorang umat yang memasuki sebuah masjid, dia mengajukan 3 soalan yang hanya boleh dijawab dengan akal. Artinya tidak boleh dijawab dengan dalil, kerana dalil itu hanya
dipercayai oleh pengikutnya, jika menggunakan dalil (naqli) maka justeru
perbincangan ini tidak akan menghasilkan apa-apa ...
Soalan atheis itu adalah:
Siapa yang menciptakan Allah ?? Bukankah semua yang ada di dunia ada kerana ada penciptanya ?? Bagaimana mungkin Allah ada jika tidak ada penciptanya ??
Bagaimana caranya manusia boleh makan dan minum tanpa buang air ?? Bukankah itu janji Allah di Syurga ?? Jangan pakai dalil, tapi pakai akal ....
Ini soalan ketiga, kalau iblis itu terbuat dari api, lalu bagaimana boleh Allah menyiksanya di dalam neraka ?? Bukankah neraka juga daripada api ??
Tidak ada satupun jamaah yang boleh menjawab, kecuali seorang pemuda. Pemuda itu menjawab satu per satu soalan sang atheis:
1. Apakah engkau tahu, dari angka berapakah angka 1 itu berasal ?? Sebagaimana angka 2 adalah 1 + 1 atau 4 adalah 2 + 2 ?? Atheis itu diam membisu ..
"Jika kamu tahu bahawa 1 itu adalah bilangan tunggal. Dia boleh
mencipta angka lain, tapi dia tidak tercipta dari angka apapun, lalu apa
kesulitanmu memahami bahawa Allah itu Zat Maha Tunggal yg Maha mencipta
tapi tidak boleh dicipta ??"
2. Saya ingin bertanya kepadamu, apakah kita ketika dalam perut ibu kita semua makan? Adakah kita juga minum? Kalau memang kita makan dan minum, lalu bagaimana kita buang air ketika dalam perut ibu kita dulu ?? Jika anda dulu percaya bahawa kita dulu makan dan minum di perut ibu
kita dan kita tidak buang air didalamnya, lalu apa kesulitanmu
mempercayai bahawa di Syurga kita akan makan dan minum juga tanpa buang
air ??
3. Pemuda itu menampar sang atheis dengan keras. Sampai sang atheis marah dan kesakitan. Sambil
memegang pipinya, sang atheis-pun marah-marah kepada pemuda itu, tapi
pemuda itu menjawab: "Tanganku ini terlapisi kulit, tanganku ini dari
tanah..dan pipi anda juga terbuat dari kulit dari tanah juga..lalu jika
keduanya dari kulit dan tanah, bagaimana anda boleh kesakitan ketika saya tampar ?? Bukankah
keduanya juga tercipta dari bahan yang sama, sebagaimana Syetan dan Api
neraka ??
Sang athies itu ketiga kalinya terdiam ...
Sahabat,
pemuda tadi memberikan pelajaran kepada kita bahawa tidak semua soalan
yang terkesan mencela / merendahkan agama kita harus kita hadapi dengan
kekerasan. Dia menjawab soalan sang atheis dengan bijak dan bernas, sehingga sang
atheis tidak mampu berkata-kata lagi atas pertanyaannya ..
Itulah pemuda yang Islami, pemuda yang berbudi tinggi, berpengetahuan
luas, berfikiran bebas ... tapi tidak liberal ... tetap terbingkai manis
dalam indahnya Aqidah ...
Ada yang berkata bahawa pemuda itu adalah Imam Abu Hanifah muda. Rahimahullahu Ta'ala ...
Sumber :
0 ulasan:
Catat Ulasan