Menyajikan Kupasan Berita Menafaat Untuk Anda Semua.

Ahad, 26 Mac 2017

Info Penting !!! Ramai Yang Silap?? Mana Lebih Utama, Sedekah Kepada Orang Miskin Atau Kerabat Sendiri? Ini Penjelasannya.



Lebih utama mana, sedekah kepaada orang miskin atau kada kerabat sendir? Pertanyaan ini mungkin dirasa remeh namun kenyataannya, kebanyakan muslim yang belum tahu lebih memilih untuk bersedekah pada fakir miskin daripada bersedekah terhadap keluarga atau kerabatnya sendiri.

Padahal, setiap satu perintah sedekah dan infak di dalam al-Quran, selalu yang pertama kali disebutkan adalah untuk karib kerabat. Seperti yang termaktub dalam ayat berikut ini:

وءاتى المال على حبه ذوى القربى

"... .dan Memberikan harta yang ia cintai kepada karib-kerabat ... .." (QS. Al Baqarah 177)

وءات ذى القربى حقه والمسكين

"Dan berikanlah kepada karib-kerabat akan haknya dan orang miskin ...." (QS. Al Isra 26)

Dan banyak lagi ayat lain yang senada dengan itu. Jika kita perhalusi, ada satu mesej yang sangat penting untuk kita amalkan. Iaitu mendahulukan karib kerabat atau orang terdekat untuk menerima infak atau apa-apa bentuk kebaikan.

Sebelum kita memberi kepada orang lain, kita harus perhatikan apakah ada di antara orang terdekat yang masih memerlukan atau semua sudah makmur, tidak perlu disantuni lagi.

Amat disayangkan bila seseorang mempunyai kekayaan yang membuat ia mampu menyantuni orang lain, dan ia sangat peduli dengan dengan masalah sosial di lingkungannya, mudah memberi kepada fakir miskin, anak yatim dan berbagai bentuk amal sosial lain.

Namun sayang beribu sayang ia sangat acuh tak acuh dan pelit kepada saudara kandungnya sendiri. Barangkali ia merasa pemberian kepada keluarga terdekat tidak mendapat pahala. Padahal justru itulah yang lebih besar pahalanya di sisi Allah. Oleh kerana itu pemahaman yang salah ini perdu diluruskan.

Tidakkah menyayat hati, bila seseorang tinggal di rumah yang bagaikan istana, sementara saudara kandungnya tinggal di rumah RSSS (rumah sangat sederhana sekali).

Tidakkah kita mengangkat kening bila seseorang mempunyai kekayaan besar, turun dari satu kereta mewah dengan dibukakan pintu oleh para ajudan, berpindah dari satu bangunan mewah ke gedung mewah berikutnya.

Namun saudara kandungnya menjadi kuli atau babu yang siap diperintah-perintah dengan suara tinggi sambil diacungi telunjuk kiri, wajahnya penuh ketakutan dengan kepala tertunduk serta badan yang bongkok.

Ingatlah .. Rasulullah SAW bersabda:

... .يا أمة محمد, والذي بعثني بالحق لا يقبل الله صدقة من رجل وله قرابة محتاجون إلى صلته ويصرفها إلى غيرهم. والذي نفسي بيده, لا ينظر الله إليه يوم القيامة

"... .Wahai Umat Muhammad, demi Allah yang telah mengutusku dengan kebenaran, Allah tidak akan menerima sedekah seseorang yang mempunyai kerabat yang memerlukan bantuannya, sementara ia memberikan sedekah atau bantuan itu kepada orang lain. Dan demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamannya, Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat nanti ". (HR. Thabrani)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

الصدقة على المسكين صدقة, وعلى القريب صدقتان, صدقة وصلة

"Sedekah kepada orang miskin dinilai satu sedekah, sedangkan kepada karib (saudara dekat) nilainya sama dengan dua, nilai sedekah dan nilai untuk menyambung persaudaraan".

Ada mesej penting yang sangat jelas disini:

"Jika anda menjadi orang yang kaya, jadikanlah orang terdekat anda yang pertama sekali merasakan kekayaan itu. Ibu-bapa, anak-isteri, saudara kandung, baru yang lain. Jangan sampai masyarakat anda memuji kedermawanan anda, sementara orang terdekat mengurut dada kerana kebakhilan anda, padahal mereka dianggap kaya oleh orang lain kerana anda sebagai saudaranya ".

Penulis: Ustadz Zulfi Akmal
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us OnFacebook

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog