Menyajikan Kupasan Berita Menafaat Untuk Anda Semua.

Rabu, 22 Mac 2017

Mesti Baca !!! Sejarah Segitiga Bermuda Menurut Al-Quran.

Segitiga Bermuda akan menjadi topik perbincangan dalam artikel ini. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda apabila seseorang berada pada suatu tempat terbuka atau di tengah terik sinar matahari, kemudian bayangan yang sedang meneduhinya bergerak, sehingga setengah bahagian dari dirinya terletak pada tempat yang panas dan setengahnya lagi dari dirinya terletak pada tempat yang sejuk, maka segeralah pergi untuk meninggalkan tempat tersebut. Larangan tersebut telah dikatakan, kerana tempat seperti itu adalah tempat yang sangat digemari oleh syaitan.
Namun, apa kaitan hal tersebut dengan persoalan segitiga bermuda? Penjelasan mengenai Segitiga bermuda menurut Al Quran mungkin boleh dijumpai dalam QS. Ar-Rahman: 20-21. Ayat tersebut menjelaskan adanya dua aliran laut yang bertemu, dan di antara keduanya terdapat batas yang tidak boleh dilampaui. Segitiga bermuda berada di lautan Atlantik, tepatnya di tengah-tengah antara benua Amerika pada bahagian paling utara dan benua Afrika, di mana lokasi tersebut merupakan pertemuan antara dua arus air yang sangat bertentangan, yaitu arus sejuk yang berasal dari Amerika Utara dan arus panas yang berpunca dari Afrika.
Dengan ayat tersebut, maka terkuaklah misteri mengenai segitiga bermuda. Perihal aneh yang sering terjadi di tempat tersebut tentunya disebabkan pertemuan antara kedua-dua arus yang berlawanan tersebut. Sedangkan menurut seorang ulama besar bernama Syaikh Imam M. Ma'rifatullah Al-Arsy, segitiga bermuda adalah kawasan paling ujung dari dunia ini. Di lokasi tersebut terdapat sebuah telaga, bilamana airnya diminum oleh siapa saja, maka akan menjadi panjang umur. Di tempat itu juga Nabiyullah Khidir AS menjabat sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.




Syaikh Imam juga berkata jika kelak terjadi perang akhir zaman, maka sang penyelamat dunia, iaitu Imam Mahdi akan muncul dari tempat tersebut melalui alam gaibnya dengan mengenakan sebuah jubah suci yang berwarna kebiruan. Lantas, apa kaitannya dengan berbagai macam kapal dan pesawat yang hilang di tempat tersebut? Berdasarkan pernyataan dari Syaikh Imam, para syaitan dan iblis yang tidak boleh mendekati pusat kawasan agung itu, yakni segitiga bermuda, maka mereka pun berjaga mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan menghalang sesiapa saja agar tidak dapat memasuki titik inti dari kawasan segi tiga bermuda, supaya manusia tersebut tidak boleh mengetahui kebenaran alam yang sesungguhnya.

Segitiga Bermuda menurut Al Quran memang tidak terperinci secara jelas. Namun ramai yang mempercayai bahawa tempat yang dijelaskan dalam Surah Ar-Rahman ayat 20-21 memang merujuk kepada tempat tersebut. Telah banyak orang jaman dahulu yang telah cuba ke pusat dari segi tiga bermuda, namun kebanyakan daripada mereka yang menghilang dan tidak kembali ke dunianya. Dalam sebuah artikel kuno yang ditemui, di dalamnya menceritakan bahawa Raja Iskandar Agung pernah cuba untuk masuk ke kawasan agung tersebut.

Setelah kembali, beliau mengatakan bahawa tempat tersebut berpasir batu berlian dan permata. Tempat itu juga dipenuhi dengan kabus yang sangat tebal. Tempat agung tersebut sangat indah jika dipandang, namun sangat berbahaya jika didatangi. Ada juga yang berpendapat bahawa segitiga bermuda ada kaitannya dengan kemunculan Dajjal. Mengenai Dajjal sendiri, dalam pelbagai hadis, Rasulullah telah banyak mengingatkan umatnya agar sentiasa berhati-hati terhadap kemunculan Dajjal. Dalam Hadis yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Hakim dan Ibn Khuzaimah, Rasulullah bersabda, bahawa sebenarnya tidak ada fitnah di bumi ini yang dahsyatnya melebihi Dajjal.

Dan Allah tidak akan mengutus seorang nabi atau rasul, melainkan ia hanya memberi amaran kepada umatnya akan kemunculan Dajjal. Aku nabi terakhir, dan kamu adalah umat yang terakhir pula, dan Dajjal pasti akan keluar diantara tengah-tengah kalian. Jika ia keluar dan aku masih berada di antara kalian, maka akan aku kalahkan dirinya dengan hujjah dan kemampuan yang kumiliki. Tetapi, jika ia muncul setelah aku tiada, maka setiap insan akan menjadi penolong bagi dirinya sendiri untuk mengalahkan musuhnya.

Di manakah Dajjal pertama kali akan muncul, pada bila-bila dia akan muncul, di mana tempat tinggalnya, bagaimana bentuk rupanya, sehebat apa kemampuannya, berapa usianya? Itulah berbagai macam soalan yang sering ditanyakan oleh banyak orang mengenai sosok Dajjal. Yang jelas, sebagaimana sabda Rasulullah, kita harus berhati-hati ketika Dajjal sudah menampakkan dirinya. Kerana ia adalah musuh yang nyata bagi kita. Demikianlah perbahasan mengenai Segitiga Bermuda menurut Al Quran. Semoga bermanfaat.


Sumber :
Share:

"Siapa yang Menciptakan Allah" ??? Jawaban Pemuda ini Bakal Mengejutkan Anda ...!.



Ada seorang umat yang memasuki sebuah masjid, dia mengajukan 3 soalan yang hanya boleh dijawab dengan akal. Artinya tidak boleh dijawab dengan dalil, kerana dalil itu hanya dipercayai oleh pengikutnya, jika menggunakan dalil (naqli) maka justeru perbincangan ini tidak akan menghasilkan apa-apa ...

Soalan atheis itu adalah:

Siapa yang menciptakan Allah ?? Bukankah semua yang ada di dunia ada kerana ada penciptanya ?? Bagaimana mungkin Allah ada jika tidak ada penciptanya ??
Bagaimana caranya manusia boleh makan dan minum tanpa buang air ?? Bukankah itu janji Allah di Syurga ?? Jangan pakai dalil, tapi pakai akal ....
Ini soalan ketiga, kalau iblis itu terbuat dari api, lalu bagaimana boleh Allah menyiksanya di dalam neraka ?? Bukankah neraka juga daripada api ??
Tidak ada satupun jamaah yang boleh menjawab, kecuali seorang pemuda. Pemuda itu menjawab satu per satu soalan sang atheis:

1. Apakah engkau tahu, dari angka berapakah angka 1 itu berasal ?? Sebagaimana angka 2 adalah 1 + 1 atau 4 adalah 2 + 2 ?? Atheis itu diam membisu ..

"Jika kamu tahu bahawa 1 itu adalah bilangan tunggal. Dia boleh mencipta angka lain, tapi dia tidak tercipta dari angka apapun, lalu apa kesulitanmu memahami bahawa Allah itu Zat Maha Tunggal yg Maha mencipta tapi tidak boleh dicipta ??"

2. Saya ingin bertanya kepadamu, apakah kita ketika dalam perut ibu kita semua makan? Adakah kita juga minum? Kalau memang kita makan dan minum, lalu bagaimana kita buang air ketika dalam perut ibu kita dulu ?? Jika anda dulu percaya bahawa kita dulu makan dan minum di perut ibu kita dan kita tidak buang air didalamnya, lalu apa kesulitanmu mempercayai bahawa di Syurga kita akan makan dan minum juga tanpa buang air ??

3. Pemuda itu menampar sang atheis dengan keras. Sampai sang atheis marah dan kesakitan. Sambil memegang pipinya, sang atheis-pun marah-marah kepada pemuda itu, tapi pemuda itu menjawab: "Tanganku ini terlapisi kulit, tanganku ini dari tanah..dan pipi anda juga terbuat dari kulit dari tanah juga..lalu jika keduanya dari kulit dan tanah, bagaimana anda boleh kesakitan ketika saya tampar ?? Bukankah keduanya juga tercipta dari bahan yang sama, sebagaimana Syetan dan Api neraka ??
Sang athies itu ketiga kalinya terdiam ...

Sahabat, pemuda tadi memberikan pelajaran kepada kita bahawa tidak semua soalan yang terkesan mencela / merendahkan agama kita harus kita hadapi dengan kekerasan. Dia menjawab soalan sang atheis dengan bijak dan bernas, sehingga sang atheis tidak mampu berkata-kata lagi atas pertanyaannya ..

Itulah pemuda yang Islami, pemuda yang berbudi tinggi, berpengetahuan luas, berfikiran bebas ... tapi tidak liberal ... tetap terbingkai manis dalam indahnya Aqidah ...

Ada yang berkata bahawa pemuda itu adalah Imam Abu Hanifah muda. Rahimahullahu Ta'ala ...


Sumber :
Share:

Malaikat JIBRIL Menangis Saat Mengungkap Penghuni Neraka yg ke-7. SubhanAllah.



Kala itu Jibril datang kepada Rasulullah pada waktu yang tak biasa. Namun, Jibril kelihatan berbeza. Raut wajah yang tak biasa.

Maka Rasulullah SAW bertanya:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka (wajah)?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya ".

Lalu Rasullulah Saw bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam".

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam, lalu menjadi hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar semua penduduk dunia kerana panasnya. Demi Allah, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7.

Demi Allah, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya adalah potongan-potongan api.

Api neraka itu ada 7 pintu, jarak antar pintu sejauh 70 tahun, dan tiap pintu panasnya 70 kali dari pintu yg lain ".

Dikatakan dalam hadis Qudsi:

"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: mempunyai 7 tingkat.

Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zaqqum.

Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70,000 ekor ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. Dan di bawah setiap pokok zaqqum terdapat 70.000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat ".

"Api yang ada sekarang ini, yang digunakan bani Adam untuk membakar hanyalah 1/70 dari api neraka jahannam" (HR. Bukhari-Muslim). "Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya". (QS. Al-Furqan: 11).

"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah". (QS. Al-Mulk: 7).

Air di jahannam adalah hamim (air panas yang menggelegak), anginnya adalah samum (angin yang amat panas), sedang naungannya adalah yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yang sangat panas) (QS. Al-Waqi'ah: 41-44 ).

Rasulullah SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu per satu mengenai pintu-pintu neraka tersebut.

"Pintu pertama dinamakan Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), yang diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir. Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yang diperuntukkan bagi kaum musyrikin; Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yang diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api; Pintu ke 4 dinamakan Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya; Pintu ke 5 dinamakan Huthomah (artinya: menghancurkan hingga berkeping-keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi; Pintu ke 6 dinamakan Sa'ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir.

Rasulullah bertanya: "Bagaimana dengan pintu ke 7?"

Sejenak malaikat Jibril seperti teragak-agak untuk menyampaikan siapa yang akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah Saw mendesaknya sehingga akhirnya malaikat Jibril berkata, "Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yang berdosa besar dan meninggal dunia sebelum mereka mengucapkan kata taubat

Mendengar penjelasan yang mengejutkan itu, Rasulullah Saw pun terus pengsan, Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah saw di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar beliau bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka? " Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu."

Nabi Muhammad SAW lalu menangis, Jibril pun ikut menangis. Kemudian Nabi terus masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat. Selepas kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari, dan ketika sholat Beliau pun menangis dengan tangisan yang sangat memilukan.
Semoga bermanfaat. Barakallohu fikum.Rahmat Imanudin

Sila KLIK & SHARE jika dirasa bermanfaat .....


Sumber :
Share:

Mesti Baca !!! Inilah Dosa 24 Jam Seorang Wanita Di Sosial Media, Wanita Wajib Baca!!!



Mohon dibaca sampai selesai, siapa tau boleh menjadi pelajaran buat kita semua, terutama bagi muslimah.

Saudariku ...
Seorang Wanita yang menampakkan gambar dirinya di internet mungkin telah melanggar larangan untuk tidak tabarruj dan sufur. Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan sebagian anggota tubuhnya atau perhiasannya di hadapan laki-laki asing.

Sedangkan Sufur adalah seorang wanita menampak-nampakkan wajah di hadapan lelaki lain. Oleh kerana itu Tabarruj lebih umum dalam skop daripada sufur, kerana termasuk wajah dan anggota tubuh lainnya.

Tabarruj diharamkan dalam syariat berdasarkan ayat al-Qur'an dan juga hadits, antara lain: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu." (QS. Al-Ahzab: 33)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata: Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda: "Ada dua kelompok penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang memukuli orang-orang dengannya dan para wanita yang berbaju tapi mereka telanjang, berlenggak lenggok kepala mereka bagaikan punuk unta yang bergoyang. wanita-wanita itu tidak masuk syurga dan tidak mendapatkan baunya padahal bau syurga dapat tercium sejauh sekian dan sekian. "(HR. Muslim no. 3971 & 5098)

Apabila seorang wanita menampakkan photo dirinya di internet lalu dimanakah intipati hijab sebagai al Haya '(RASA MALU). Sebagai seorang muslimah sejati, tentulah saudariku akan berfikir beribu-ribu kali untuk melakukan hal yang demikian. Padahal Rasullullah Shallallahu'alaih wa sallam bersabda yang artinya: "Sesungguhnya setiap agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam adalah malu" sabda beliau yang lain; "Malu adalah sebahagian dari Iman dan Iman tempatnya di Syurga".

Allah Azza wa Jalla juga menjadikan kewajipan berhijab sebagai tanda 'Iffah (menahan diri dari maksiat) dalam firman-Nya, "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:" Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab: 59)

Itu kerana mereka menutupi tubuh mereka untuk menghindari dan menahan diri dari perbuatan jelek (dosa), karena itu "mereka tidak diganggu". Maka orang-orang fasik tidak akan mengganggu mereka.

Dan pada firman Allah "kerana itu mereka tidak diganggu" sebagai isyarat bahawa mengetahui keindahan tubuh wanita adalah suatu bentuk gangguan baerupa fitnah dan kejahatan bagi mereka. Wallahua'lam.

Diantara kesan negatif wanita memajang foto wajah di internet:
- Boleh membuat lelaki yg sengaja maupun tidak sengaja melihatnya menjadi tergoda, mengotori hatinya, membuat terbayang siang malam, bahkan boleh menimbulkan niat-niat buruk atau bahkan sampai melakukan kejahatan. Meski seorang wanita menutup seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangannya, kemudian ia mempamerkan dirinya di social media maka ini pun tidak boleh menjamin selamatnya orang yang melihat dari fitnah, sebab wajah wanita mempunyai daya tarik yang sangat kuat terhadap laki-laki, sehingga, meski seluruh badannya tertutup dengan baik akan tetapi jika wajahnya dibuka dan dipampang di depan pengunjung akaun,

maka ia boleh menimbulkan fitnah di hati orang yang memandangnya. Disebabkan orang yang menyaksikan foto itu boleh terfitnah maka tidak dibolehkan memampang foto wajah itu di laman laman web yang boleh diakses oleh para lelaki yang bukan muhrimnya.

- Menggoda lelaki, membuat lelaki tidak menundukkan pandangan, padahal dalam Al Quran diperintahkan menundukkan pandangan. Jika di dunia nyata, lelaki tidak akan berani lama-lama menatap wanita, apalagi yang belum dikenalinya. Lelaki akan malu kalau kelihatan sedang melihat wanita tersebut terus-menerus. Namun foto di internet, para lelaki boleh melihatnya lama-lama tanpa merasa malu, sebab tidak ada orang yang tahu. Dan hal tersebut boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif baik bagi lelaki mahupun wanita. Sudah seharusnya para wanita menolong para lelaki dgn cara mencegah terjadinya hal tersebut, iaitu dgn tidak memaparkan fotonya.

- Betapa banyak wanita yg menjadi mangsa lelaki jahat bermula dari Facebook, diajak bertemu, ditipu, diculik, dirogol, dibunuh, dll, diawali oleh lelaki tertarik melihat foto sang wanita di FB, sebagaimana sering diberitakan media massa.
- Foto anda boleh disalin dan disunting oleh orang2 jahat, dijadikan gambar porno, atau digunakan untuk hal2 lain yg merugikan, (misalnya orang membuat suatu akaun dgn memakai foto2 anda)



Redhokah laki-laki yang sudah dipersiapkan Allah untuk menjadi pasangan hidupmu? Kerana mereka lah yang berhak terhadap kecantikan yang kamu miliki. Jawabnya: itu hak anda, kami hanya menyampaikan.
Namun semuanya kembali pada diri kita masing-masing, jika memang susah rasanya tidak menggunakan sosial media, jadikanlah sosial media itu menjadi hal yang bermanfaat dan tidak menimbulkan fitnah bagi kita sendiri.
Sila share artikel ini kepada rakan anda yang lain jika kamu rasa ini bermanfaat. (Sebarkanlah)


Sumber : 
Share:

Baca Dan Fahami : Inilah 7 Kunci Kebahagian Hidup Dunia Dan Akhirat.



Ibnu Abbas r.a. adalah seorang sahabat Nabi saw, pernah ditanya pada suatu hari mengenai apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan dunia. Ibnu Abbas telah menjawab dengan mengatakan bahawa terdapat 7 (tujuh) kunci kebahagiaan hidup di dunia, iaitu:

Pertama, Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh. Pasangan hidup yang soleh akan menciptakan suasana rumah dan keluarga yang soleh pula. Di akhirat kelak seorang suami (sebagai imam keluarga) akan diminta pertanggungjawaban dalam mengajak isteri dan anaknya kepada amal kesolehan.

Berbahagialah menjadi seorang isteri bila memiliki suami yang soleh, yang pasti akan bekerja keras untuk mengajak isteri dan kesemua anak-anaknya menjadi Muslim yang soleh. Demikian pula seorang isteri yang soleh akan memiliki kesabaran dan keikhlasan yang luar biasa dalam melayani suaminya, walau betapa buruk sekalipun perlakuan suaminya.

Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki seorang isteri yang soleh.

Kedua, Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur. Memiliki jiwa syukur bererti selalu menerima sekadar apa adanya (qona’ah), inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur.

Seseorang yang pandai bersyukur mudah memahami sifat-sifat Allah SWT, sehingga apa pun yang diberikan oleh Allah tetap diterimanya dengan dada yang terbuka malah sentiasa redha dengan keputusan yang telah Allah tetapkan. Maka berbahagialah kepada orang yang pandai bersyukur.

Ketiga, iaitu memiliki umur yang berkat. Maknanya, umur yang semakin tua semakin soleh dan setiap detik masa akan diisi dengan membuat amal ibadah. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk bekalan akhirat (melalui amal ibadah) maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Sang penciptanya.

Inilah semangat “hidup” orang-orang yang berkat umurnya, maka berbahagialah orang-orang yang telah dianugerahkan umur yang berkat.

Keempat, al auladun abrar, iaitu memiliki anak yang soleh dan solehah. Di kala Rasulullah SAW sedang bertawaf, baginda telah bertemu denga seorang anak muda yang memiliki badan yang sedang melecet. Setelah selesai tawaf, Rasulullah SAW telah bertanya kepada anak muda itu, “Kenapa dengan badan mu itu?” Jawap anak muda itu, “Ya Rasulullah, saya dari Yaman dan mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika membuang hajat, ketika solat atau ketika istirehat, selain itu saya akan selalu mengendongnya.”

Lalu anak muda itu bertanya, “Ya Rasulullah, Apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua?” Rasulullah SAW sambil memeluk anak muda itu dan menyatakan, “Sesungguhnya Allah redha kepadamu, kamu anak yang soleh, anak yang berbakti, tapi anakku ketahuilah, cinta orang tuamu tidak terbalaskan olehmu.”

Dari hadis tersebut kita mendapat gambaran bahawa nyata segala amal ibadah kita sememangnya tidak cukup untuk membalas cinta dan kebaikan orang tua kita, namun pada kadar yang minimum sekalipun, kita sewajarnya memulainya dengan menjadi anak yang soleh. Di mana doa anak yang soleh atau solehah adalah dijamin akan dimakbulkan oleh Allah.

Berbahagialah kita bila memiliki anak yang soleh atau solehah.

Kelima, albiatu sholihah, iaitu memiliki lingkungan yang kondusif untuk iman kita. Yang dimaksudkan dengan lingkungan yang kondusif ialah kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi untuk menjadikannya sebagai sahabat karib kita, haruslah orang-orang yang mempunyai nilai tambah terhadap keimanan kita.

Dalam sebuah hadisnya, Rasulullah menganjurkan kita untuk selalu bergaul dengan orang-orang yang soleh. Orang-orang yang soleh akan selalu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila kita berbuat salah. Orang-orang yang soleh adalah orang-orang yang bahagia kerana nikmat iman dan nikmat Islam yang selalu terpancar pada cahaya wajahnya.

Berbahagialah orang-orang yang selalu dikelilingi oleh orang-orang yang soleh.

Keenam, tafakuh fi dien, atau semangat untuk memahami agama. Semangat memahami agama diwujudkan dalam semangat memahami ilmu-ilmu agama Islam. Semakin ia terangsang untuk belajar lebih jauh lagi mengenai sifat-sifat Allah dan ciptaan-Nya.

Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.

Maka berbahagialah orang yang penuh semangat memahami ilmu agama Islam.

Ketujuh, al malul halal, atau harta yang halal. Paradigma dalam Islam mengenai harta bukanlah banyaknya harta tetapi halalnya. Ini tidak bererti Islam tidak menyuruh umatnya untuk kaya.

Dalam riwayat Imam Muslim di dalam bab sedekah, Rasulullah saw pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangannya. “Kamu berdoa sudah bagus,” kata Nabi saw, “Namun sayang makanan, minuman dan pakaian dan tempat tinggalnya didapati secara haram, bagaimana doanya akan dimakbulkan?”



Berbahagialah orang-orang yang selalu dikelilingi oleh orang-orang yang soleh.

Keenam, tafakuh fi dien, atau semangat untuk memahami agama. Semangat memahami agama diwujudkan dalam semangat memahami ilmu-ilmu agama Islam. Semakin ia terangsang untuk belajar lebih jauh lagi mengenai sifat-sifat Allah dan ciptaan-Nya.

Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.

Maka berbahagialah orang yang penuh semangat memahami ilmu agama Islam.

Ketujuh, al malul halal, atau harta yang halal. Paradigma dalam Islam mengenai harta bukanlah banyaknya harta tetapi halalnya. Ini tidak bererti Islam tidak menyuruh umatnya untuk kaya.

Dalam riwayat Imam Muslim di dalam bab sedekah, Rasulullah saw pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangannya. “Kamu berdoa sudah bagus,” kata Nabi saw, “Namun sayang makanan, minuman dan pakaian dan tempat tinggalnya didapati secara haram, bagaimana doanya akan dimakbulkan?”

Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dimakbulkan Allah.


Sumber :
Share:

Mesti Baca !!! Anda Kerap DITINDIH WAKTU TIDUR?? Apa Yang Anda Perlu Buat ? Inilah Caranya..



KENA TINDIH WAKTU TIDUR apa yang anda perlu buat ?
Bila rasa ditindih, tenangkan fikiran, jangan panic ,setkan dalam kepala anggap biasa-biasa aje. insyaAllah disini ada beberapa tips untuk anda
.
1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati Allah sebanyak2nya, kemudian hembuskan perlahan2. Ulang beberapa kali.
2. Azan sekuat-kuatnya dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan dimulut.
3. Membaca ayat kursi atau apa-apa surah yang terlintas dikepala. Baca didalam hati.
4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan2 sehingga anda mampu menggerakkan keseluruhannya.
5. ubah posisi tidur.

Cara mengelakkan ditindih.
.
1. Kibas tilam sebelum tidur
2. Menjaga kebersihan bilik / tempat tidur
3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur,
(berwuduk, zikir, mengaji sebelum tidur)
4. membaca 3 qul tiup ditangan dan sapu keseluruh tubuh
5. membaca ayat kursi sebelum tidur
6. Istighfar
7. Bismillah 21 kali
8. tidur dilambung kanan
.
InsyaAllah ikhtiar


Sumber :
Share:

Selasa, 21 Mac 2017

Info Menafaat : Jangan Tinggalkan Dua Amalan Sunnah Ini Selepas Menunaikan Solat Subuh Dan Maghrib.



Pertama : Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :

اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”

Boleh juga membaca :

اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”

Apakah fadilat amalan yang pertama? 
Hadis daripada Abu Zar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), 

diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik 
(menyekutukan) Allah’. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)

Imam an-Nasa’I menambah, “ Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”
Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”

Apa pula fadilat amalan yang kedua?
Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)

*Semoga menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T serta ditempatkan di SyurgaNya..insyaAllah :)


Sumber : 
Share:

Doa Penawar Bagi Orang Yang Patah Tulang, Retak Mahupun Rapuh Dimamah Usia..



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Surah Yasin banyak khasiatnya & diantara bahagian ayat2 ini sebagai penawar kepada patah tulang, retak tulang & lain2 berkaitan patah. Jika mengalami patah akibat jatuh ataupun yg aktif bersukan lasak seperti ragbi, bola sepak elok amalkan sebelum masuk padang. Baca shalawat 3kali & ayat2 tersebut & sapu pada kaki atau seluruh badan supaya elak patah.

Bagi yg mengalami retak tulang & "Ostoeporosis" iaitu tulang rapuh terutama orang2 tua elok amalkan doa ini dimulakan dengan bacaan shalawat syifa 1kali diikuti doa ini sebanyak 1kali & ditiup pada air & minum. Lakukan pada waktu pagi sebelum sarapan pagi. Insyaallah jisim tulang tuan puan akan bertambah kuat. Selalu makanan yg banyak kandungan kalsium.




[78] Wadaraba lana mathalanwanasiya khalqahu qala man yuhyee alAAithamawahiya rameem

[79] Qul yuhyeeha allatheeanshaaha awwala marratin wahuwa bikulli khalqin AAaleem

Maksudnya: [Surah Yasiin: Ayat 78 dan 79].

78. Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? 

79. Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)

Saya amat berharap kepada pembaca untuk share doa ini supaya kita sama2 dapat mengamalkan doa ini..

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.


Sumber :
Share:

Tahukah Anda Hukum Pakai Telekung Berwarna Ketika Solat?

Zaman sekarang kan dah semakin maju. Tidak kira pakaian, makanan , dan sebagainya, rata-rata sudah banyak hilang ciri-ciri keasliannya. Walaupun zaman semakin moden, kita sebagai pengguna haruslah mengambil tahu apa yang patut dan tidak patut diguna pakai, ya tak?


Jangan sekadar terpengaruh semata-mata, nak ikut trend tak salah, tapi kena bijak. Kalau bercakap dari segi agama, telekung solat pun dah bermacam-macam warna dah dikeluarkan. Ada warna hitam, hijau dan sebagainya.

Sah ke tak solat jika kaum wanita guna telekung warna lain selain putih? Nak tahu, jom kita dengar penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus dalam video ni.

Share:

Hukum dan Tatacara Mencukur Bulu Kemaluan Menurut Islam.Ini Jawapan Yang Perlu Anda Ketahui.



Mencukur Bulu Kemaluan adalah salah satu masalah yang sebenarnya sangat penting untuk diketahui Hukum dan tatacaranya, namun, banyak sekali kaum muslimin yang tidak mengetahuinya.

Rata-rata mereka berasa malu dan segan untuk bertanya kepada pihak yang sepatutnya. Padahal masalah ini merupakan salah satu bab dalam sunnah Nabi shallallahu alaihi wasallam.

Sebagaimana dimuat dalam hadits riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar radhiallahu’anhuma, Bahwasanya Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda: 

مِنْ الْفِطْرَةِ : حَلْقُ الْعَانَةِ ، وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

“Dintara fitrah adalah mencukur bulu kemaluan, mencukur kuku dan memendekkan kumis.” 

Dalam bukunya yang berjudul Syi’ru wa-ahkamuhu fi al-Fiqh al-Islami. Prof. Abdul Jawwad Khalaf mengatakan, bahwa Islam menganjurkan agar bulu-bulu tersebut dicukur secara rutin, Hal ini bukan tanpa alasan, karena ternyata ada banyak manfaat dari anjuran Nabi ini, yang paling utama adalah berhubungan dengan masalah kebersihan dan kesehatan.

Hukum Mencukur Bulu Kemaluan Menurut Islam

Berasaskan berbagai hadits yang menyatakan tentang sunnah mencukur bulu kemaluan, Para ulama telah bersepakat dengan hukum mencukur bulu kemaluan adalah sunnah atau dianjurkan. Namun mereka mempunyai khilaf pendapat, Apakah lebih disunnahkan dicabut atau dicukur?

Madzhab Hanafiyah mengatakan sunnahnya adalah dengan cara mencabut. Namun, madzhab Maliki sebaliknya, Sunnah bukan dengan cara mencabut, namun mencukurnya.

Madzhab Syafi’i mempunyai pandangan yang berbeza lagi, mereka membedakan antara muslimah yang masih single dan perempuan yang telah lanjut usia. Bagi mereka yang masih muda disunnahkan dengan cara mencabut bulu kemaluan, sedangkan yang sudah lanjut usia boleh dengan cara mencukurnya.

Madzhab Hambali atau Imam Ahmad berpendapat, Sunnahnya adalah dengan cara mencukur, dan pendapat yang terakhir ini disetujui oleh Lembaga Kajian Fatwa Arab Saudi. lembaga ini mengemukakan manfaat dari kesunnahan mencukur bulu sekitar alat vital ini adalah untuk menjaga kebersihan di sekitar area vital, Selain itu juga bisa membantu meningkatkan pembuluh darah saat berjima’ dan yang terpenting adalah menghindari penyakit akibat bakteri yang tumbuh dan berkembang di sekitar bulu-bulu kemaluan. 

Kita boleh memilih salah satu dari pendapat yang telah disebutkan diatas, Disesuaikan saja, Karena kebiasaan setiap orang tentu berbeza, Ada yang mengatakan jika dicabut maka rasanya tentu menjadi sakit. Kebalikannya, Ada beberapa orang yang malah menganggap sebaliknya.

Bilakah Waktu Mencukur Bulu Kemaluan Yang Disunnahkan?

Mencukur bulu kemaluan hendaknya selalu dilakukan secara rutin oleh seorang muslim tidak lebih dari 40 hari. Hal ini sesuai dengan atsar yang diceritakan oleh sahabat Anas bin Malik,


وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الْأَظْفَارِ وَنَتْفِ الْإِبِطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لَا نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

“Kami diberi waktu dalam memendekkan kumis, mencukur kuku, mencabut bulu ketia dan mencukur bulu kemaluan agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh malam.” 

Imam Syaukani dalam kitab Nailul Authar menjelaskan,

“Batas waktu maksimal adalah empat puluh hari sebagaimana yang telah ditentukan oleh Nabi sallallahu’alaihi wa sallam, maka tidak diperbolehkan bagi seorang muslim untuk tidak memotongnya melebihi empat puluh hari. Dan jika dalam rentang sebelum 40 hari, Anda berniat memotongnya maka hal ini diperbolehkan dan tidaklah menyalahi sunnah”

Bagaimana Tatacara Mencukur Bulu Kemaluan Menurut Islam?

Hendaknya dimulai dari bulu bagian kanan yang paling atas kemudian menyamping ke kiri, namun jika kesulitan boleh dari mana saja tergantung situasinya. Hal yang terpenting sebelum mencukur bulu kemaluan adalah berdoa dulu agar tidak diintip oleh Jin.

Sebenarnya Tidak ada doa khusus yang dianjurkan ketika akan mencukur bulu kemaluan, jika tidak berdoa pun tidak mengapa. Hanya saja waktu seseorang membuka aurat itu bisa jadi diintip oleh jin, maka disunnahkan untuk membaca basmalah atau doa masuk kamar mandi, seperti yang diriwayatkan dalam hadits riwayat Ali bin Abi Thalib ra, Bahwa Nabi SAW bersabda:

“Penutup antara pandangan jin dan aurat bani adam adalah ketika mereka masuk kamar mandi, mengucapkan bismillah.” (HR. Tirmidzi )

Demikianlah Hukum dan Tatacara Mencukur Bulu Kemaluan Menurut Islam, Semoga bermanfaat.


Sumber :
Share:

Follow Us OnFacebook

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog