Menyajikan Kupasan Berita Menafaat Untuk Anda Semua.

Ahad, 26 Mac 2017

Inilah Orang Pertama yang Masuk Syurga Diantara Umat Nabi Muhammad SAW.



Allah SWT menciptakan syurga bagi setiap manusia yang beriman dan orang pertama yang masuk syurga di antara umat Nabi Muhammad merupakan orang yang sangat bertuah. Keindahan dan kenikmatan syurga telah banyak digambarkan dalam Al-Quran dan Hadis sehingga setiap manusia ingin memasukinya.

Allah SWT telah menciptakan syurga dan neraka sebagai balasan atas semua amal perbuatan yang telah dilakukan manusia selama hidup di dunia. Syurga diciptakan sebagai tempat untuk manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT, sedangkan neraka merupakan tempat untuk manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT dan selalu berbuat maksiat selama di dunia. Gambaran mengenai kenikmatan syurga dan kepedihan neraka banyak dijelaskan dalam Al-Quran dan Hadis sehingga setiap manusia dapat membayangkannya.

Syurga merupakan tempat impian bagi setiap muslim bahkan bagi setiap manusia, tetapi malangnya hanya sebahagian manusia sahaja yang bersungguh-sungguh ingin mendapatkan syurga dengan memperbaiki keimanan, ketaqwaan kepada Allah SWT dan akhlaknya semasa didunia kerana syaitan dan hawa nafsu akan sentiasa menjadi rintangan untuk mencapai syurga yang sesungguhnya, selain itu orang masuk syurga kerana rahmat Allah SWT.

Siapakah manusia yang pertama masuk syurga? Berdasarkan hadis riwayat Muslim dijelaskan bahawa manusia pertama yang akan mengetuk pintu syurga adalah Nabi Muhammad SAW dan beliau juga merupakan manusia pertama yang akan masuk dan menikmati keindahan syurga yang telah Allah SWT siapkan. Pintu syurga tidak akan terbuka sebelum Rasulullah mengetuk sehingga dapat dikatakan bahawa umat yang pertama kali masuk syurga adalah umat Rasulullah SAW meskipun mereka merupakan umat yang terakhir dalam sejarah Islam.

Nabi Muhammad merupakan manusia pertama yang masuk syurga, lalu siapakah diantara umat Rasulullah yang pertama kali masuk syurga selepas Nabi? Berdasarkan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dijelaskan bahawa manusia pertama yang masuk syurga dari kalangan umat Rasulullah adalah Abu Bakar As-Siddiq dan beliau merupakan orang yang dijamin masuk syurga.

Abu Bakar merupakan sahabat Rasulullah yang senantiasa menemani Rasul dalam setiap dakwahnya mulai dari Makkah hingga ke Madinah, bahkan Abu Bakar rela mengorbankan seluruh harta bendanya untuk memperjuangkan Islam melalui dakwah. Selain itu Abu Bakar telah mendapat gelaran As-Siddiq kerana sentiasa membenarkan Rasulullah dalam setiap tindakan sehingga sudah sepantasnya bahawa Abu bakar menjadi orang pertama yang masuk syurga selepas Rasulullah.

Abu Bakar bukan hanya sebagai sahabat Nabi saja tetapi juga merupakan mertua Rasulullah dan bahkan beliaulah yang selalu menggantikan Rasulullah menjadi imam ketika beliau sedang sakit. Setelah Rasulullah wafat, Abu bakar diangkat menjadi khalifah pertama yang menggantikan perjuangan Rasulullah untuk menegakkan ajaran Islam.

Apakah umat nabi muhammad akan masuk syurga? Dalam Al-Quran iaitu QS. Al-Waqiah ayat 10 telah dijelaskan bahawa orang yang terdahulu beriman kepada Allah SWT merupakan orang-orang yang terdahulu beriman dari setiap umat, jadi boleh dikatakan bahawa orang yang terdahulu beriman kepada Allah SWT merupakan orang-orang yang terbaik keimanannya dari setiap umat. Sehingga jika berdasarkan hadis Nabi bahawa orang yang pertama masuk syurga setelah Rasulullah adalah Abu Bakar maka hal ini tidak bertentangan dengan isi QS. Al-Waqiah tersebut kerana Abu Bakar merupakan orang yang terbaik keimanannya dari umat Rasulullah SAW. Selain itu umat Rasulullah yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT telah disiapkan syurga untuknya.

Sungguh beruntung bagi manusia yang dapat mencium wanginya syurga bahkan dapat masuk ke dalamnya, semoga kita merupakan salah satu daripada penghuni syurga. Demikian maklumat seputar orang pertama yang masuk syurga di antara umat Nabi Muhammad dan ternyata adalah Abu Bakar As-Siddiq.


Sumber :
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us OnFacebook

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog