Menyajikan Kupasan Berita Menafaat Untuk Anda Semua.

Ahad, 26 Mac 2017

Tips Apabila Menimang Cahaya Mata Menurut Islam.



Sedikit nasihat ingin kami titipkan bagi pasangan-pasangan yang telah menimang cahaya mata ataupun yang bakal menimang cahaya mata berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengannya sekiranya menerima kurniaan Allah ini.

Antara yang boleh kami nyatakan di sini adalah seperti berikut:

# 1 Hendaklah bersyukur kerana ianya adalah kurniaan daripada Allah SWT yang wajib disyukuri.

# 2 Hendaklah redha dengan kurniaan tersebut samaada bayi yang dilahirkan itu lelaki ataupun perempuan.

Begitu juga redha dalam apa keadaan sekalipun kerana dengan keredhaan melahirkan rasa kehambaan kepada ciptaannya. Kita yakin bahawa disebalik kejadian itu ada hikmahnya.

# 3 Lakukan apa yang telah disunnahkan oleh Rasulullah SAW seperti mengazankan bayi pada telinganya agar kalimah pertama yang didengari oleh si bayi adalah kalimah Allah.

Lakukanlah juga akikah buat si bayi sepertimana yang dianjurkan oleh sunnah Nabi SAW dengan menyembelih 2 ekor kambing bagi bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan.

# 4 Namakan anak dengan nama yang baik kerana nama yang baik itu bersifat doa.

# 5 Kepada mereka yang mendengar berita kelahiran bayi, maka disunatkan untuk mengucapkan:

بارك الله لك في الموهوب لك, وشكرت الواهب, وبلغ أشده, ورزقت بره

dan doa di atas dijawab dengan:

بارك الله لك, وبارك عليك, وجزاك الله خيرا, ورزقك الله مثله, وأجزل ثوابك

Sekian, wassalam.


Sumber : 
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us OnFacebook

Arkib Blog

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog